Saturday, May 2, 2009

Tahukah Anda......?

Assalamualaikum.

Tahukah anda, hari ini ada pelbagai jenis rupa al-Qur'an (yang ada terjemahan sekali). Erm, eh jangan salah faham pulak.. :) maksud saya Kitab suci ini hari ini dicetak dalam pelbagai rupa yang sangat kreatif dan menarik untuk memudahkan umat Islam (khususnya) membaca dengan betul tajwidnya, mengetahui makna perkataannya, membuat rujukan ayat tertentu untuk hal-hal tertentu dengan mudah dan cepat, dan macam-macam lagi kemudahan. Ada juga dicetak terpisah mengikut per juzuk untuk memudahkan sesiapa yang mahu menghafalnya..Jom kita tengok beberapa Qur'an yang telah saya temui :)

1. Al-Qur'an yang dicetak bewarna-warni mengikut hukum tajwidnya.



Tulisannya dicetak dalam lapan warna mengikut hukum tajwidnya. Jangan risau, mestilah ada disediakan maksud warna-warna yang digunakan :) Tersedia juga petunjuk tanda-tanda waqaf dan lain-lain lagi.



Qur'an ni ada terjemahan juga. Dan antara yang special lagi pasal Qur'an ni.. kertas yang digunakan -kertas licin yang agak kalis air tu...erm tak tahu la saya apa istilahnya. Qur'an ni di'pack' sangat menarik..ia berbentuk ala-ala dompet/diari. Sarung luarnya daripada kulit. :) Ada 2 ukuran.. (S dan L laa..hehe)

- yang ni saiz S. kurang lebih dua tapak tangan la. (orang dewasa ya bukan tapak tangan kanak-kanak)-

Ada tiga warna sahaja- putih, koko, hitam. [hah, macam iklan untuk jual la pulak]. Sebenarnya 'Qur'an tajwid' ni dah setahun lebih dah ada di pasaran Indonesia. Di Malaysia, saya tak tahu sama ada ia dah masuk pasaran atau belum, tapi yang pasti ada individu yang menjualnya di beberapa negeri. :)


2. Syaamil Qur'an. Ini bukan saya yang bagi namanya. Tapi memang itulah yang tertera..


Uniknya Qur'an ini sebab makna arabnya diterjemahkan per perkataan. (word by word)


Bagus untuk tahu makna bahasa arab yang digunakan dengan cepat. Selalunya rujuk pada terjemahan di sampingnya saja tapi kadang-kadang tu tak tahu yang ni makna untuk perkataan mana satu...Walaupun Qur'an ini dah ada terjemahan per kata, tapi tersedia jugak terjemahan penuh di sampingnya.


Tulisan Qur'an ini hanya warna hitam :) Kertas yang digunakan..kertas biasa saja (tak kalis air laa) tapi halus sangat.. hehe macam mana tu ye? Saya pun tak reti dah nak describe macam mana. Kena beli kalau nak tahu..hehe :) Satu saiz sahaja. Besar tau! Ye la, senang dan jelas nak baca terjemahan per kata tu.

Dan haaa..kemudahan ini yang saya paling suka. Di halaman belakangnya ada index ayat, iaitu 'klasifikasi ayat-ayat' untuk memudahkan kita membuat rujukan atau mencari ayat-ayat berkenaan perkara tertentu. Misalnya untuk cari ayat berkenaan kejadian manusia, alam, hukum menutup aurat, wasiat, harta, atau sejarah, kisah-kisah Nabi, iman, dakwah, dan sebagainya lah..

Turut disediakan bukan sahaja ada disertakan penjelasan tentang tanda waqaf, ayat2 sajadah, dan nun wiqoyah (nun wasal), tapi turut disertakan tanda-tanda sifir seperti sifir mustadir dan sifir mustatil, imalah (Surah Hud ayat 41), ishmam (Surah Yusuf ayat 11), saktah dan sebagainya. Penjelasannya dalam bahasa Indonesia, bukan bahasa Arab, jadi senanglah nak faham. Dan bonus kepada sesiapa yang membeli Qur'an ini, diselit sekali Ma'thurat wazifah kubra, yang dilengkapi dengan riwayat dan fadhilat.

Dan nak bagitau jugak, kertas yang digunakan untuk Ma'thurat ini ialah kertas licin yang agak kalis air tu.. :)


3. Qur'an special for woman.

- ala tak nampak pula tulisan 'al-Qur'anul karim special for woman'-

Haa percaya atau tidak, ia memang ada! Apa kelainannya? Masa nak beli hari tu, tuan kedai cakap Qur'an ni highlight ayat-ayat yang berkenaan perempuan. Tapi hairan juga saya, masa saya belek2 Qur'an ni kat kedai tu, ada je ayat yang tak sebut langsung pasal wanita tapi di highlight juga. Bila dah beli dan balik teliti, barulah tahu..ayat yang di highlightkan ialah ayat-ayat seperti yang ada perihal tentang perempuan, hukum-hakam tertentu, peringatan, dan ayat-ayat yang lazim di hafal..


Dihalaman belakangnya pula ada juga index ayat tapi tidak se-detail 'Syaamil Qur'an' la. Hanya indeks keluarga yang mana ia disusun mengikut juz (and hence surah). Dan yang specialnya juga, ia ada kisah-kisah wanita abadi dalam Qur'an. Iaitu wanita yang namanya disebut (secara tak langsung) dalam al-Qur'an. Seperti Aisyah binti Abu Bakar, Fatimah az-Zahra r.a, Hafshah binti Umar, Khaulah binti Tsa'labah, Ramlah binti Abi Sufyan, Ummu Kalthum binti Uqbah, Zainab binti Jahsy, dan beberapa orang lagi..


Sesuai namanya 'special for woman', dalamannya warna pink2.. ^-^ Saiznya kecil macam Qur'an tajwid tu..senangla nak bawa. Di'pack' macam diari pun ada, macam purse perempuan pun ada..hehe. Ada warna hijau lembut dan pink. (haha macam iklan jualan la pulak..)

***************************************************************************************************

1. Asifni, mostly gambar2 tak berapa jelas sebab tak reti ambil gambar.. n kamera sendiri rosak.. pinjam kamera Dini tapi tak tahu sangat nak guna kamera orang lain :/ Anyway, thanks Dien sudi pinjamkan ^-^

2. Menarik kan kalau bagi Qur'an-qur'an ni sebagai hadiah untuk keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, etc.. =)

*************************************************************************************************

1. Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang saya mampu ;)
Masa mula-mula tengok Qur'an yang pelbagai 'rupa' ni, saya terfikir betapa gigihnya mereka berusaha se-kreatif mungkin untuk menarik orang, Muslim khususnya, untuk mempelajari cara membaca dengan betul, memahami terjemahannya (untuk faham lebih jelas dan detail kena beli tafsir lain pula :) ), mencari rujukan ayat tertentu dan sebagainya... Semoga mereka terus berusaha tanpa jemu dan saya yakin bagi mereka yang membantu menyebarkan agama Allah ini, ganjarannya disisi Allah s.w.t sangat besar.

2. Mereka dah jadi antara penolong agama Allah. Kita bagaimana? -refleksi diri sendiri- Teringat kalam Allah dibawah ini, sering saya fikirkan apa yang telah saya sumbangkan selama diberi pelbagai nikmat oleh-Nya.
" Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah!".. [QS as-Saff: 61:14]

3. Sesungguhnya al-Qur'an itu cahaya, penawar, peringatan, hikmah, kisah-kisah dan mengandungi pelbagai ilmu yang membuktikan keagungan Allah dan kebenaran Islam, Rasulullah s.a.w, para Nabi dan Rasul sebelum Baginda.

4. Saya suka juga rujuk buku "Qur'an Saintifik -meneroka kecemerlangan Qur'an daripada Teropong Sains" oleh Dr.Danial Zainal Abidin. Buku ini adalah hasil usaha gigih disertai kajian mendalam tentang penemuan Sains yang akan membuktikan lagi kemukjizatan al-Qur'an.
"And if you are in doubt about what We have have revealed (the Qur'an) to Our worshiper (Muhammad), then produce a chapter like it, and call your witnesses (supporters and helpers) besides God, if you're truthful. And if you do not do it, and you can never do it, then fear the fire (Hell) whose fuel is men and stones. It has been prepared for disbelievers. And give good news (Oh Muhammad) to those who are believe and do good deeds, that for them are gardens (Paradise) in which rivers flow..."
[Qur'an, Surah al-Baqarah, Chapter 2 Verses 23-25]
************************************************************************************************

" This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah. Who believe in the Unseen, are steadfast in prayer, and spend out of what We have provided for them; And who believe in the Revelation sent to thee, and sent before thy time, and (in their hearts) have the assurance of the Hereafter. They are on (true) guidance, from their Lord, and it is these who will prosper."
[ Qur'an, Surah al-Baqarah, chapter 2 verses 2-5]

**************************************************************************************************************************

Allahummarhamna bil-qur'an.. Ya Allah, jadikanlah kasih sayang-Mu,rahmat-Mu kepada kami dengan al-Qur'an. Jadikan al-Qur'an sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkanlah kami bila ada ayat yang kami lupa mengingatnya. Ajarkan pada kami ayat yang kami tidak tahu. Kurniakan kepada kami kenikmatan membacanya, sepanjang waktu, baik malam mahupun siang. Jadikan al-Qur'an bagi kami sebagai hujah. Jadikan kami mengamalkan apa yang kami tahu dari Kitab-Mu. Tetapkan iman kami agar istiqamah di jalan lurus-Mu, Allah.. Ameen ya Rabbal 'alamin..




Friday, May 1, 2009

Some vitamins for mind :)


Once upon a time.... ^-^


A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said:
“I am blind, please help.” There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were.
The boy recognized his footsteps and asked,
“Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?”

The man said,
“I only wrote the truth. I said what u said but in a different way.”

What he had written was: “Today is a beautiful day & I cannot see it.”

Do you think the first sign & the second sign were saying the same thing? Of course both signs told people the boy was blind. The first sign simply said the boy was blind. But the second sign told other people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story:

Be thankful for what you have.
Be creative. Be innovative. Think differently and positively.
Invite the people towards good with wisdom.
Live life with no excuse and love with no regrets.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.


Face your past without regret.
Handle your present with confidence.
Prepare for the future without fear.
Keep the faith and drop the fear.
Don’t believe your doubts and doubt your beliefs. Life is a mystery to solve not a problem to resolve.
Life is wonderful if you know how to live.
Each day is as special as you want it to be………


MAKE IT GREAT!


credits to sinar_islami @ ~Then & Now ~


~ Make life worth living ~

Allahua'lam.

Monday, April 27, 2009

Siapa Aku


(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
beliau dibunuh oleh rejim zionis melalui tembakan dari helikopter.


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,

Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948 familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin, akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?


3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

**********************************************************************************************

~ Mungkin ada yang pernah membacanya sebelum ini. Sekadar mengimbau kembali biografi dan secebis rentetan perjuangan beliau Syeikh Ahmad Yassin..walaupun telah separuh dekad pergi menemui-Nya, namun semangat perjuangan beliau tidak akan terpadam.. Moga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di taman abadi sana. Ameen.
~ Moga lebih ramai 'Syeikh Ahmad Yassin' dilahirkan.
~ Sering tertanya sendiri apakah yang telah disumbangkan untuk agama Allah selama dilahirkan ke alam ini.
~ Moga kita antara generasi penerus perjuangan beliau..dalam lapangan kita sendiri..insyaAllah.

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [QS at-Taubah 9: 122]



Allahu'alam.


Saturday, April 25, 2009

Dari Hati Untuk Hati


Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku hati seperti ini...

Hati Yang Celik

Firman Allah,maksudnya : "Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya.Dan engkau memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami)." (Surah ar-Rum 30:53)


Hati yang Sedar


Firman Allah,maksudnya : "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)



Hati yang Bersih

Firman Allah,maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah Asy-Syams 91:9)



Hati yang Lurus


Firman Allah,maksudnya : "(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali 'Imran 3:8)



...dan KAU peliharalah daripadaku hati ini..

Hati yang Keras

Firman Allah,maksudnya : "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Adapula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.."
(Surah al-Baqarah 2:74)


Hati yang Terhijab (tertutup)


Firman Allah,maksudnya: "Dan antara mereka ada yang mempendengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya,dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." (Surah al-An'am 6:25)



edited from:
<Tautan Hati>


***********************************************************************************************


Janji Allah itu benar. Hati yang seribu kali retak akan khilaf dan rakusnya perlakuan manusia tercantum kembali bila diserahkan pada ALLAH, Rabb Pemilik Hati hamba-hambaNya.



**********************************************************************************************
Hati-hati menjaga HATI..yang seketul itu.
Kalau ia baik, baiklah seluruh anggota badan..~




~Perkongsian untuk saling mengingatkan,insyaAllah. Ingatkan jua tika saya terleka..


Allahu'alam.

Friday, April 24, 2009

Monolog tentang p.u.i.s.i..~

Assalamualaikum.

Bicara tentang puisi.

Dah lama saya tidak menulis puisi. Agak lama..
Saya minat menulis puisi tapi saya bukanlah yang produktif..
Seingat saya, puisi pertama saya tulis adalah semasa saya di zaman menengah rendah...ke darjah 6 ntah.lupa.
Lama berhenti. Kemudian di KMB, saya tulis lagi. Sikit je.
Saya pun dah lupa saya tulis puisi ni. Sampailah saya terjumpa dalam blog saya sendiri! Saya pun dah lupa saya hidupkan blog tu. *-*

Sekarang, di alam mahasiswa ini, saya mahu menulis lagi.
Tapi saya tidaklah pandai menulis dengan baik dan berkualiti..
Mungkin sebab itu saya ada 'penyakit' inferiority complex untuk publish karya (so-called hehe) saya,
Akibatnya saya hanya menjeruk dan perap tulisan2 saya dalam laptop sahaja.
Dan kalau ada pertandingan, dan kalau saya rasa nak hantar untuk menambahkan penyertaan, saya hantarlah..
Hmm, tapi saya memang tak pernah sangka… karya saya terpilih.
Haha saya tahu kalian juga tak percaya kan?

So far sudah dua (dua je baru) karya saya terpilih.
Satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam English.
Apapun saya tahu bukan sebab karya saya tu bagus..
Tapi sebab tiada penyertaan daripada sifu-sifu sastera :)
Ini jawab saya kepada kawan yang 'perli' saya atas kemenangan karya saya..
"Ala bukan best pun.. Tapi sebab Adibah Abdullah dan FahdRazy tak hantar je.." (",)
-depa tak hantar sebab tak leh hantar.. dunia lain hehe -
(ramai lagi sebenarnya tapi saya sebut dua sahaja sebab kawan saya tu kenal kedua2nya)

Hmm..
Saya memang tidak pandai menulis puisi yang bagus tapi saya tahu juga la setitik dua teknik menulis puisi yang baik.
Kalau saya menulis sesuatu bernama puisi, saya bukan saja-saja coret sepertimana orang lain di luar sana juga bukan saja-saja catat..
Saya coret untuk meluah dan menyampai apa yang terbuku dan terfikir di jiwa dan di minda.
Berbekalkan setitis dua ilmu tentang puisi,
dan tentunya ia nukilan yang bermodalkan ilham daripada Tuhan,
Saya lakarkan perasaan jiwa dan minda dalam bahasa bernama puisi (moden).

Hari ini, esok, dan akan datang..
InsyaAllah akan saya cuba ubati 'penyakit' inferiority complex yang sedia ada ini,
Supaya saya bisa zahirkan ia di 'rumah maya' ini,
Untuk perkongsian, manalah tahu boleh dimanfaatkan..
Kalau pun tidak mampu menjentik perasaan semua,
Paling tidak ia mampu mencuit hati pembaca, hah..
Sebab ia tak best pun dan.. hmm..ntah apa-apa..
Hehe =)
~Peace no war~

Salam.


~untuk berkarya lagi,kumohon ilham daripada Tuhan. DIA, ALLAH Yang Esa.


Monday, April 20, 2009

Tanpa tajuk...


Berdosakah?
Jika mereka dibiarkan mereka tertimbus
Sedang menanti diriku sempurna
Bagai menanti sesuatu yang takkan tiba
Melihat mereka terus-terusan menggali
lubang kemurkaan Tuhan
Lantas memekakkan telinga menafikan kebenaran di depan mata
Umpama menempah tempat tidur dalam kebencian-Nya, kemurkaan-Nya
Mengeluarkan warkah nasihat
Seolah-olah menyiat kepercayaan sahabat sendiri
Tersepit.
Sahabatkah?
(Sahabat tidak meninggalkan sahabatnya).
Rimas.
-FR, KMB.



Dari Ibnu Abbas R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW di tanya:
Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab:
“Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya”

*Hadith Riwayat:Imam Abdu bin Humaid



~Rindu sahabat2 yang sudi dan saling mengingatkan~

Sunday, April 19, 2009

Di Pondok Kecil..

01 Jun 2008
Pesantren Darul Aman, Sudiang, Makassar, Sulawesi Selatan.

Alhamdulillah, dengan hidayah dan izin Ilahi dapat saya dan sahabat-sahabat yang lain mengikuti kelas pengajian agama setelah tertunda berminggu-minggu malah berbulan mungkin. Saya kuatkan semangat demi ilmu untuk diri yang faqir fil ilm ini, walaupun sebenarnya jiwa jahil ini agak malas kerana kepenatan dek sehari sebelumnya hampir setengah hari saya berada di air terjun Banti Murung mengikuti program IPEM’s day out.

Pesantren ini tempatnya jauh masuk ke dalam, bahaya bagi seorang perempuan untuk sampai ke pesantren itu kalau bergi berseorang. Harus ada yang menemani. Lagi selamat. Sesampainya kami di sana, cuaca yang redup -tidak panas berbahang, beserta suasana damai di pesantren itu memberi semacam ketenangan kepada jiwa saya. Saya akui, saya jakun melihat suasana di situ. Apa tidaknya, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah pondok di Malaysia apatah lagi untuk merasai suasana menuntut ilmu di pondok.

Ustazah atau lebih dikenali K.Ira, lepasan universiti di Mesir (al-Azhar kalau tak silap saya), menyambut kami dengan mesra bersama anak-anak santriyah yang kecil molek dan manis beruniform coklat. Meninggalkan ibu bapa dan keluarga tersayang untuk menuntut ilmu- fardu ain dan fardu kifayah. Anak-anak yang berumur awal belasan tahun ini begitu sopan dalam menjaga tutur kata dan tingkah laku mereka. Walaupun itu kali pertama saya ke sana, jauh di sudut hati saya dapat merasakan adanya tautan ukhuwah istimewa sesama mereka. Mereka saling menjaga. Tidak mementingkan diri, dan sangat berdisiplin dalam mematuhi peraturan pesantren. (Kagumnya~)

Kami masuk ke dewan untuk mendengar materi (kuliah) pertama dari K.Ira iaitu tentang hadith no.1 petikan hadith Arba’in daripada kitab karangan Imam Nawawi. Bahasa Arabnya lancar dan beliau arif sekali menafsirkan ayat-ayat dalam kitab tersebut ke bahasa Indonesia bercampur bahasa Melayu. Selesainya sesi pembelajaran dan soal-jawab, saya bersama empat lagi sahabat yang lain tidak terus pulang kerana kami mahu berjumpa wakil-wakil dari Malaysia (Kelantan) yang akan datang mengunjungi pesantren itu.

Sementara menunggu kedatangan wakil dari tanah air sendiri, kami dijemput ramah oleh K.Ira untuk makan tengah hari.

“Maaf ya kalau makanannya jelek… jangan terkejut tengok budak-budak ni makan dua tiga orang satu pinggan…” kata K.Ira ramah dalam dialek bahasa Melayu.


“Eh takpe K.Ira, tak payah laa susah-susah..” balas salah seorang dari kami.

Namun akhirnya kami ke dewan makan juga. Masuk ke dalam dewan makan itu, saya terkejut kerana kami begitu dirai sebagai tetamu. Apa tidaknya, mereka makan walaupun dalam pinggan tapi ala-ala makan dalam talam (berkongsi 2-3 orang), sedang kami dihidangkan lima pinggan nasi untuk dimakan perorang. Nasi dan lauknya tidaklah banyak. Sekadar untuk mengalas perut. Kami dah pesan supaya melayan kami seperti anak-anak santriyah juga. Lagipun kalau nak kira, ini bukan kali pertama mereka menerima kunjungan daripada anak-anak Malaysia. Sebelum ini sudah ada senior-senior kami yang kadangkala meluang waktu menuntut ilmu di sana. Tapi sungguh mereka memuliakan tetamu~


Dan saat itu saya teringat sewaktu kami mengadakan MUTIARA 2008 (Mukhayyam Tautan Insaniah Remaja) di Bira.. Untuk waktu makan, peserta dihidang makanan dalam talam. Satu talam sekitar 5 orang (seingat saya). Ramai jugak la peserta yang merungut sebab makanan sikit..tak kenyang, lapar.. hm.... anak Malaysia dan anak Indonesia. :)


Sedang asyik kami menikmati juadah yang dihidang, kami terkesima mendengar anak-anak santriyah dan K.Ira berbual fasih dalam bahasa Arab! Saya kelu sebentar. Terasa seperti berada di negara Arab. Subhanallah, fasih sekali. Fasih yang tiada pelat. Bukan mereka hendak menunjuk-nunjuk kepada kami tetapi memang budaya santriyah di situ- senang bertutur dalam bahasa Arab, lebih-lebih lagi kalau ada mu’alim/mu’alimah di sisi mereka. Saya memang kagum mendengarnya. Setahu saya, kalau sekolah pondok di Malaysia pun, tidak ada yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan, yang ada hanya belajar bahasa Arab, tapi tidak mempraktikkannya sehingga menjadi bahasa perantara sesama mereka.

Dalam diam saya merenung dan merancang masa depan… (biarlah hanya Allah yang tahu..hehe~)


Lama ditunggu namun lima wakil dari Malaysia tidak kunjung tiba. Pergi shopping dulu, kami diberitahu. Akhirnya setelah hampir asar kami menunggu, kami terpaksa meminta diri dulu kerana kami juga punya agenda masing-masing untuk petang itu.


Dalam perjalanan pulang, saya berjanji pada diri, dengan izin Allah, bahawa jika ada kelapangan, saya mahu mencari ketenangan di Pesantren Darul Aman lagi….. berkongsi kisah bersama-sama santriyah…..dan menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu di sana…insyaAllah.


02 Jun 2008, 1030am



~Dah lama tak pergi sana. Hari tu pergi rumah K.ira pun tak singgah pesantren sebab banyak urusan lain lagi lepas tu. (teman Zahra cari sponsor untuk MUTIARA II...huhu). Rindu lama sangat dah tak jumpa anak-anak santriyah, especially Putri dan Ulfah..yang sentiasa mesra menyambut kedatangan kami..

Friday, April 17, 2009

Yang Benar Itu Berat

Soutulhaq

Berkatalah benar sekalipun berat. Terimalah kebenaran walaupun pahit!

1. Bukan senang untuk berkata benar dan menyampaikan kebenaran. Sungguh ia susah, berat, dan pahit. Sebab itu kebencian yang dipendam atau tidak dizahirkan ketika seseorang itu mengetahui atau melihat sesuatu kemungkaran berlaku sedang dia tidak mencegahnya, adalah selemah-lemah iman dalam Islam.

2. Kebenaran itu jua sukar untuk diterima, berat untuk dipikul, dan pahit untuk ditelan oleh orang yang disampaikan kebenaran tersebut. Tidak kira usia, jantina, bangsa, dan agama yang dianuti, sesiapa sahaja cenderung memberi respons awal dengan memprotesnya sama ada dengan kata-kata, hujah, dan alasan atau malah melalui tindakan, seolah-olah ia suatu refleks negatif apabila kebenaran disampaikan kepadanya. Dengan kata lain ketika ditegur.

3. Spesifiknya di sini, saya berbicara dalam skop agama Islam, dalam konteks ‘nahi mungkar’.

4. Sebuah perkongsian.. Kita (saya la) susah nak cakap apa yang betul. Mulut begitu berat nak sampaikan apa yang benar kepada orang yang berbuat salah. Kenapa? Sebabnya, yang pertama, sentiasa sedar bahawa diri sendiri sangatlah tidak layak untuk menegur orang lain. Kedua, takut dan risau orang yang ditegur itu terasa, makan hati, rasa down, dan menjauhi kita (saya la lagi).

5. Tapi apa yang memberi kekuatan kepada saya untuk memberi teguran ialah kerana rasa sayang kepada orang tersebut. Walaupun berat untuk menyampaikan, tapi atas nama sayang kepada saudara seagama, saya cuba kuatkan jua diri ini. Dan sebetulnya, kerana pegangan saya pada common sense ‘treat people the way you want to be treated’, saya gagahkan diri jua untuk menegur mereka yang saya sayang.. kerana saya sebenarnya suka untuk ditegur,diingatkan, dan diperbetulkan apabila saya terbuat salah dalam apa-apa hal.

6. Itu tentang menyampaikan kebenaran. Soal menerima kebenaran yang disampaikan pula, saya beranggapan bahawa setiap manusia pasti mempunyai sifat egonya yang tersendiri pada tahap yang tersendiri yang menjadi punca utama kepada refleks negatif atau ‘memberontak’ tatkala dia diberi peringatan dan teguran, atau disampaikan kebenaran. Namun, bukan kerana ego semata-mata seseorang itu menolak kebenaran yang disampaikan. Banyak lagi sebab lain. Antaranya kerana apa yang ditegur berlawanan dengan kesukaannya, tabiat, mahupun adat. Dan kerana kebenaran itu telah menafikan kehendaknya untuk berbuat apa yang disukai oleh diri.

7.Haa~. Itulah dia. Sungguhpun saya memang suka ditegur dan diberi kritikan membina, namun saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan manusia biasa yang turut mempunyai ego yang tersendiri. Tidak dapat tidak dinafikan,diri yang serba kelemahan ini juga ada refleks memprotes teguran yang diberi. Saya pernah memberi respon negatif terhadap kebenaran yang baru mencecah cochlear. Namun seperti yang saya katakan tadi, ia adalah refleks, iaitu tindakan yang berlaku dengan pantas tanpa singgah dahulu di puncak akal untuk berfikir sedalam-dalamnya..dan menimbang betul-betul nilai kebenaran yang disampaikan.

8. Tetapi setelah saya memberi kesempatan kepada akal untuk berfikir dengan baik, bersuluhkan petunjuk-Nya yang terang, saya terima jua kebenaran yang disampaikan.. dengan pada mulanya terselit jua secebis rasa pahit untuk ditelan dalam diri yang dhoif ini. Namun syukur saya diberi nur-Nya (alhamdulillah) untuk menerima bahawa yang benar adalah tetap benar dan yang salah tetap salah.

9. Sesungguhnya, saya bukanlah sengaja mahu buat salah, tetapi jujur saya akui bahawa saya terlepas pandang akan hal itu. Puas saya memikirkan kenapa dan bagaimana saya boleh bertindak demikian sehingga terlepas pandang akan kesalahan yang dilakukan.. Namun tiada jawapan yang saya temui selain menerimanya sebagai satu bentuk ujian Allah, yang tersirat seribu hikmah >> i) Supaya lebih berhati-hati. ii) Mengenal siapa kawan yang baik dan sebenar-benar kawan.

10. Saya memahami kenapa saya ditegur dan bersyukur kerana mempunyai orang yang menyayangi saya dengan sebenar-benarnya kerana berani menyatakan kesilapan yang telah saya lakukan. Pasti dia juga berat untuk menyampaikan kepada saya, tapi atas nama iman dan cinta saudara, ikhlas dia melakukannya. Sangat saya hargai! Terima kasih teman (=

11. Konklusinya, jika kita ditegur..janganlah mudah memprotes. Fikir dahulu dalam-dalam akan kebenaran terhadap apa yang disampaikan. Jangan berhujah menafikan kebenaran yang menyapa akal nikmat kurniaan Tuhan hanya kerana seronok melanggar larangan Tuhan dan bosan mematuhi suruhan Tuhan (astaghfirullah), atau hanya kerana rasa ego tidak boleh ditegur. Terimalah ia dengan berlapang dada, bersyukurlah kerana telah diberi peringatan dan belajarlah melalui kesilapan. Carigalilah hikmah yang tersirat.
(mengertilah…fahamilah, bahawa bukan mudah untuk menyampaikan yang haq, kalau bukan dari iman yang tinggi).

"Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya." [QS al-Baqarah 2:42]

"Ya Allah, tunjukilah kami bahawa yang benar tetap benar, dan pandulah kami mengikutinya. Dan tunjukilah kami bahawa yang salah tetap salah, dan pandulah kami untuk menjauhinya.."


~Peringatan untuk diri sendiri yang mudah dan sering terleka.
Perkongsian untuk saling mengingatkan..


Tolong...ingatkan aku bila aku pun terleka..

Thursday, April 16, 2009

B.a.n.g.k.i.t

Setiap orang pasti mempunyai kisam silam mereka masing-masing.. manusia ada waktunya leka seketika. Ketika leka inilah kita melakukan pelbagai kesilapan. Malah kadangkala sampai berterusan. Yang paling penting tidak selamanya leka. Apabila tersedar dari ‘tidur’, janganlah membiarkan diri terus hanyut dibuai mimpi indah dunia, namun menanti azab akhirat. Setelah sedar teruslah bangkit dengan nafas yang baru, dengan memantapkan iman kita, membetulkan mana yang salah, menampung mana yang berlubang. Manusia itu diciptakan sama fitrahnya semua… mempunyai akal, hati, dan nafsu. Akal dan hati memandu diri yang sentiasa bernafsu. Nafsu ke arah kebaikan, nafsu ke arah kejahatan. Hanya dengan iman, diri terselamat dari nafsu jahat syaitan. Tanpa iman yang teguh, mudahlah kita tersimpang dari jalan lurus. Makanya, tidak hairanlah kalau manusia sering melakukan kesilapan. Dan aku sendiri tidaklah terlepas dari melakukan kesilapan itu.
“Setiap anak adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.” (HR Ahmad dan Tirmizi)
Tapi aku sedar,tiada guna untuk menatap hari yang telah lalu. Yang penting adalah membina hidup baru dengan semangat yang kental. Tidak menoleh ke belakang lagi. Tidak terpedaya dan goyah dengan godaan dunia yang melalaikan dan bisikan syaitan yang menyesatkan!
“ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui. Balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka.” (QS Ali-‘Imran 3: 135)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An-Nisa’, 4: 110)
Tapi jalan taqwa itu tidak mudah diharungi tanpa iman dan keyakinan hati yang teguh. Pasti ada kata-kata nista dan tohmahan yang akan dilemparkan kepada sesiapa yang ‘sudah berubah’. Mereka suka sekali bercerita tentang kisah silam kita, masa lampau kita..yang sudah berlalu itu. Dan Wahai saudara mukminku, kuatkanlah semangat kamu dalam mengharungi lautan kata cemuhan dari mereka. Abaikan yang buruk, terima yang baik. Berlapanglah dada, maafkan mereka. Jika mereka beriman, sudah pasti mereka menjauhi perbuatan itu.
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Penyayang.” (QS Al-Hujuraat, 49: 12)

“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” (HR Abu Daud)

Buat jiwa yang pernah melalukan kesilapan, jadikanlah yang sudah berlalu sebagai sempadan dan pengajaran yang bermakna. Pengalaman adalah guru yang terbaik!



[Wassini when I forgot.. sy sedar kesilapan lalu adalah kerana kelemahan diri sendiri. Everything happened makes me realize who are my true friends.. :) Kesilapan lalu banyak mengajar diri untuk selalu mendidik hati ini agar selalu dekat dengan Allah..kerana bila hati sudah berpaut utuh pada-Nya, diri bisa menepis bisikan syaitan yang cuba menyesatkan diri dari jalan yang benar…insyallah. Wassini when I forgot.)

14 Zulkaedah 1429H

~Don't judge from the past~

Allahu Ta'ala A'lam.