Showing posts with label Books-Worth-Reading. Show all posts
Showing posts with label Books-Worth-Reading. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Men Are From Mars, Women Are From Venus

Assalamualaikum w.b.t,

Tengok pada tajuk entry di atas, sepatutnya tulis ni dalam English la kan, tapi sebab buku yang saya baca ni adalah edisi Bahasa Melayu (pemberian dari seorang kawan), adalah lebih baik saya berbahasa Melayu je.
Saya mula-mula dengar pasal buku ni daripada UstazHasrizal.. Saya hampir membelinya sendiri, edisi English, tapi dah ada orang yang bagi dulu,.so baguslah jugak. Hehe. Saya nak share sedikit pasal buku ni sebab pada saya ia memang sangat bermanfaat..kerana tak pernah ada subjek mata pelajaran yang nak ajar kita tentang perbezaan2 ini.. Yang sebenarnya penting untuk difahami.. Pendeknya, rugi kalau tak baca. :D

                                           

Buku tulisan John Gray ini  adalah # no. 1 New York Times Bestseller. Beliau menggunakan metafora lelaki adalah dari planet Marikh dan perempuan pula berasal dari planet Venus, bagi menjelaskan perbezaan-perbezaan antara lelaki dan perempuan. Akibat perbezaan ini yang tanpa difahami dan dipelajari, dapat mengakibatkan konflik sehingga boleh menjejaskan hubungan kedua kaum ini. Berdasarkan pengalaman beliau memberi kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.

Di sini saya nak tulis lah sedikit ringkasan dari setiap bab yang ada dalam buku ni. Bagi yang takde masa, ni macam review la sikit.. Tapi saya galakkan baca buku ni dari awal sampai habis,.. :)

Bab 1: Lelaki Berasal dari Planet Marikh, Perempuan Berasal dari Planet Venus
- Kaum lelaki Marikh dan perempuan Venus masing-masing tidak ingat langsung yang mereka sebenarnya berasal dari planet-planet yang berbeza dan memang sepatutnya memiliki sifat-sifat yang berbeza.
- Tanpa kesedaran yang kita memang sepatutnya berbeza, kaum lelaki dan perempuan akan sentiasa tidak sehaluan. Kita seringkali naik berang atau geram dengan pasangan kita kerana kita sudah terlupa satu fakta yang cukup penting ini. Kita menganggap dan menjangkakan yang pasangan kita itu bersikap serupa dengan kita. Mengharapkan yang mereka juga "mahukan apa yang kita mahukan" dan "merasakan apa yang kita rasakan".
- Kita tersalah sangka yang apabila pasangan kita sayangkan kita, mereka akan bersikap dan bertindak dengan cara yang sama seperti mana apabila kita menyayangi seseorang. Sikap ini sebenarnya yang membuatkan diri kita kecewa setiap kali, lagi dan lagi, serta menghalang kita daripada menghabiskan masa yang diperlukan bagi menganalisis perbezaan antara kita.

Bab 2: Mr. Fix-It
Hidup di planet Marikh:
- Lelaki Marikh mementingkan kuasa, kebolehan, kecekapan, dan pencapaian. Mereka sentiasa melakukan satu-satu perkara dengan tujuan membuktikan diri mereka serta mengembangkan kuasa dan kemahiran mereka. Harga diri mereka didefinisikan melalui kebolehan mereka mencapai hasil yang dimahukan.
- Mencapai matlamat adalah penting bagi lelaki Marikh kerana ia menjadi cara mereka membuktikan kecekapan mereka dan seterusnya memberikan kepuasan. Lelaki juga hanya berpuas hati dan berasa bangga apabila mampu melakukan semua ini sendiri.
- Memahami ciri ini mampu membantu perempuan memahami mengapa lelaki pantang sekali dibetulkan atau diarah serta diberitahu apa yang patut dilakukan. Menawarkan seorang lelaki nasihat tanpa diminta adalah seperti menganggap yang lelaki itu bodoh, tidak tahu apa yang patut dilakukan, ataupun mungkin lebih teruk lagi, tidak mampu melakukannya sendiri. Kaum lelaki cukup sensitif dalam hal ini, kerana isu kompetensi dan kemampuan itu penting bagi mereka.
- Oleh sebab beliau suka menangani masalah dan cabarannya sendiri, lelaki Marikh tidak akan bercakap mengenai masalahnya kecuali jika beliau memerlukan nasihat pakar. Meminta bantuan apabila beliau hanya mampu melakukan sesuatu sendiri dianggap sebagai tanda kelemahannya.

Hidup di planet Venus:
- Set nilai orang Venus berlainan sama sekali. Mereka menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan, dan hubungan. Mereka banyak menghabiskan masa menyokong, membantu, mendorong, dan memupuk satu sama lain. Harga diri mereka dinilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.
- Bercakap dan berhubung antara satu sama lain adalah sumber kepuasan yang sangat penting.
- Oleh sebab membuktikan kecekapan mereka tidak begitu penting kepada orang Venus, menawarkan bantuan tidak dikira ofensif atau menyinggung perasaan manakala menerimanya pula tidak dikira sebagai tanda kelemahan seseorang. Namun begitu, lelaku mungkin akan berkecil hati kerana apabila perempuan menawarkan nasihat, beliau merasakan seperti perempuan itu tidak percaya akan kebolehannya melakukan sesuatu sendiri.
- Seorang perempuan tidak sedar akan sensitiviti lelaki ini kerana baginya menawarkan bantuan kepada orang lain adalah usaha yang murni. Tetapi menawarkan bantuan kepada seorang lelaki membuatkan lelaki berasa dirinya lemah, tidak kompeten dan mungkin juga tidak disayangi.
- Di Venus, memberi nasihat dan cadangan tanpa diminta adalah tanda kasih sayang. Memang secara semulajadi,  mereka suka memperbaiki segala-galanya.

-Kesimpulannya, antara dua salah faham yang sering berlaku dalam perhubungan adalah:
1) Lelaki cuba mengubah perasaan perempuan apabila beliau kecewa, dengan cara menjadi Mr. Fix-It, dan menawarkan jalan penyelesaian kepada masalahnya, yang sering kali menidakkan perasaan perempuan.
2) Perempuan cuba mengubah perilaku lelaki apabila perempuan buat salah dengan menjadi jawatankuasa Home-Improvement dan menawarkan nasihat ataupun kritikan tanpa diminta.

- Lelaki perlu ingat yang perempuan akan bercerita mengenai masalah mereka sebagai cara menjalinkan hubungan dan tidak semestinya mencari jalan penyelesaian. Lelaki perlu ingat yang ketika seorang perempuan itu sedang kecewa dan bercakap mengenai masalahnya, tidak sesuai bagi lelaki menawarkan idea dan jalan penyelesaian pada ketika itu. Sebaliknya perempuan memerlukan orang yang sudi mendengar keluhannya.
 -Perempuan perlu ingat yang kata-kata nasihat ataupun kritikan yang tidak diminta terutamanya apabila lelaki sudah melakukan kesilapan akan membuatkan lelaki berasa seperti tidak disayangi dan cuba dikongkong serta dikawal.
- Antara menghormati dan menghargai orang Marikh yang lain adalah dengan sentiasa menganggap yang beliau mampu menyelesaikan masalahnya sendiri selagi beliau tidak meminta bantuan.

- Memahami perbezaan-perbezaan ini, mudah bagi kita menghormati segala sensitiviti pasangan kita, dan menyokongnya.

Bab 3: Lelaki Pergi ke Gua Mereka, Manakala Perempuan Sibuk Bercerita
- Antara perbezaan yang paling ketara antara lelaki dan perempuan adalah bagaimana mereka menangani stres. Lelaki menjadi lebih fokus dan senyap manakala perempuan menjadi lebih teruja, dan terlibat secara emosi apabila berhadapan dengan stres.
- Lelaki akan berasa puas apabila mereka berjaya menyelesaikan masalah yang merungsingkannya, manakala perempuan akan berasa puas apabila bercakap mengenai masalahnya. Tidak memahami dan menerima perbezaan2 ini akan menimbulkan perselisihan dan tekanan yang tidak perlu dalam perhubungan.
- Apabila orang Marikh menghadapi stres, beliau tidak akan bercakap mengenai apa yang menganggunya. Beliau tidak akan sekali-kali terfikir mahu membebankan lelaki Marikh lain dengan masalah peribadinya, kecuali jika bantuan rakannya itu perlu bagi menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya, lelaki Marikh akan menjadi senyap dan pergi ke 'gua' peribadinya bagi memikirkan mengenai masalahnya itu sehingga bertemu jawapannya. Apabila sudah bertemu jalan penyelesaian, baru beliau berasa lega dan mahu keluar dari guanya.  Selagi tidak dapat mencari jalan penyelesaiannya, lelaki Marikh akan melakukan aktiviti lain yang dapat membantu beliau melupakannya, seperti membaca akhbar, bersukan ataupun bermain permainan.
- Apabila perempuan Venus berasa tertekan atau stres, beliau akan mencari kelegaan dengan bercakap dengan orang yang dipercayainya secara terperinci mengenai masalah yang menghantuinya. Bagi berasa lega, perempuan akan bercakap mengenai masalah2 mereka yang lampau, yang akan datang, yang berpotensi menjadi masalah dan mungkin juga masalah yang mustahil dapat diselesaikan. Lebih banyak mereka bercakap dan mendalami perasaan mereka, lebih lega hati mereka. Ini memang cara orang Venus.

- Perbezaan ketara bagaimana kedua2nya menangani stres, boleh menimbulkan konflik jika kedua2nya tidak memahami dan menerima perbezaan ini.  Kalau nak tahu bagaimana ia boleh menjurus kepada konflik, dan seterusnya bagaimana ingin menyelesaikan kalau sekiranya terjadi konflik., kena la beli/baca sendiri buku ni. :D Best sebab penulis ada bagi contoh yang sudah lazim dalam kehidupan kita sehari-hari tanpa kita sedari.

 Saya rasa cukuplah serba ringkas untuk setiap bab.. Kalau nak lengkap, kena baca sendiri buku ni.Buku ni kesemuanya ada 13 bab!  Di setiap bab pula, penulis telah memberi contoh yang cukup banyak tentang salah faham atau perbuatan/kata2 yang boleh disalahertikan pasangan kita dan bagaimana mengatasinya. Buku ni memang agak tebal, tapi percayalah cakap saya bahawa sesungguhnya ia berbaloi  ;) Dan di sini saya hanya akan menulis kesimpulan dari setiap bab, untuk menarik minat kamu supaya membaca buku ni. Hehe. Bukan apa, memang bagus untuk memperbaiki komunikasi,persefahaman dan perhubungan antara kedua orang Marikh dan Venus ini :)

Bab 4: Bagaimana Memotivasikan Pasangan Kita.
Bab ini akan meneroka dan mendalami bagaimana cara memotivasikan pasangan kita. Kaum lelaki berasa terdorong dan bermotivasi apabila mereka berasa diperlukan manakala perempuan pula dimotivasikan oleh perasaan dihargai. Penulis  membincangkan tiga langkah dalam memperbaiki perhubungan dan bagaimana mengatasi cabaran2 kita yang terhebat. Kalau nak tahu apa 3 langkah tu, kena baca sendiri buku ni..hehe.

Bab 5: Bertutur Bahasa yang Berlainan.
Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana sering terjadi salah faham antara lelaki dan perempuan kerana mereka bertutur dalam bahasa yang berbeza. Bahasa orang Marikh dan Venus memiliki kosa kata yang sama tetapi membawa maksud yang berlainan. Ekspresi mereka juga serupa tetapi memiliki konotasi atau menunjukkan emosi yang berlainan
- Cara lelaki dan perempuan berfikir dan memproses maklumat memang berbeza. Perempuan perlu bercakap apabila mereka berfikir, dan berkongsi apa yang mereka fikirkan dengan orang yang mendengar. Sehingga ke hari ini, perempuan selalu menemui apa yang mahu diselesaikan atau dikatakannya melalui proses bercakap.
- Lelaki pula memproses maklumat dengan cara yang berbeza. Sebelum mereka bercakap atau memberi respons, mereka akan mula-mula senyap, 'mempertimbangkan' atau memikirkan apa yang mereka sudah dengar atau alami. Apabila senyap, mereka sebenarnya sedang memikirkan respons yang terbaik. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa saat dan boleh jadi beberapa jam.
-Golongan perempuan selalu salah faham apabila lelaki berdiam diri. Apabila lelaki berdiam diri, terlalu mudah bagi perempuan memikirkan perkara yang dahsyat kerana mereka sendiri hanya berdiam diri apabila yang mahu dikatakan mungkin menyakiti pendengarnya dan apabila beliau sebenarnya tidak mahu bercakap dengan si pendengar kerana tidak percayakannya lagi atau sudah menyampah dengannya. Patutlah perempuan begitu takut dan risau apabila lelaki tiba-tiba senyap.
- Perempuan perlu banyak belajar mengenai sifat lelaki sebelum menjalinkan perhubungan yang memuaskan dan bermakna. Mereka perlu sedar apabila lelaki stres atau kecewa, secara automatiknya mereka akan berhenti bercakap dan 'pergi ke gua peribadi' mereka. Perempuan perlu sedar tiada siapa dibenarkan masuk ke dalam gua peribadi seorang lelaki, termasuklah rakan-rakan karibnya sendiri. Begitulah cara mereka di planet Marikh. Perempuan tidak perlu takut atau khuatir apabila ini terjadi. Perempuan perlu belajar yang sekiranya suaminya dibiarkan sahaja pergi ke gua peribadinya, lambat laun beliau akan keluar sendiri dan semuanya akan pulih seperti sedia kala. Biasanya perempuan akan terus membuatkan lelaki marah dengan bertanya lebih banyak soalan, padahal pasangannya sebenarnya mahu dibiarkan sendirian sahaja. Adalah penting bagi perempuan memberi masa kepada lelaki dan tidak memaksa lelaki bercakap sebelum beliau bersedia.
- Ini adalah hal yang cukup sukar bagi kaum perempuan kerana antara prinsip hidup di Venus adalah, 'Jangan sekali-kali tinggalkan rakan kita yang sedang kecewa.'  Perempuan  berasa seperti tidak bertanggungjawab sekiranya meninggalkan lelaki Marikh yang disayanginya ketika beliau sedang stres atau kecewa. Disebabkan perasaan kasih sayang ini, perempuan terdorong mahu menceroboh masuk ke gua peribadi lelaki dan menawarkan bantuannya.
- Selain itu, beliau juga tersilap sangka yang sekiranya beliau (Venus) banyak bertanya mengenai perasaannya dan mendengar dengan baik, pasangannya akan berasa lega. Ini sebenarnya hanya membuatkan lelaki Marikh bertambah stres. Perempuan cuma mahu menyokong suaminya sebagaimana beliau mahu dirinya disokong. Niatnya baik, cuma caranya tidak membantu.
- Nak baca dengan detail lagi, kenalah baca sendiri buku ni.  Ini sekadar ringkasan…hehe. Dalam bab 5 ni diterangkan apa yang patut dilakukan apabila lelaki masuk ke guanya, bagaimana menyokong lelaki di dalam guanya, bagaimana cara berkomunikasi yang menyokong lelaki Marikh, iaitu bagaimana mendekati mereka tanpa mengkritik atau memberi nasihat, bagaimana cara berkomunikasi menyokong perempuan Venus, bagaimana berkomunikasi tanpa mempersalahkan sesiapa, apa yang patut dilakukan apabila terasa mahu menyalahkan sesiapa, dan seni mendengar.

Bab 6: Lelaki Umpama Gelang Getah.
Bab ini akan meneroka bagaimana lelaki dan perempuan mempunyai kemahuan dan keperluan yang berlainan dalam soal hubungan intim. Lelaki akan mendekati pasangan mereka tetapi kemudian merasakan perlunya menjauhkan atau menarik diri buat seketika. Perempuan akan belajar bagaimana menghadapi dan menyokong proses menarik diri ini supaya lelaki itu sentiasa kembali kepadanya. Perempuan juga akan mempelajari masa-masa terbaik untuk bercakap secara intim dengan lelaki.

Bab 7: Perempuan Ibarat Ombak.
Bab ini akan mengkaji bagaimana perasaan kasih sayang perempuan secara semula jadinya naik turun seperti pasang surutnya air laut. Lelaki akan belajar bagaiman mentafsirkan apa yang kadangkala kelihatan seperti perubahan perasaan yang gila ini. Lelaki juga akan belajar mengenal pasti bila masanya mereka diperlukan dan bagaimana memberikan sokongan pada masa-masa ini tanpa perlu banyak berkorban.

Bab 8: Memahami Perbezaan Keperluan Emosi Lelaki dan Perempuan.
Dalam bab ini, kita akan melihat bagaimana lelaki dan perempuan sering memancarkan dan memberikan jenis cinta yang mereka perlukan dan bukannya jenis yang pasangan mereka perlukan. Lelaki secara umumnya memerlukan cinta yang penuh dengan kepercayaan, penerimaan dan penghargaan. Perempuan pula memerlukan cinta yang penuh kasih sayang, pemahaman dan perasaan hormat. John Gray membahas enam cara biasa mengecewakan pasangan kita. 

Bab 9: Bagaimana Mengelakkan Pertengkaran.
Bab ini akan meneliti bagaimana caranya mengelakkan perbalahan2 yang serius. Lelaki akan belajar dengan berlagak seperti mereka sahaja yang betul, secara tidak langsung menidakkan dan mengetepikan perasaan pasangan mereka. Perempuan akan belajar bagaimana mereka menghantar mesej tidak diterima dan tidak mengharigai lelaki, apabila sebenarnya yang ingin dinyatakan adalah percanggahan pendapat sahaja.
Anatomi sebuah pertengkaran akan dikaji satu persatu bersama dengan banyak lagi cadangan praktikal bagi menetapkan saluran-saluran komunikasi yang menyokong perhubungan dan bukan sebaliknya.

Bab 10: Mengambil Hati Pasangan Kita.
Dalam bab ini akan ditunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam melihat sesuatu situasi atau perkara. Lelaki akan mempelajari yang setiap hadiah yang diberi dalam soal cinta dipandang sama rata oelh perempuan, tidak kira saiznya. Daripada memfokuskan perhatian mereka kepada hadiah yang mahal atau besar, kaum lelaki diingatkan yang ekspresi-ekspresi kecil cinta mereka juga sama pentingnya dengan yang besar, dan John Gray juga menyenaraikan 101 cara mengambil hati perempuan yang disayangi. Pada masa yang sama perempuan akan mempelajari cara mengambil hati lelaki dengan memberikan apa yang dimahukan lelaki.

Bab 11: Bagaimana Meluahkan Perasaan Negatif. 
Dalam bab ini kita akan mempelajari cara berkomunikasi dengan pasangan kita pada waktu-waktu yang sukar. Cara-cara berlainan lelaki dan perempuan memendam perasaan mereka dibincangkan bersama serta pentingnya kita berkongsi perasaan kita. Di sini John Gray mengesyorkan 'Teknik Surat Cinta' bagi melahirkan seluruh perasaan negatif kita terhadap pasangan kita, serta memperbaharui dan mendalami cinta kita dan mencari kemaafan.

Bab 12: Bagaimana Mahu Meminta dan Mendapatkan Sokongan.
Di sini kita akan belajar memahami mengapa perempuan Venus mempunyai masalah meminta bantuan,  serta mengapa lelaki Marikh pula suka menolak orang yang meminta bantuan. Kita akan mempelajari kenapa frasa "bolehkan kamu" tidak disukai oleh lelaki dan apa yang elok dikatakan. Kita akan mempelajari rahsia-rahsia menggalakkan kaum lelaki lebih memberi dan menyokong serta pengaruh bercakap dengan cara yang ringkas, tidak berbelit-belit serta menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai.

Bab 13: Mengekalkan Keajaiban Cinta, Dalam Perhubungan Cinta.
Bab ini mengajar kita mengenai empat musim cinta..iaitu musim bunga cinta, musim panas cinta, musim luruh cinta, dan musim sejuk cinta.  Perspektif yang realistik mengenai cara cinta berkembang dan berubah ini akan membantu kita menghadapi semua rintangan yang sering muncul dalam mana-mana hubungan. Kita akan mempelajari bagaimana masa silam kita atau pasangan mampu memberi kesan kepada perhubungan kita sekarang dan mempelajari lain-lain tip bagi mengekalkan kehangatan cinta.

*****************************************************************************************
Saat jatuh cinta itu sememangnya ajaib dan mengasyikkan. Ia terasa seperti suatu perasaan yang abadi, seperti cinta itu akan kekal buat selama-lamanya. Ketika itu, kita percaya yang kita tidak akan mengalami masalah-masalah serupa yang dihadapi ibu bapa kita, kita pasti terlepas daripada kemungkinan yang perasaan cinta ini akan hilang, dan kita dengan naif akan memberitahu diri kita yang cinta ini sudah ditakdirkan dan kerana itu juga kita pasti dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Tetapi apabila keajaiban cinta itu mula berkurangan dan hidup seharian kembali normal, kaum lelaki mengharapkan supaya perempuan berfikir dan bertindak jauh lebih menyerupai lelaki, dan kaum perempuan mengharapkan lelaki dapat berperasaan dan berkelakuan lebih menyerupai perempuan. Tanpa kesadaran yang jelas mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan, kita tidak mampu meluangksan masa memahami dan menghormati satu sama lain. Kit amenjadi lebih bersikap menghukum, mendesak, tidak toleren, dan geram.

Walaupun dengan niat yang plaing baik, perasaan cinta kita semakin pudar. Masalah antara kita semakin banyak. Perasaan geram itu semakin menebal. Saluran-saluran komunikasi musnah semakin runtuh. Cemburu dan tidak percaya menyusup masuk ke hati. Hasilnya, kita menolak dan menekan perasaan pasangan kita. Keajaiban cinta itu sudah hilang.

Dalam setiap bab buku Men Are From Mars, Women Are From Venus ini akan kita pelajari rahsia-rahsia baru bagi mencipta perhubungan yang lebih baik dan kekal. Setiap penemuan baru ini akan meningkatkan kemampuan kita menjalani perhubungan yang lebih bahagia dan memuaskan hati semua pihak.

Sekian saja perkongsian dari saya. Pada saya buku ini worth reading la and deserve to get the no.1 New York Times Bestseller. Buku ni banyak mendedahkan apa yang kita tak tahu. Saya sendiri bila baca, dalam hati pasti ada berbisik "Oh ye ke.." "Oo..patutlaa.." , "Aah, betul la apa dia John Gray ni cakap..." dan sebagainya. Dan saya rasa bukan saya saja yang rasa macam tu, malah sesiapa saja yang membacanya pun akan cakap macamtu.. So no wonder kalau buku ni no.1 paling laris di New York.  Untuk itu, tak rugi kamu juga membacanya. Trust me that this book will benefit you :)


Saturday, August 21, 2010

Denyut Kasih Medik~

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak berkongsi pengalaman membaca novel ni .. saya bukanlah seorang yang suka membaca novel, ambil masa yang agak lama juga untuk habiskan sesebuah novel, malah ada yang tak habis-habis lagi sampai sekarang, tapi kalau novel itu tepat dengan selera, baca sampai habis tu dah jadi 'wajib'.. dan bila dah habis, rasa nak share jugak dengan orang lain.. sebab pada saya, sangat rugi kalau tak baca... sounds like exaggerating, but trust me that it's really worth reading. Thank you to Dini sebab sudi bagi pinjam beberapa hari... rasanya tak cukup baca buku orang punya je, sebab buku ni best sangat so I have to have one.

Oleh Dr.Farhan Hadi

  • Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman) . Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu - isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita -cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Novel ini pada pengamatan saya amat sesuai kepada semua golongan dan semua pengajian, tetapi lebih diamati jika dibaca oleh bakal - bakal doktor Muslim. Terutamanya pelajar perubatan yang dah masuk Clinical Year, sebab dah ada sedikit sebanyak gambaran untuk kerja dan dah tak lama nak masuk alam Houseman (HO). Novel yang menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Malah, hukum faraied (pembahagian harta pusaka), nasab nama anak angkat, pun ada disebutkan. Menarik dan mantap,kan?

Pandangan peribadi saya mengatakan buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa, bukan sahaja yang dari golongan 'medik', atau ada latar belakang keluarga dan sebagainya kerana ia menyentuh dunia realiti masyarakat kita sendiri, contohnya remaja merempit, keluar malam, arak, dadah, hal-hal rumah tangga seperti suami jahat isteri jahil, abortion, kepercayaan karut dan banyak lagi tak tersebutkan di sini... dan sesuai judulnya 'Denyut Kasih Medik', antara isu yang dibangkitkan seperti mercy killing (euthanasia), solat masa operasi pembedahan, khatan perempuan, bab-bab O&G (air selusuh, perancangan kehamilan, etc), colostomy, dan banyak lagi tak tesebutkan.. Fiqh wanita disebutkan tentang urusan nikah walimah seperti isu mengenai mahar dan hantaran, majlis kenduri dan sebagainya. Bab-bab rumah tangga juga ada disebutkan, seperti suami mendidik isteri dan ibubapa mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang sepatutnya.

Tak dapat lah nak disebutkan satu per satu sebab banyak juga isu diutarakan, yang mana memang terjadinya pun dalam masyarakat kita. Tak lupa isu umat Islam di Palestin pun dibangkitkan juga. Penulis berjaya menjentik perasaan kita dengan teknik penceritaannya sendiri beserta fakta mengenai kepentingan memboikot sebarang bentuk perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi Zionis Yahudi. Novel ni taklah tebal sangat, tapi isinya padat dan menarik sebab disertakan langsung bukti dan dalil dari setiap hujahnya. Setiap halamannya pasti ada mesej yang hendak disampaikan. Memang besttt!

Saya merasakan perlunya seorang individu Muslim itu mengetahui sedikit sebanyak ilmu medik ini dan fiqh - fiqh yang berkaitan dengannya. Bagi bakal doktor, supaya kita tidak membuat keputusan yang salah kepada pesakit-pesakit kita, halal haram ubat-ubatan yang kita beri kepada mereka, tindakan perubatan yang kita ambil sesuai syariat atau tidak... tidak kurang bagi diri doktor itu sendiri untuk urusan solatnya misalnya dan juga hal-hal lain, serta bagi masyarakt am yang sekurang-kurangnya tidak tertipu apabila berurusan kelak.

Dunia hari ini menunjukkan kita kekurangan doktor, dikatakan nisbah doktor kepada pesakit ialah 1:1145, namun itu tidaklah terbahagi pula kepada doktor Muslim, Melayu, Cina,India dan bangsa lain. Eh, kenapa ya saya membezakan antara doktor Muslim dan Melayu? Kerana, pada amatan saya setelah membaca novel ini, berapa kerat sahaja doktor yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, tetapi benar - benar mengaplikasikan ajaran Islam dalam pekerjaan mereka? Dari kewajipannya sebagai seorang individu muslim, keluarga muslim , masyarakat muslim ? Carilah jawapannya ya. (from http://khazanahrahsia.blogspot.com/2010/03/denyut-kasih-medik.html)

Saya bersetuju dengan ulasan Dr Basil Towil, Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Serdang mengenai novel ini,

"Novel ini sesuai diijadikan rujukan bagi para doktor, dan staf hospital yang bertugas dalam konteks memahami cara aplikasi syariat di hospital. Saya mengesyorkan agar setiap doktor, staf hospital dan pelajar perubatan untuk memiliki novel ini, bahkan orang awam juga."

Juga ulasan oleh Prof. Madya Dr.Zamrin Dimon, Pakar Perunding Kardiotoracik, HUKM:

"Satu catatan pengalaman yang sangat baik dalam hidup. Tidak ada lagi bahan seperti ini. Boleh memberikan pengajaran dan pendidikan kepada pegawai perubatan, pesakit, dan masyarakat umumnya. Ianya juga membuka mata kepada masyarakat perihal kesungguhan staf kesihatan menjalankan tanggugjawabnya dalam konteks yang lebih luas iaitu kerja sebagai ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah."


Sedikit tentang penulis novel:

  • Dr.Farhan Hadi bin Mohd Taib, dilahirkan pada 5 Oktober 1983 di Kuala Krai, Kelantan. Beristerikan seorang novelis Islami, Fatimah Syarha bt Mohd Noordin. Mendapat pendidikan awal di SRK Banggol Guchil dan seterusnya menyambung ke SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Mendapat housemanship training di Hospital Selayang. Kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam. Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009. Bekerja sambilan di Hospital PUSRAWI, Jabatan Kecemasan Hospital Selayang dan merupakan kolumnis majalah Solusi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

I'm really not good at review..but this is all I can do..huhu..

Komen-komen lain tentang novel ini boleh dilihat di http://www.goodreads.com/book/show/7890152-denyut-kasih-medik#


p/s: Overseas students sangat digalakkan membaca, terutama Indonesia bound, sebab banyak short terms yang digunakan dalam perubatan di Malaysia, disebutkan dalam ni... simple terms je, tapi kalau yang simple terms ni pun kita tak tahu..hm tak tahula,huhu.. contohnya AOR, CPAP, CMR etc..

Bagus juga kalau nak bagi sebagai hadiah..

Apapun kesimpulannya, sangat rugi kalau tak baca~ .. (^^,)v

Wallahua'lam.

Monday, June 15, 2009

Cukuplah ia sebagai peringatan...

Assalamualaikum wbt,

Tidak mampu untuk mujahadah browsing internet seminggu. Rasa macam terputus dengan dunia luar.. Tapi sebab nak surf jugak, kena tahan diri(disiplinkn diri huhu~) untuk surf 30 minit je. Dan di sini, ingin berkongsi sesuatu..

140609,
Semalam, saya terkejut diberitahu sahabat tentang pulangnya al-fadhil Syeikh Dr. Fathi Yakan ke rahmatullah. Saya yakin, sesiapa yang mengenali beliau pasti merasa sebuah kehilangan.Dunia Islam pasti amat merasainya. Rasa kehilangan seorang mujahid yang begitu banyak berjasa dalam dunia pentarbiyahan Islam. Begitu banyak jasa dan tenaga beliau disumbangkan dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab. Beliau juga banyak menyebarkan risalah dan tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam.

Siapa tidak kenal dengan buku terkenal beliau iaitu buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam' atau 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam'.
Ia antara buku harakah yang paling awal saya kenal yang membuatkan diri berjaya (alhamdulillah) menemui matlamat hidup yang sebetulnya... insyaAllah.
Buku ini (boleh download free di sini) terlalu banyak digunakan sebagai rujukan dalam usrah-usrah, dan banyak digunakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sama ada di peringkat sekolah, universiti dan peringkat nasional. Beliau juga pengarang kepada lebih 30 buah buku dan sebahagiannya diterjemah ke pelbagai bahasa. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen Lubnan atas tiket gerakan parti politik Islam. Pemergian beliau bermakna hilang lagi seorang permata dalam dunia Islam.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Abdullah bin Amr r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berita pemergian Ustaz Fathi Yakan sampai ketika belum pun surut lagi rasa terkejut dan sedih yang turut saya rasa atas pemergian seorang mujahid muda di Mesir, Muhammad Ammar bin Zulkifli, pelajar Malaysia jurusan perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, pada 10 Jun lalu, kerana kemalangan jalan raya. Saya dapat khabar ini daripada sahabat yang sama sekolah dengan arwah.

Dan semalam, Zahra datang bermalam di rumah, ada berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang arwah dan situasi teman2 di sana selepas mendapat berita kemalangan dan pemergian allayarham Ammar Zulkifli... kelahiran 1988, dan kata-kata 'trademark' arwah iaitu "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat". - Blog allahyarham Ammar: Dalam Jiwa Hamba. MasyaAllah. Walaupun tidak mengenalinya, tapi saya yakin arwah seorang yang soleh.

Memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin dalam entry 'Takziah atas pemergian yang pasti' : "Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN".

Ini antara tulisan tentang arwah daripada sahabat2nya: a tribute for ammar sayang, Ammar, enta menyusahkan sahabat kemudian,dan bercerita tentang ammar.

Dan berita pemergiannya ini sampai ketika belum pun surut lagi kesedihan yang sangat dirasakan sahabat-sahabat MATRI atas kehilangan guru merangkap 'bonda'.. Dari tulisan dalam blog sahabat-sahabat matri tentang kembalinya bonda ke rahmatullah, dan juga dari cerita sahabat, saya turut sedikit sebanyak dapat merasakan kehilangan seseorang yang besar jasanya mendidik mentarbiyah anak bangsa. Apatah lagi pada mereka yang mendapat tarbiyah langsung daripada beliau...

Semoga Allah menempatkan mereka semua bersama para syuhada'. Ameen.

**********************************************************************************************************************
Berita ini semua seolah bertalu datang memberitahu untuk mengingatkan. Berita kematian, sungguh mengejutkan. Saya. Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia. Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.

Sungguh kematian itu suatu peringatan.. Ketika leka merancang rapi masa depan dan hari esok, yang padahal entahkan sampai entahkan tidak..sehingga terlupa pada kematian yang pasti datang. Sungguh kematian itu suatu peringatan, untuk menggunakan kesempatan yang masih diberi (malah berulang kali diberi-Nya) dengan sebaiknya. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan alpa dengan dunia…

Mengingatkan kematian itu sungguh menggerunkan saya… Bukan takut mati, ingin sangat terutama tika terasa putus asa dan penat dengan dunia. Tapi teringatkan amalan sendiri, sungguh belum bersedia.. Sering terdetik, 'kalau aku mati sekarang, bekalan apa, amal apa yang akan dibawa…'. Jadual daily mutaba'ahnya masih banyak kosong.. Allah, mengingatkan kematian, terasa kerdil dan hinanya diri…terkenang dosa menggunung tinggi ='( terlintas juga, 'bagaimana keadaanku, bila dan di mana aku akan diambil-Nya'. Doa supaya diri masih diberi kesempatan untuk memohon ampunan-Nya, dan tidak mengulang kesilapan silam... Dan seketika terfikir, bagaimana boleh belum bersedia lagi, sedang ia suatu yang dijanjikan pasti tiba pada setiap yang bernyawa. Kalau untuk exam, bukan main... mesti usahakan diri untuk bersedia. Walhal itu manusia yang uruskan.. Boleh ditunda-tunda. Sedangkan malaikat Izrail, diundang atau tidak, datang tanpa menunda walau sesaat… Namun persediaannya?? Astaghfirullah...

***********************************************************************************************************************
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)

Kematian mengingatkan bahawa waktu sangat berharga
Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa
Kematian mengingatkan bahawa kita tak memiliki apa-apa
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara
Kematian mengingatkan bahawa hidup begitu berharga

Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan senantiasa sedar bahawa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan. Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77,

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…”

dengan menyebut,Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)

Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan memaknai kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.

**********************************************************************************************************************
-Kematian...bukan berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi permulaan sebuah kehidupan yang abadi-



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. " (QS al-Anbiya' 21:35)

"..Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
( QS Luqman 31:34)

"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(QS al-Jumu'ah 62:8)











Dan cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan..... buat saya dan kamu jua...




Saturday, May 2, 2009

Tahukah Anda......?

Assalamualaikum.

Tahukah anda, hari ini ada pelbagai jenis rupa al-Qur'an (yang ada terjemahan sekali). Erm, eh jangan salah faham pulak.. :) maksud saya Kitab suci ini hari ini dicetak dalam pelbagai rupa yang sangat kreatif dan menarik untuk memudahkan umat Islam (khususnya) membaca dengan betul tajwidnya, mengetahui makna perkataannya, membuat rujukan ayat tertentu untuk hal-hal tertentu dengan mudah dan cepat, dan macam-macam lagi kemudahan. Ada juga dicetak terpisah mengikut per juzuk untuk memudahkan sesiapa yang mahu menghafalnya..Jom kita tengok beberapa Qur'an yang telah saya temui :)

1. Al-Qur'an yang dicetak bewarna-warni mengikut hukum tajwidnya.



Tulisannya dicetak dalam lapan warna mengikut hukum tajwidnya. Jangan risau, mestilah ada disediakan maksud warna-warna yang digunakan :) Tersedia juga petunjuk tanda-tanda waqaf dan lain-lain lagi.



Qur'an ni ada terjemahan juga. Dan antara yang special lagi pasal Qur'an ni.. kertas yang digunakan -kertas licin yang agak kalis air tu...erm tak tahu la saya apa istilahnya. Qur'an ni di'pack' sangat menarik..ia berbentuk ala-ala dompet/diari. Sarung luarnya daripada kulit. :) Ada 2 ukuran.. (S dan L laa..hehe)

- yang ni saiz S. kurang lebih dua tapak tangan la. (orang dewasa ya bukan tapak tangan kanak-kanak)-

Ada tiga warna sahaja- putih, koko, hitam. [hah, macam iklan untuk jual la pulak]. Sebenarnya 'Qur'an tajwid' ni dah setahun lebih dah ada di pasaran Indonesia. Di Malaysia, saya tak tahu sama ada ia dah masuk pasaran atau belum, tapi yang pasti ada individu yang menjualnya di beberapa negeri. :)


2. Syaamil Qur'an. Ini bukan saya yang bagi namanya. Tapi memang itulah yang tertera..


Uniknya Qur'an ini sebab makna arabnya diterjemahkan per perkataan. (word by word)


Bagus untuk tahu makna bahasa arab yang digunakan dengan cepat. Selalunya rujuk pada terjemahan di sampingnya saja tapi kadang-kadang tu tak tahu yang ni makna untuk perkataan mana satu...Walaupun Qur'an ini dah ada terjemahan per kata, tapi tersedia jugak terjemahan penuh di sampingnya.


Tulisan Qur'an ini hanya warna hitam :) Kertas yang digunakan..kertas biasa saja (tak kalis air laa) tapi halus sangat.. hehe macam mana tu ye? Saya pun tak reti dah nak describe macam mana. Kena beli kalau nak tahu..hehe :) Satu saiz sahaja. Besar tau! Ye la, senang dan jelas nak baca terjemahan per kata tu.

Dan haaa..kemudahan ini yang saya paling suka. Di halaman belakangnya ada index ayat, iaitu 'klasifikasi ayat-ayat' untuk memudahkan kita membuat rujukan atau mencari ayat-ayat berkenaan perkara tertentu. Misalnya untuk cari ayat berkenaan kejadian manusia, alam, hukum menutup aurat, wasiat, harta, atau sejarah, kisah-kisah Nabi, iman, dakwah, dan sebagainya lah..

Turut disediakan bukan sahaja ada disertakan penjelasan tentang tanda waqaf, ayat2 sajadah, dan nun wiqoyah (nun wasal), tapi turut disertakan tanda-tanda sifir seperti sifir mustadir dan sifir mustatil, imalah (Surah Hud ayat 41), ishmam (Surah Yusuf ayat 11), saktah dan sebagainya. Penjelasannya dalam bahasa Indonesia, bukan bahasa Arab, jadi senanglah nak faham. Dan bonus kepada sesiapa yang membeli Qur'an ini, diselit sekali Ma'thurat wazifah kubra, yang dilengkapi dengan riwayat dan fadhilat.

Dan nak bagitau jugak, kertas yang digunakan untuk Ma'thurat ini ialah kertas licin yang agak kalis air tu.. :)


3. Qur'an special for woman.

- ala tak nampak pula tulisan 'al-Qur'anul karim special for woman'-

Haa percaya atau tidak, ia memang ada! Apa kelainannya? Masa nak beli hari tu, tuan kedai cakap Qur'an ni highlight ayat-ayat yang berkenaan perempuan. Tapi hairan juga saya, masa saya belek2 Qur'an ni kat kedai tu, ada je ayat yang tak sebut langsung pasal wanita tapi di highlight juga. Bila dah beli dan balik teliti, barulah tahu..ayat yang di highlightkan ialah ayat-ayat seperti yang ada perihal tentang perempuan, hukum-hakam tertentu, peringatan, dan ayat-ayat yang lazim di hafal..


Dihalaman belakangnya pula ada juga index ayat tapi tidak se-detail 'Syaamil Qur'an' la. Hanya indeks keluarga yang mana ia disusun mengikut juz (and hence surah). Dan yang specialnya juga, ia ada kisah-kisah wanita abadi dalam Qur'an. Iaitu wanita yang namanya disebut (secara tak langsung) dalam al-Qur'an. Seperti Aisyah binti Abu Bakar, Fatimah az-Zahra r.a, Hafshah binti Umar, Khaulah binti Tsa'labah, Ramlah binti Abi Sufyan, Ummu Kalthum binti Uqbah, Zainab binti Jahsy, dan beberapa orang lagi..


Sesuai namanya 'special for woman', dalamannya warna pink2.. ^-^ Saiznya kecil macam Qur'an tajwid tu..senangla nak bawa. Di'pack' macam diari pun ada, macam purse perempuan pun ada..hehe. Ada warna hijau lembut dan pink. (haha macam iklan jualan la pulak..)

***************************************************************************************************

1. Asifni, mostly gambar2 tak berapa jelas sebab tak reti ambil gambar.. n kamera sendiri rosak.. pinjam kamera Dini tapi tak tahu sangat nak guna kamera orang lain :/ Anyway, thanks Dien sudi pinjamkan ^-^

2. Menarik kan kalau bagi Qur'an-qur'an ni sebagai hadiah untuk keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, etc.. =)

*************************************************************************************************

1. Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang saya mampu ;)
Masa mula-mula tengok Qur'an yang pelbagai 'rupa' ni, saya terfikir betapa gigihnya mereka berusaha se-kreatif mungkin untuk menarik orang, Muslim khususnya, untuk mempelajari cara membaca dengan betul, memahami terjemahannya (untuk faham lebih jelas dan detail kena beli tafsir lain pula :) ), mencari rujukan ayat tertentu dan sebagainya... Semoga mereka terus berusaha tanpa jemu dan saya yakin bagi mereka yang membantu menyebarkan agama Allah ini, ganjarannya disisi Allah s.w.t sangat besar.

2. Mereka dah jadi antara penolong agama Allah. Kita bagaimana? -refleksi diri sendiri- Teringat kalam Allah dibawah ini, sering saya fikirkan apa yang telah saya sumbangkan selama diberi pelbagai nikmat oleh-Nya.
" Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah!".. [QS as-Saff: 61:14]

3. Sesungguhnya al-Qur'an itu cahaya, penawar, peringatan, hikmah, kisah-kisah dan mengandungi pelbagai ilmu yang membuktikan keagungan Allah dan kebenaran Islam, Rasulullah s.a.w, para Nabi dan Rasul sebelum Baginda.

4. Saya suka juga rujuk buku "Qur'an Saintifik -meneroka kecemerlangan Qur'an daripada Teropong Sains" oleh Dr.Danial Zainal Abidin. Buku ini adalah hasil usaha gigih disertai kajian mendalam tentang penemuan Sains yang akan membuktikan lagi kemukjizatan al-Qur'an.
"And if you are in doubt about what We have have revealed (the Qur'an) to Our worshiper (Muhammad), then produce a chapter like it, and call your witnesses (supporters and helpers) besides God, if you're truthful. And if you do not do it, and you can never do it, then fear the fire (Hell) whose fuel is men and stones. It has been prepared for disbelievers. And give good news (Oh Muhammad) to those who are believe and do good deeds, that for them are gardens (Paradise) in which rivers flow..."
[Qur'an, Surah al-Baqarah, Chapter 2 Verses 23-25]
************************************************************************************************

" This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah. Who believe in the Unseen, are steadfast in prayer, and spend out of what We have provided for them; And who believe in the Revelation sent to thee, and sent before thy time, and (in their hearts) have the assurance of the Hereafter. They are on (true) guidance, from their Lord, and it is these who will prosper."
[ Qur'an, Surah al-Baqarah, chapter 2 verses 2-5]

**************************************************************************************************************************

Allahummarhamna bil-qur'an.. Ya Allah, jadikanlah kasih sayang-Mu,rahmat-Mu kepada kami dengan al-Qur'an. Jadikan al-Qur'an sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkanlah kami bila ada ayat yang kami lupa mengingatnya. Ajarkan pada kami ayat yang kami tidak tahu. Kurniakan kepada kami kenikmatan membacanya, sepanjang waktu, baik malam mahupun siang. Jadikan al-Qur'an bagi kami sebagai hujah. Jadikan kami mengamalkan apa yang kami tahu dari Kitab-Mu. Tetapkan iman kami agar istiqamah di jalan lurus-Mu, Allah.. Ameen ya Rabbal 'alamin..




Monday, April 13, 2009

B.O.O.K.s


Assalamualaikum.

Talking about books.
I love reading books..
science and health, religious, politic, history of Islam, etc.
But I cant manage to finish all the books that I bought or borrowed or birthday
presents..huhu.
So I think my hobby is.. Buying books is more likely than reading.huh.





Selama menuntut di Makassar ni, koleksi buku saya makin banyak..sebabnya di sini baaaanyak sangat buku (+ novel) berunsur Islam. Banyak juga yang diterjemah ke Bahasa Melayu dan dijual di Malaysia. Cuti semester tahun lepas saya ke Wisma Yakin (kalau tak silap saya la itula namanya. belakang masjid India di Jalan TAR)..terkejut saya kerana sangat banyak buku yang diimport dari Indonesia. mahal. kalau di sini dijual Rp55,000 (~RM19), di Malaysia dijual RM55 !
hoho. sebab itu saya jadi 'hantu' buku yang pantang tengok buku yang saya minat. mesti beli. hehe.

Hmm these are some of the books that I bought and a few are presents.. really wish to finish it..
hampir semua saya baru baca separuh jalan sahaja.. haish

1. Dilema Melayu-Islam. [Kurang Fikir atau Kurang Zikir?]
-Analisis perkembangan politik kontemporari
daripada kaca mata bebas.
By: Pahrol Mohamad Joui

2. Belajar Dari Dua Umar [Kenyangkan Perut Rakyat]
Eksklusif pandang sisi: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
By: Hepi Andi Bastoni

3. Jatuhnya Sebuah Tamadun
Menyingkap Sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Empayar Khalifah Islam
By: Mohamad Nurhakim

4. Pengaruh Pemikiran Ikwanul-Muslimin..
By: Riduan Mohd Nor

5. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden ( The National Bestseller)
By: Dr. Danial Zainal Abidin

6. Quran Saintifik
Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains
By: Dr. Danial Zainal Abidin

7. Menyingkap Tirai Juz al-Quran
Mencari Jati Diri Melalui Tadarus al-Quran
By: Gus AA & H Ziyad Ulhaq SQ

8. Pembuktian Sains Dalam Sunah, Buku 1 dan Buku 2
By: Dr. Zaghlul an-Najjar

9. Ayat-ayat Semesta
By: Agus Purwanto

10. Sejuta Keajaiban Dalam Dunia Sufi
Mengungkap Kisah-kisah Supranaturalistik dari Perjalanan Spiritual para Nabi, sahabat, dan para Sufi.
By: Asrifin an-Nahrawi

11. Conversion Journeys
On Becoming Muslim in the West
By: Sulaiman Dufford

12. Kitab Cinta Yusuf Zulaikha
Novel Spiritualitas. Cinta dan Iman Berbasis Kisah al-Quran
By: Taufiqurrahman al-Azizy

13. Kesaksian Seorang Dokter (Best Seller)
Mensucikan Hati Melalui Kisah-kisah Nyata
By: Dr.Khalid bin Abdul Aziz al-Jubair, Spesialis Bedah dan Jantung
[yang ni dah lama habis baca, alhamdulillah =) ]

------------------------------------------------------------------------------------

.: Saya mahu juga menulis ulasan untuk buku-buku yang dah habis dibaca..hm kapan ya? Saya juga nak ada library kat rumah sendiri suatu hari nanti. ^-^ insyaAllah (",)

22nd February 2009.BTP -Bumi Tamalanrea Permai.