Thursday, September 1, 2011

Obgyn in Memory~

Alhamdulillah, setelah 3 bulan berlalu.. akhirnya selesai juga posting kat department O&G ni. Selama 11 minggu di department ini, hanya sempat menulis untuk 2 minggu je. Lepas tu memang dah tak cukup masa! Ni insyaallah nk cerita kesimpulan selama hampir 3 bulan berjuang menuntut ilmu dan pengalaman di O&G ni.

Terlalu banyak kisah peribadi, dan kisah masyarakat yang ditempuhi  selama posting di sini.
Kisah peribadi yang kena marah dengan resident (H.O) itu adalah biasa.. Namun yang menjadi 'kenangan' adalah bila ia menjadi luar biasa… iaitu bila kami - coas, dipanggil dengan 'bajingan'. Oh my Godness. Istilah itu sangatlah teruk.. Dan saya sangat terkejut dan tak percaya ada doktor-doktor  yang tergamak dan sanggup memanggil kami, co-assisstant mereka ni, dengan gelaran macam tu. Padahal kehadiran kami ni dah meringankan beban tugas mereka.. Kami tidak menagih dilayani dengan ucapan terima kasih, tetapi kami juga tidak meminta dipanggil dengan 'bajingan'. Saya tidak terkejut kalau kami dimarahi kerana kami koas ni dah biasa macam tu. Cuma kami tidak biasa kerana belum pernah dipanggil dengan panggilan seburuk itu. Apa mereka tidak menganggap kami seperti anak perempuan mereka sendiri? Saya terfikir bagaimana kalau anak-anak mereka juga dipanggil 'bajingan' seperti mereka memanggil kami? Apa perasaan mereka??
Takpelah, inilah pengalaman… supaya menjadi iktibar buat saya, to:  'treat people the way you want to be treated'.

Saya kalau boleh taknak ingat kisah itu. Tapi nak ingat kisah peribadi yang banyak menuntut ilmu dan pengalaman di sini. Alhamdulillah, setelah 11 minggu, saya dah berjaya menyambut beberapa orang baby! Itulah kelebihan kami yang belajar perubatan di Indonesia ni. Hands on! :) 


Yang paling tak boleh ingat ialah pengalaman masa posting di peripheral hospital selama seminggu. Suatu hari, berdepan dengan undetected/unexpected multiple pregnancy pada ibu yang datang hospital pada stage 2 dah, di saat takde sorang pun resident! Masa tu hanya Allah yang tahu betapa palpitation + tachycardia nya saya dan kawan saya sorang lagi. Kami hanya berdua.  Ceritanya macam ni. Ibu tu G8P7A0 (kehamilan ke-8 kalinya, anak 7 orang dah), tak pernah buat ultrasound (USG) selama dia pregnant. Dia hanya selalu periksa di bidan  (midwife) langganannya. Malangnya bidan tu pun tak tahu (tak reti periksa) kalau ibu tu hamil kembar dua! Setelah lahir anak pertama, saya dah siap-siap nak inject oxytocin 10 IU kat paha dia..nasib baik tiba-tiba bidan langganan ibu tu cakap, "doktor, cuba pegang perut dia.. Macam keras je lagi. Macam ada sorang lagi baby laa.."  Saya pun terus la pegang perut ibu tu. Memang masih keras dan rasa macam ada baby sorang lagi. Saya yakin ada sorang lagi. Terus panik! Ya Allah..macam mana nak handle ni! Saya cuba check position baby yang ke-2 tu. Macam bukan posisi normal (kepala kat bawah). Macam letak lintang (transverse lie presentation). Oh my God, apa nak buat ni? Macam mana nak lahirkan baby letak melintang ni?!? Dalam kepanikan tu, saya cuba menghubungi doktor junior yang bertugas. Katanya dia akan datang jap lagi. Tapi paling cepat pun setengah jam baru sampai..sedangkan baby tu wajibbb lahir kurang dari dua puluh minit! Dengan nurses dan bidan yang sedang memerhatikan kami dan menunggu tindakan selanjutnya daripada kami, sedang kami pun tak tahu nak handle situasi macam ni.. Dalam hati saya hanya berdoa mengharapkan keajaiban terjadi. Tidak sampai 5 minit setelah itu, tiba-tiba muncul doktor senior yang bertugas…tidak tahu dari hujung pangkal mana dia datang.Setelah itu baru kami tahu bahawa doktor itu secara tak sengaja tergerak hati nak singgah kejap kat hospital tu kot ada apa-apa. Rupanya memang ada apa-apa.  Memang pertolongan dari Allah.  Doktor itu pun melakukan teknik version extraction untuk melahirkan baby yang ke-2 tu.. Dan alhamdulillah, semuanya selamat lahir..menjadikan ibu tersebut yang sebelumnya ada 7 orang anak, akhirnya berjumlah 9 orang! 7 perempuan, 1 lelaki. Ibu itu rupanya tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk contraception untuk family planning , dan tetap berdegil tak nak contraception (apalagi nak disuruh tubectomy, sah2 taknak) sebab dia nak dapat anak lelaki lagiiii…


Pengalaman lain antaranya ialah dapat jadi 2nd assisstant dalam operation cesarean section  (c-sect), dapat tengok persalinan vaginal birth dengan frank breech presentation, footling presentation, persalinan baby yang dah meninggal dalam kandungan lagi- IUFD (intrauterine fetal death), dapat jadi assisstant currettage untuk kes-kes abortion (incomplete, insipiens abortion), dan dapat tengok operation untuk kes-kes gynecology macam tumor uterus, ovarian cyst, myoma uteri, dsb. 

Baby boy, birth weight 4.0kg, vaginal birth with frank breech presentation! Sangat comelll kan!
I named him Firdaus Ramadhani. hehe. (my name + bulan puasa masa tu). Taktau la mak dia nk tak. hehe 


Uterus dan ovari kanan. Operation hysterectomy + cystectomy  untuk kes tumor uterus dan right ovarian cyst.


Kisah masyarakat juga banyak.. Yang paling diingat ialah kisah masyarakat yang masih percaya pada dukun, pada perkara-perkara superstition, dan kisah hamil diluar nikah..

1.  Kisah masyarakat yang masih percaya pada perkara karut marut ni. Masih percaya pada 'tangkai azimat'.. Dan memakainya ketika melahirkan dengan kepercayaan dan harapan semoga persalinannya cepat dan selamat. Malangnya yang terjadi adalah sebaliknya. Proses persalinan menjadi lambat, dan baby susah nak keluar. Kami di perubatan moden dan yang Muslim ni sangat marah bila sedar dan perasan rupa-rupanya ada 'tangkai azimat' yang dipakai/diletak pada baju ibu yang nak bersalin ni.. Sebab benda syirik tu lah yang menghalang dan melambatkan proses kelahiran ni. Setelah dibuang benda tu, alhamdulillah, cepat je lahir baby2 tu. Kisah ini bukan satu atau dua..malah hampir di setiap hospital, mesti ada kes macam ni…kalau tak tiap hari pun, saya jamin, tiap minggu mesti ada! Yang paling sedih dan mengecewakan ialah, yang memakai dan mengamalkannya itu orang Islam sendiri..

2. Kisah hamil di luar nikah. Oh, ketahuilah sesungguhnya sangat banyak kes-kes macam ni. Dan datang ke hospital sebab 'keguguran'.. yang sebenarnya sengaja menggugurkan! (abortus provokatus). Waktu saya minggu terakhir di Obgyn ni pun, masih dapat kes ni. Perempuan 21 tahun, masuk hospital dengan mak dan kakak dia..keluhan keluar darah dari vagina. Bila tengok hasil lab plano test yang dia bawa: positif. Bila doktor tanya dah kahwin belum, dia geleng2 kepala je. Tanya banyak2 kali baru cakap tak kahwin lagi! Pastu bila doktor dah minta tanda tangan  persetujuan untuk tindakan (nak buat vaginal touche- VT, which is medically kalau tak kahwin lagi tak boleh..untuk jaga hymen dia. tapi dah kes macam ni... hymen mana contact lagi daa. Pun begitu,terpaksa juga suruh dia sign sebagai tanda informed consent), bila doktor VT, doktor rasa ada kayu dalam rahim dia dan doktor pun keluarkanlah. Ini kes sengaja menggugurkan! Apa lagi, marah la doktor. Dah dosa zina satu hal. Dosa membunuh kandungan lagi satu. Si ibu kepada perempuan ni mungkin dah tahu anak dia hamil. Dan mungkin juga dia yang terlibat nak suruh gugurkan sebab duk suruh2 doktor untuk kuret (currettage) cepat2. Sebab taknak kena warded berhari-hari, takut saudara mara tahu! OMG. Doktor pun naik bengang la lagi, sebab macam pandai2 nak suruh kita. Patient tu tak boleh nak dikuret secepatnya sebab dia dah masukkan kayu ke dalam rahim dia, dah terjadi infeksi, so kena rawat dulu dengan antibiotik selama 1 hari, baru boleh kuret. Sebab kalau dikuret dalam keadaan infeksi macam tu, risiko sepsis kalau kuman merebak ke seluruh tubuh. Last-last memang kena bermalam juga la kat hospital. Saya cuba juga mendekati perempuan tu dan tanya kenapa tak kahwin je? Lepas ni kahwin je la. Si ibu dia menjawab, lepas keluar wad ni nak urus segalanya. Dan saya dapat tahu, anaknya itu berhubungan dengan suami orang! Hm inilah dunia yang sakit tenat pada hari ini..

3. Kisah masyarakat yang masih percaya pada dukun. Tidak tahu juga kami kenapa masyarakat di kampung-kampung suka mempercayai dukun. Kemudian bila dah terjadi sesuatu yang lebih buruk, barulah nak datang ke hospital. Ada satu kisah pesakit ni, seorang ibu berumur 30-an, hamil kurang dari 20 minggu, hamil anak ke-7, datang ke hospital dengan  keluhan pendarahan dari vagina. Bila ditanya-tanya oleh doktor, barulah mengaku dia pergi ke seorang dukun, dan dukun tu memasukkan batang kayu kecil ke dalam vaginanya. Menurut pesakit tu, dia rasa macam ada sesuatu dimasukkan ke dalamnya.. Bila dia balik rumah, keluar darah banyak, lalu dia  membuang kembali kayu yang dimasukkan oleh dukun tadi. Tapi sebab pendarahan terus-menerus, baru dia datang ke hospital. Bidan tu dah menggugurkan kandungan pesakit tadi! Doktor yang merawat masa tu doktor lelaki. Dia sangat marah.. Doktor tu cakap kat ibu tu, "Ibu, selamat ye ibu. Tahniah! Ibu dah berjaya membunuh anak ibu sendiri. Malam ni kalau anakmu datang menangis-nangis tanya kenapa ibu bunuh saya,.. Ibu suruh dia pergi ke dukun tu.. Ibu, betapa ramai lagi orang di luar sana yang nak anak, tapi ibu pergi gugurkan. Kalau ibu dah rasa ramai anak, dah tak nak hamil, tutup saja kandungan… jangan buat macam ni lagi." Ibu itu hanya mendengar. Tiada riak sedih mahupun menyesal..

Cukuplah dulu kisah yang boleh dikongsi untuk dijadikan iktibar. Kisah benar yang masih wujud dalam kehidupan yang kita rasa dah moden tapi masih ada di luar sana dunia yang memerlukan pendedahan ilmu pengetahuan baik sains mahupun ilmu agama sendiri. Saya sedar, tugas kerja seorang doktor itu bukan hanya berusaha merawat pesakit, tapi lebih luas dari itu.. Termasuk menjadi seorang kaunselor, menyampaikan perkara yang benar, menasihati dan mengingatkan pesakit kepada Pencipta-Nya. Ringkasnya, doktor lah doktor, malah mungkin memikul peranan sebagai  ibu/bapa/kakak/abang/adik kepada pesakit mengikut keadaan dan situasinya. Wallahua'lam.


Selama 11 minggu posting di O&G ni, terlalu banyak pengalaman yang dipungut, secara langsung dan tidak langsung. Ternyata, obgyn ni bukan je pasal nak terima baby atau nak tolong 'melahirkan' baby, tapi lebih luas dari itu. Mulai dari cara nak 'dapatkan anak' pada waktu-waktu subur, cara menjaga diri dan bayi dalam kandungan selama hamil, cara nak melahirkan, perawatan selepas melahirkan, pilihan contraception, masalah haid tak teratur, masalah kesuburan, dan masalah-masalah gynecology. Oh, sungguh luas rupanya ilmu di Obstetrics&Gynecology ni! Allahuakbar, ilmu-Mu sangat tak terhitung luas-Nya. Ini mungkin hanya 0,001% dari seluruh ilmu pengetahuan-Nya. Subhanallah.

Akhir kata, bukan hanya pengalaman yang dipungut, tapi turut merasai penderitaan dan penghinaan.. tapi biasalah orang kata itu adat menuntut ilmu.. alah bisa, tegal biasa. Semoga kepahitan yang dilalui tidak memudarkan semangat dan cita-cita saya untuk menjadi seorang Obstetrician suatu hari nanti :) Semoga dipermudahkan Allah. Ameen ameen ameen ya Rabbal 'Alameen.. 


Wednesday, August 31, 2011

B E K A M ~

Lama dah nak share ni tapi selalu semput masa. Sekarang dah boleh tulis sikit. Semoga bermanfaat!

Hujung bulan Mei yang  lalu saya mengikuti program anjuran PKPMI Makassar (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia) ni. Program tentang  (1) bekam, (2) diagnosis penyakit melalui telapak tangan, (3) refleksologi, (4) diagnosis melalui iris mata; iridologi mata…

Sangat excited ikut program ni. Sebab ilmu-ilmu perubatan Islam dan sains ni sepatutnya dipelajari oleh umat Islam khususnya doktor-doktor Muslim. Kalau bukan orang Islam yang membuktikan amalan-amalan perubatan Islam ini tidak bercanggah dengan ilmu sains perubatan moden, siapa lagi?? Dan yang saya nak share di sini adalah mengenai BEKAM :) sebab pada saya masih ramai yang belum tahu pasal bekam ni, sedangkan ia salah satu sunnah Rasulullah juga.

Antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai bekam (al-hijamah):

"Pada malam aku di isra'kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, 'Wahai Muhammad, suruhlah ummatmu melakukan hijamah." (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jika pada ubat yang kalian pergunakan itu terdapat suatu kebaikan, maka itu adalah berbekam." (HR Abu Daud)

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)". (HR Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

"Ubat penyembuhan itu pada tiga perkara; madu, berbekam dan tuam dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay". (HR Imam Bukhari dari Said bin Jubair r.a)

"Sesungguhnya metode pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam)".(HR Bukhari-Muslim)

B E K A M


bekam basah/ bekam darah
- Hijamah berasal dari kata al-hajmu, bererti kerja membekam. Al-hijmu bermaksud menghisab atau  menyedut.
- Dipercayai telah diamalkan sejak zaman Nabi Musa a.s
- 20% ummat Islam tahu tentang bekam dan hanya 10% yang pernah dibekam.

Definisi Bekam
 Adalah pengeluaran darah daripada permukaan kulit untuk tujuan pengobatan dan juga bagi mengekalkan kesihatan dengan menggunakan peralatan khusus pada titik-titik tertentu.
Ia mendetoksifikasi darah, angin, dan haba yang berlebihan di dalam badan.

Kandungan Darah Kotor
Toksik berpunca dari udara yang kita sedut, bahan kimia yang ada dalam makanan, air, rokok, bahan dirumah dan alat toiletries, bahan buangan dari metabolisme badan, ubat-ubatan kimia dan toksik daripada stress, marah dan kemurungan.

Darah beku (stasis) yang terdiri dari sel darah rosak yang melambatkan atau menghantar oksigen, nutrisi, air, mineral, elektrolit, vitamin, enzim, hormon, dan sel sistem imuniti dan antibodi kepada sel, tisu dan organ. Ia juga menghalang pembuangan gas karbon dioksida, bahan sisa metabolik dan bahan toksik lain yang dikeluarkan melalui air kencing, paru-paru, dan kulit.

Kesan Buruk Darah Kotor
Darah kotor menyebabkan sel, tisu, dan organ tidak berfungsi secara normal dan lama kelamaan menjadi bertambah lemah, tidak berfungsi dengan baik, dan mudah dijangkiti penyakit, menyebabkan simptom penyakit seperti sakit, kebas, demam, batuk, sakit perut, dan sakit kepala.

Jika tidak dirawat menyebabkan pengumpulan bahan sisa toksik yang banyak akan menyebabkan penyakit kronik yang serius seperti darah tinggi, ulser, kencing manis, arthritis, alzheimer, migrain, sakit jantung, strok, dan kanser.

Manfaat Bekam
- mengeluarkan toksik
- mengaktifkan sistem limfatik
- membebaskan saluran darah, arteri, dan kapilari
- menyeimbangkan semula tenaga
- membaiki peredaran darah

Manfaat Menggunakan Perubatan Bekam
- mengamalkan sunnah Nabi
- penyembuhan: menghilangkan kesakitan dan membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah
- pencegahan: memulihkan sistem imuniti

Jenis-jenis Bekam
1. Api
2. Torehan - menggunakan pisau
3. Moden - menggunakan lanset

Kaedah Bekam
1. Bekam Kering (Angin)
- tarik cepat
- luncur
2. Bekam Basah (Darah)
- torehan pisau
- pen lanset

Masa Terbaik Berbekam
- 'Siapa berbekam pada 17, 19 , dan 21 setiap bulan hijrah, maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala penyakit.' (HR Abu Hurairah r.a)
- Selepas zuhur atau 2-3jam selepas matahari terbit dan sebelum terbenam matahari.
- Puasa sementara jika dalam keadaan kecemasan boleh dibuat bila-bila masa.

Perkara Yang Dilarang Selepas Berbekam
- berjimak
- makan kecuali selepas sejam
- mandi kecuali selepas 3 jam dengan air suam
- bekam pada titik yang sama pada masa terdekat kecuali selepas satu bulan
- jangan melakukan aktiviti berat
- tidur

Perkara Yang Dianjurkan Selepas Berbekam
- berjalan-jalan ringan
- minum minuman manis atau madu
- beristirehat secukupnya

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Para pelaku medis dikejutkan oleh pernyataan ilmuwan Damaskus, Muhammad Amîn Syaikhû dalam artikel ilmiahnya. Di situ ditemukan hal yang luar biasa tentang terapi bekam dan rahasia umum tentang mekanisme kesembuhan yang diperoleh dari praktik bekam terletak pada dibersihkannya tubuh dari darah rusak yang menghambat berjalannya fungsi-fungsi dan tugas-tugas tubuh secara sempurna, sehingga tubuh menjadi mangsa empuk bagi berbagai penyakit.
Darah bekam yang keluar melalui proses bekam dilihat dari hasil penelitian laboratorium darah. Berdasarkan penelitian itu, terlihat hal-hal sebagai berikut :
1. Bahwa darah bekam mengandung sepersepuluh kadar sel darah putih (lekosit) yang ada di dalam darah biasa. Hal tersebut terlihat dalam seluruh kasus yang diteliti, tanpa ada pengecualian. Fakta ini menunjukkan bahwa terapi bekam tetap melindungi dan sekaligus menguatkan unsur-unsur sistem kekebalan.
2. Adapun eritrosit (sel darah merah), semua sel darah merah memiliki bentuk yang tidak normal, artinya sel-sel tersebut tidak mampu melakukan aktivitas, disamping juga menghambat sel-sel lain yang masih muda dan aktif. Hal tersebut mengindkasikan bahwasanya proses bekam membuang sel-sel darah merah yang rusak dan darah yang tidak dibutuhkan lagi dengan tetap mempertahankan sel-sel darah putih di dalam tubuh.
3. Kapasitas ikatan zat besi dalam darah bekam tinggi sekali (550-1.100), satu hal yang menunjukkan bahwa bekam mempertahankan zat besi yang ada di dalam tubuh tidak ikut keluar bersama darah yang dikeluarkan dengan bekam sebagai awal penggunaan zat besi tersebut dalam pembentukan sel-sel muda yang baru.
Sekarang ini terapi bekam diteliti banyak pihak. Penelitian meliputi mekanisme penyembuhan, cara kerja, serta manfaat kesehatan dari bekam. Salah satu penelitian yang mengemuka ialah yang dilakukan oleh Dr.Amir Muhammad Sholih. Beliau adalah Dosen Tamu di Universitas Chichago, yang juga peraih penghargaan di Amerika bidang pengobatan natural serta bagian dari anggota Organisasi Pengobatan Alternatif di Amerika.
Menurut beliau, pengobatan dengan bekam tengah dan telah dipelajari pada kurikulum kedokteran di Amerika. Hal tersebut dilatarbelakangi oleh fenomena pengobatan bekam yang terbukti bermanfaat karena orang yang melakukan pengobatan dengan bekam dirangsang pada titik saraf tubuh seperti halnya pengobatan akupuntur.
Namun yang membedakan terapi bekam dengan terapi akupunktur ialah pada terapi tusuk jarum reaksi yang dihasilkan hanyalah sebatas perangsangan, sedangkan pada terapi bekam selain proses perangsangan, juga terjadi proses pergerakan aliran darah.
Hal senada diungkapkan oleh Dr.Ahmad Abdus Sami, Kepala Divisi Hepatologi Rumah Sakit Angkatan Darat Mesir mengatakan, “Riset juga membuktikan, pembuangan sebagian darah seperti dalam terapi bekam terbukti mampu memulihkan reaksi pengobatan menjadi lebih cepat sehingga bekam bisa diterapkan sebagai terapi pendamping pengobatan medis.”
------------------------------------------------------------------------------------
Saya, sampai saat artikel ini ditulis, sudah beberapa kali berbekam dengan ustazah saya..jenis bekam modern meggunakan lanset. Alhamdulillah, dapat merasai kesan setelah berbekam. Ustazah cakap, alat bekam yang digunakan hari ini, dibuat di China. Nak cakap betapa orang non-Muslim percaya kebenaran sunnah Nabi kita, hanya saja mereka tak memeluk Islam. Beza pula dengan kita, kata Ustazah, Islam tapi tak percaya dengan sunnah Nabi tentang bekam ni.
Dan sekadar untuk berkongsi.. Ustazah saya itu menggalakkan sesiapa yang ingin berbekam supaya menunaikan solat sunat hajat dahulu sebelum berbekam. Berdoa memohon kepada Allah supaya menyembuhkan dan melindungi kita dari sebarang kemungkinan yang tidak diinginkan.  Ingat, bukan bekam yang menyembuhkan.. Ia hanya  salah satu usaha kita berubat. Tapi  Allah yang menyembuhkan. Wallahua'lam. 


Tuesday, July 19, 2011

The Priceless Pearl

15 Sya'ban yang lalu meninggalkan kenangan pahit bagi Islam dan mereka yang mengenal YB Dr.Lo'Lo' .. Kembalinya ke rahmatullah setelah bertahun berjuang melawan sakit kanser.. adalah suatu kehilangan mutiara yang cukup berharga. Walaupun saya tidak mengenali Allayarhamah secara peribadi, namun kedekatan dengan anak perempuan beliau, yang dulu senior saya di sini merangkap juga naqibah usrah saya, membuatkan hati turut merasai kehilangan seorang srikandi Islam dan turut berdukacita. Semoga Kak Kinah sekeluarga tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Allah lebih menyayanginya. Doa rakyat mengiringi pemergian seorang mujahidah Islam ini..insyaAllah. Semoga arwah Dr.Lo'Lo' ditempatkan bersama para syuhada' dan para solehin.. ameen, ameen, ameen ya Allah.


Ingin berkongsi tulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang Dr.Lo'Lo'.. Sungguh terharu membacanya..


"Dr.Lo'Lo', Sekadar Yang Saya Kenali"


Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.


Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.


Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembaca

nya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.


Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:


“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.


Peringatan Jawatan Mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.


Antara yang beliau sebut

“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.


Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.


Selepas Mufti


Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.


Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:


“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.


Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.


Masuk UMNO


Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:


“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.


Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya:

“mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk UMNO. Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk UMNO? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk UMNO”.


Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk UMNO, Dr Lo’ Lo’ sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata:


“Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk UMNO, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk UMNO”.


Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.


Kritik PR


Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama PR, Dr Lo’ Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya ‘tegas’. Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional Jadi Pemimpin' . Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.


Ziarah Hospital


Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.


Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah.


Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.


Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.


Ustaz Sampul


Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;


“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.


Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.


Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.





------Juga ingin berkongsi tulisan dari Dr.Harlina Halizah Siraj.. Yang turut menitiskan air mata membacanya…


Dr.Harlina (2nd right) with Dr.Lo'Lo' on the bed.

Dr.Lo'Lo'.. 'the pearl' that lived up to her name


By: Dr.Harlina


Al-Fatihah for my dearest sister YB Dr Lo' Lo' Ghazali....


Last night at 10.38pm, 17 July 2011 – I was informed of the departure of a very beloved and dear sister, Dr. K.Lo' Lo' Ghazali.


I would like to extend my deepest condolences to her family members and PAS for the loss. In fact, Malaysia has lost one of the few `serikandi' (outstanding women) today!


An exceptionally special and unique person, she had lived a very fulfilled life that made her name, which means `pearl' in Arabic, glows forever in the hearts of everyone who have known her personally as well as those who have ever heard of her.


A dedicated servant of Allah, an ardent follower of Prophet Muhammad SAW, a special daughter and sister to her family, a loving wife to Prof Dr Aminuddin for more than 30 years, a wonderful mother to her children & grandchildren, a caring medical doctor whose healing hands had touched the lives of many, a committed politician who served her constituency with guts & determination, a very good & loyal friend, an outstanding Muslimah role model – those are merely a small fraction of what this pleasant woman had always been and will always be.


K.Lo' Lo', I am surely going to miss your beautiful smiles, sweet voice and soaring spirit. Yet I know, you will be looked after by Allah SWT now, who had been your only destination all these while.


K.Lo' Lo', I recalled how worried you were over the `little' deeds that you could only manage to do – when I visited you three weeks ago. And I will always remember hugging you then, and whispered these words to your ear : ` Of course, it's quite natural to feel that what you've done are not enough. But let me be your witness in front of Allah on the Day of Judgement, that you have done so much for so many people!'


Good bye my dear sister, for you deserve this ultimate rest and may you harvest all the fruits of your deeds. Jazakallah for everything that you have done. You had left behind a legacy for us to emulate and a benchmark quite challenging to match.


We are just waiting our turns to follow you – sooner or later.


I pray to Allah SWT to grant you with His Jannatul Firdaus.


I pray to Allah SWT to provide me strength to follow your footsteps in serving the ummah.


I pray to Allah SWT to bestow me with courage and determination which had been your trademark all thse while.


Till we see you again, in Jannah InsyaAllah – as neighbours, I hope and I pray....Amin


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemergian yang memberi peringatan. Melihat secebis rakaman pengkebumian Allahyarhamah, yang diiringi doa ribuan manusia, menggetarkan hati dan seluruh urat nadi. Bagaimana pula dengan pengakhiran diri ini ya Allah...

Allahu.. ighfirly ya Allah.. ampunkan segala dosa-dosaku, tetapkan hatiku yang sering berbolak-balik.. tetapkan aku pada jalanMu.. Aku mohon pada-Mu ya Allah, Engkau matikan kami dalam husnul khotimah...ya Rabbi, ya Rabbi..



Friday, July 15, 2011

Congrats!


Last two days I got a sms from my beloved parents, ma and ayah told me happy news about my youngest brother. He had received the 'Headmaster Award' for an excellent result with GPA 3.51 in his PMR trial examination. He is now studying at MRSM Besut. I'm very proud of you, adib. Congratulations! I have never ever reach that score indeed. May you pass the coming PMR examination with flying colours! We will always pray for you my dear.. May you be a good son, a good man, to your family, to the ummah, nation, and the deen. May you succeed in today and hereafter. Insyaallah, ameen ya Allah. My prayers will always be with you, Adib Shahmie.

O&G Week 2 ~

Week 2 (19th June - 25th June 2011)


Selama satu minggu ini kami tidak perlu pergi kerja, kerana ada lecture tapi kami tetap wajib oncall mengikut hospital masing-masing. Sepanjang minggu ini, lecture kami ini kami dibekalkan lagi dengan ilmu-ilmu yang sebenarnya sudah diajar semasa di zaman pra-clinic, tetapi diulang lagi supaya lebih ingat :)

The lectures are mainly about:

1) how to take history from a pregnant mother,

2) physical examination (external and internal examination) to a pregnant mother,

3) how to know pregnant mothers who are inpartu (going to deliver),

4) how to make a partograph,

5) normal mechanism of vaginal birth,

6) how to assist a labour

because on week 3 onwards, we will be sending to different hospital, including the peripheral hospitals and we are expected to know already how to assist a delivery. We MUST assist at least 10 deliveries and by the end of this posting (week 10), we must have 10 partographs, signed by resident that accompanied us while we assisted the deliveries. Using the manikin provided by the faculty, we learnt so excitedly and can't wait to practice all the knowledge ;)


- contoh manikin-


- physiologic of normal vaginal birth -


Oh yeah, not to forgot that we are also taught on family planning and how to use one of the tools; IUD (intrauterine device). Hm honestly and undeniably I must thank my university- UNHAS, so muchh for giving us such knowledge; prepare us with the theory which in turn we get the skill and experience.. Bayangkan, final year medical students yang sudah di zaman clinical pun masih diajar macam budak2 zaman pra-clinical.. Rasanya kalau di Malaysia, the 5th year meds student ni dah di expect untuk tahu semuanya dah kan. Ya kita pun dah diajar semasa zaman pra-clinic dulu, tapi diulang lagi supaya lebih mantapp! :) Dan selama posting 3 bulan di O&G ni pun, akan ada 1 hari setiap minggu yang diperuntukkan untuk kami ; co-ass ini (co-assistant),a day to present our case, and got lecture given by consultant or resident. Again, thank u UNHAS! Just in O&G I realized that I have to thank u anyway despite all the hard times I went through here, I was given many more skills, knowledge and experience :)


Itu masa jam kerja. Masa oncall pula, kerana dapat oncall di hospital yang sedikit je orang datang bersalin, yang banyak di sini ialah penyakit2 obstetric and gynecology yang pathologic seperti ovarian cancer, cervix cancer, endometrium cyst, fallopian cyct, etc. Teringat suatu hari itu ketika oncall di ward atas O&G, tugas saya masa itu tolong persiapkan patient untuk chemotherapy dan selepas chemotherapy. Yang best tu dapat pasang infuse dan ambil darah… sangat banyak patient, rasa jadi macam dracula. Hehe. Syookk sebab masa posting kat surgical dulu dapat sikit je peluang untuk pasang infuse..so skill tak berapa mantap. Di obgyn, alhamdulillah, tiap kali cucuk jarum (catheter infuse) tu, berjaya! Dengan izin Allah juga :)


Teringat suatu kisah masa saya sedang memasang infuse pada satu patient ni, masuk seorang patient baru di katil yang sebelahnya. Patient baru itu ditemani oleh seorang co-ass yang dah senior..yang kelihatan agak akrab, seperti ada pertalian keluarga dengan ibu tersebut. Jadi, saya saja-saja bertanya kepada co-ass itu, "ini ibu kamu ya?" Dia terkejut,"ah, ibu ini lebih kurang seusia dengan kamu. Dia baru 24 tahun. Dia sepupu saya." Gulpp. Telan air liur je saya. Dalam hati, macam mana aku boleh nampak dia agak tua ya.. Mungkin kerana perutnya yang besar (dia di suspect dengan ovarian cancer), badannya yang agak 'sehat', dan muka pucat (anemia sebab banyak hilang darah, hemoglobin rendah). Dan dalam hati juga, saya berfikir dia baru 24 tahun, belum pun berkahwin, tapi sudah diuji dengan ujian sebegitu rupa..saya hanya berdoa semoga saya dilindungi dari penyakit-penyakit berat, dan supaya Allah pelihara kesihatan saya untuk saya boleh membalas jasa kedua ibubapa saya ketika hayat mereka. Berada di hospital, dengan setiap hari melihat orang sakit, sesungguhnya membuat hati ini bersyukur dengan nikmat sihat yang masih dipinjamkan Allah. Amatlah mahal nikmat-Mu ini ya Rabb…


Sunday, July 3, 2011

Help them to save the earth. Give a little of your litters~

A story of a Friday. Last 2 months. Huhu. But still fresh in my mind.


That morning, just like any other morning - that happened to be if I was waken up early - before the Fajr's adzan, by His loyal and faithful angels, it inclines me to join the jemaah Fajr's prayer at mosque. But most of the time, I didn’t make it because whenever I think of the dark atmosphere outside, my hind mind haunts me with its own imaginary ghost-story which then made my blood run cold. And shame to say that the fear -of -darkness side of me really forced me to just pray in my room, alone.


But that particular day too was not actually like any other weekdays. It's a blessed Friday. And it's kind of an obligation for me I can say, that I must treat Friday as a very very special day and If ever I have a chance to perform Fajr's prayer at mosque, I have to do so. I don’t really know why but I just like to do the sujud sajadah in Fridays' Fajr prayer (Imams usually recite surah as-Sajadah in Fridays' Fajr prayer). May be since my childhood I used to follow my beloved father to mosque for Fridays' Fajr prayer. [We then went to our grave of my late paternal grandparents and my lovely late little sister who passed away as early as 5 months old. After that usually we went to a weekly Fridays talk by our beloved leader Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. He is so humble and well-known as a down-to-earth leader that he doesn't need security guards like other leaders, and so we the citizen could easily see him. ] And it's MAY BE too since I raised in my lovely Islamic country - Kelantan, where Friday and Saturday are our work-off days and hence our weekend, so I used to feel the different of the 'aura' of Friday. :)

So back to the story, the Friday's aura on that day has 'obligate' me to perform the Subuh prayer at mosque. Albeit the fear that still 'haunting' me, I made a gallant determination and took my white horse (read: my white motorbike) quite a high-speed ride to a closest and favourite mosque which is just a stone's throw from my house.


To make the already short story shorten, after the prayer and spent some time to listen to the tafseer of a few verses from surah al-Qasas recited by the Imam, I headed home straightaway . Before entering and passing our home's gate, I purposelessly turned my head to the right and glanced around where incidentally my eyes caught into something that intrigued me from quite a distance (about 300 metres from me). It was people doing something. They were walking towards me (towards a junction actually, between us - where from it I was on the right, and they were on the left). Although I just caught a fleeting of glimpse of it, I knew what are they doing, uttered my instinct. Then I decided to make a piercing gaze and wait until they came closer so that I can confirm my instinct. Wonder what I saw and what the heck were they doing in the middle of leaden skies and pretty cold dawn??


Hm after some minutes, they finally reached at the junction. And I could clearly see what actually were they doing and my instinct is totally right! There were two people; one is a boy (about 10 years old) and another one is an older boy, (around 18-year-old; the boy's brother I guess), both were wheeling a wooden handy-cart along the lane, to load in household wastes especially plastic bottles and cans. Oh, it is something that I had been looking for a couple of weeks! It suddenly reminds me to those 'litters' at my house that getting mounts after has been kept for weeks. Intentionally save to give to 'the right' people. I waved at them in a way so that they came towards me but they might not see me and just made a turn at the junction. Without any delay I started my 'white horse' and rode after them.


After I managed to 'catch' them, I asked them if they are looking for the plastic bottles. As they nodded, I told them to follow me and wait in front of my house for me to take out our 'collections'. After gave it to them, they looked shocked with it. May be they never being given such 'gifts' by other people before. And before they go, I could clearly see the smiles in their eyes.



For us these are litters. For them, these are money for sustenance.

~ Be grateful, friend. Help the those people to recycle. Give a little of your litters.

~ Help them to save the earth. Let’s save the earth. It's global warming and in fact, it has reach an alarming point since years ago. So, let's do something. :)