Wednesday, June 17, 2009

Dari kamar hati..



Aku anai-anai


Kugali tiap hari lalu,
yang kutemui adalah untaian kesilapan.
Kukaji segala malam,
yang kutemui adalah kerlipan keinsafan.
Kucari sebuah hari yang indah
yang bisa silap dan salah itu musnah,
dan kutemui adalah lebaran
sekalian manusia semuanya bermaafan.
Betapa aku seekor anai-anai
menggeledah segala khazanah silap dan dosa,
menagih gumpalan keampunan yang maha.
Dan di sini kunoktahkan aksara dan kata,
dengan tertib jemari dan sekerdil raga
kupohon maaf dari antum semua
moga kita terus bahagia dan berjaya,
diampuh sebidang tanah di sorga
dari Malikulmanan Yang Esa.

Al-Fannani
1 Oktober 2008, 0800
Full House, Rabat.


*************************************************************************************
Suka puisi ni. Terima kasih al-fannani mengizinkan saya untuk menghidangkannya di sini. Saya belum mampu lagi menulis yang best2..
Buat semua yang mengenali, hayati setiap kata dari puisi ini... kerana ia seperti apa yang mahu saya suarakan... jauh, jauh terdalam dari ruang hati.



1. Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-hambaMu. Jangan Kau palingkan lagi hati kami setelah Engkau beri kami hidayah-Mu.
2. Tiadalah manusia itu terlepas dari kesalahan. Berlapang dadalah.. sungguh, kemaafan dan kesabaran itu yang terindah..



Wallahua'lam.

Monday, June 15, 2009

Cukuplah ia sebagai peringatan...

Assalamualaikum wbt,

Tidak mampu untuk mujahadah browsing internet seminggu. Rasa macam terputus dengan dunia luar.. Tapi sebab nak surf jugak, kena tahan diri(disiplinkn diri huhu~) untuk surf 30 minit je. Dan di sini, ingin berkongsi sesuatu..

140609,
Semalam, saya terkejut diberitahu sahabat tentang pulangnya al-fadhil Syeikh Dr. Fathi Yakan ke rahmatullah. Saya yakin, sesiapa yang mengenali beliau pasti merasa sebuah kehilangan.Dunia Islam pasti amat merasainya. Rasa kehilangan seorang mujahid yang begitu banyak berjasa dalam dunia pentarbiyahan Islam. Begitu banyak jasa dan tenaga beliau disumbangkan dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab. Beliau juga banyak menyebarkan risalah dan tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam.

Siapa tidak kenal dengan buku terkenal beliau iaitu buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam' atau 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam'.
Ia antara buku harakah yang paling awal saya kenal yang membuatkan diri berjaya (alhamdulillah) menemui matlamat hidup yang sebetulnya... insyaAllah.
Buku ini (boleh download free di sini) terlalu banyak digunakan sebagai rujukan dalam usrah-usrah, dan banyak digunakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sama ada di peringkat sekolah, universiti dan peringkat nasional. Beliau juga pengarang kepada lebih 30 buah buku dan sebahagiannya diterjemah ke pelbagai bahasa. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen Lubnan atas tiket gerakan parti politik Islam. Pemergian beliau bermakna hilang lagi seorang permata dalam dunia Islam.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Abdullah bin Amr r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berita pemergian Ustaz Fathi Yakan sampai ketika belum pun surut lagi rasa terkejut dan sedih yang turut saya rasa atas pemergian seorang mujahid muda di Mesir, Muhammad Ammar bin Zulkifli, pelajar Malaysia jurusan perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, pada 10 Jun lalu, kerana kemalangan jalan raya. Saya dapat khabar ini daripada sahabat yang sama sekolah dengan arwah.

Dan semalam, Zahra datang bermalam di rumah, ada berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang arwah dan situasi teman2 di sana selepas mendapat berita kemalangan dan pemergian allayarham Ammar Zulkifli... kelahiran 1988, dan kata-kata 'trademark' arwah iaitu "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat". - Blog allahyarham Ammar: Dalam Jiwa Hamba. MasyaAllah. Walaupun tidak mengenalinya, tapi saya yakin arwah seorang yang soleh.

Memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin dalam entry 'Takziah atas pemergian yang pasti' : "Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN".

Ini antara tulisan tentang arwah daripada sahabat2nya: a tribute for ammar sayang, Ammar, enta menyusahkan sahabat kemudian,dan bercerita tentang ammar.

Dan berita pemergiannya ini sampai ketika belum pun surut lagi kesedihan yang sangat dirasakan sahabat-sahabat MATRI atas kehilangan guru merangkap 'bonda'.. Dari tulisan dalam blog sahabat-sahabat matri tentang kembalinya bonda ke rahmatullah, dan juga dari cerita sahabat, saya turut sedikit sebanyak dapat merasakan kehilangan seseorang yang besar jasanya mendidik mentarbiyah anak bangsa. Apatah lagi pada mereka yang mendapat tarbiyah langsung daripada beliau...

Semoga Allah menempatkan mereka semua bersama para syuhada'. Ameen.

**********************************************************************************************************************
Berita ini semua seolah bertalu datang memberitahu untuk mengingatkan. Berita kematian, sungguh mengejutkan. Saya. Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia. Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.

Sungguh kematian itu suatu peringatan.. Ketika leka merancang rapi masa depan dan hari esok, yang padahal entahkan sampai entahkan tidak..sehingga terlupa pada kematian yang pasti datang. Sungguh kematian itu suatu peringatan, untuk menggunakan kesempatan yang masih diberi (malah berulang kali diberi-Nya) dengan sebaiknya. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan alpa dengan dunia…

Mengingatkan kematian itu sungguh menggerunkan saya… Bukan takut mati, ingin sangat terutama tika terasa putus asa dan penat dengan dunia. Tapi teringatkan amalan sendiri, sungguh belum bersedia.. Sering terdetik, 'kalau aku mati sekarang, bekalan apa, amal apa yang akan dibawa…'. Jadual daily mutaba'ahnya masih banyak kosong.. Allah, mengingatkan kematian, terasa kerdil dan hinanya diri…terkenang dosa menggunung tinggi ='( terlintas juga, 'bagaimana keadaanku, bila dan di mana aku akan diambil-Nya'. Doa supaya diri masih diberi kesempatan untuk memohon ampunan-Nya, dan tidak mengulang kesilapan silam... Dan seketika terfikir, bagaimana boleh belum bersedia lagi, sedang ia suatu yang dijanjikan pasti tiba pada setiap yang bernyawa. Kalau untuk exam, bukan main... mesti usahakan diri untuk bersedia. Walhal itu manusia yang uruskan.. Boleh ditunda-tunda. Sedangkan malaikat Izrail, diundang atau tidak, datang tanpa menunda walau sesaat… Namun persediaannya?? Astaghfirullah...

***********************************************************************************************************************
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)

Kematian mengingatkan bahawa waktu sangat berharga
Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa
Kematian mengingatkan bahawa kita tak memiliki apa-apa
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara
Kematian mengingatkan bahawa hidup begitu berharga

Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan senantiasa sedar bahawa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan. Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77,

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…”

dengan menyebut,Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)

Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan memaknai kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.

**********************************************************************************************************************
-Kematian...bukan berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi permulaan sebuah kehidupan yang abadi-



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. " (QS al-Anbiya' 21:35)

"..Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
( QS Luqman 31:34)

"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(QS al-Jumu'ah 62:8)











Dan cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan..... buat saya dan kamu jua...




Sunday, June 7, 2009

~Exam, Ujian, Peperiksaan, Imtihan ~

Minggu ini dan minggu depan adalah minggu ujian~

8 June, Isnin : Trauma & Emergency Theory Remedial
9 June, Selasa
: Parasitology, Pathology Anatomy, Clinical Pathology dan Microbiology lab exam.
11 June, Khamis : Clinical skill lab 1
12 June, Jumaat : Clinical skill lab 2
17 June, Rabu : Tropical Medicine Theory Exam


Perlu mujahadah surfing dulu. Cukuplah exam yang dulu tak boleh jawab..
Block Tropis (Tropical Medicine) ini banyak perlu ingat nama2 saintifik mikrobakteria dan parasit termasuk segala jenis cacing, kutu, species nyamuk, larvanya, telurnya, fasa gametnya etc, sesuai gambar dan sifat khas masing-masing untuk mudah di'identify' masa exam lab nanti. Yang mana ada 1-2 minit sahaja untuk satu soalan. huhu. Tengok mikroskop terus kena tulis. Lambat pikir dan identify, masa habis. Dan Prof Johanna pula dah warning awal2 kalau tak boleh skor beliau punya Pathology Anatomy soalan, kena siram dengan air panas nanti. huh scary.

Apapun
untuk last sistem, last block, mahu buat yang terbaik dah.. bukan kerana nilai, tapi kerana janji pada diri. InsyaAllah.
Good luck kawan2! All the best~

*************************************************************************************
1. Exam mode~
2. Laptop semenjak 2, 3 minggu belakangan ni, buat hal pula. Masalah conflict IP address nya belum lagi settle (IP address saya sama dengan orang lain @ orang lain punya IP address sama dengan saya. macam mana boleh jadi macam tu ye? erm..sesiapa tahu boleh tolong bagitau.. sungguh saya buta IT..huh)
3. Masalah besar laptop saya sekarang ialah kerosakan mother board. Semakin lama semakin parah. Dah pergi toshiba center di MTC -Makassar Trade Center- hari tu, tapi dia mintak invois dan kartu garansi pula.. Kalau tak, nak baiki or ganti mother board dan PGA nya total Rp 4juta!
4. Bukan masalah brand ni, laptopnya bagus dah. Cumanya tak dijaga dengan baik. Terlebih nak jaga, lain pula jadinya.. huhu. Sabar...
5. Exam ini, buat sehabis baik! insyaAllah =)