Tuesday, June 21, 2011

O&G Week 1

Ini pengalaman, dan pengajaran yang ingin dikongsikan semasa minggu per`tama di O&G (atau singkatannya di Indonesia ini ialah 'obgyn').

Points save time I guess, and I hope.

1. Hari pertama oncall, bersama 2 orang doktor lelaki dan seorang doktor perempuan.. Yang paling saya ingat masa oncall malam ini ialah melihat seorang ibu yang mahu dan sedang melahirkan, dimarahi oleh dua orang doktor lelaki ini. Ibu tersebut sudah masuk stage 2, kepala baby dah keluar sedikit, tapi ibu tidak cukup tenaga (tak cukup kuat) untuk push baby nya keluar, dan teknik me-push nya salah. Puas dibantu juga, tapi baby tetap tak nak keluar. Hampir setengah jam keadaan tersebut berterusan dan kami pelajar clinical ini sudah bergantian check heart rate fetus.. Alhamdulillah bayinya masih ada. Ibu ini pernah melahirkan sebelum ini, dia multipara. Jadi bagi seorang multipara,stage 2 ini seharusnya kurang dari 30 minit. Masa terus berjalan dan doktor-doktor lelaki yang lebih senior daripada doktor perempuan itu, makin cuak. Ibu yang sedang sakit meneran tadi pula yang dimarahi. "Ibu bukan begitu caranya! Caranya ibu harus begini…(sambil memberitahu cara yang betul dengan marah2 ). Kalau terus begitu sampai kapan pun anaknya tidak bisa keluar! Kesian anaknya ibu!", jerit doktor-doktor lelaki sambil tangannya kadang menepuk-nepuk paha ibu itu dengan kasar. Saya kesian sekali melihat ibu itu. Sampai menitis airmatanya. Sudahla kesakitan sendirian, keluarga tidak dibenarkan mendampingi, dia malah dimarahi, dipukul lagi oleh doktor… yang paling tidak boleh saya terima ialah doktor-doktor itu lelaki!! Yang sedikit pun tidak pernah dan tidak akan pernah merasai sakitnya melahirkan. Saya membayangkan kalau ibu itu ibu saya, dan terdetik dalam hati; tidak bolehkan doktor-doktor tersebut memperlakukan ibu itu seolah-olah itu ibu mereka? Atau paling tidak, bayangkan kalau ada doktor yang melayan ibunya, atau isterinya, seperti yang dilakukan mereka. Apa hanya kerana ibu itu miskin, bukan anak orang kaya atau anak siapa-siapa.. Seenaknya doktor marah dia? Ya saya faham kalau doktor itu penat, mengantuk, kerana waktu itu jam pukul 3 pagi. Tapi tidak adakah nilai kemanusiaan dan naluri kasihan itu kalau ya lupa etika kedoktoran tapi paling tidak empati terhadap pesakit. Sepatutnya ajarlah ibu itu cara yang betul untuk meneran dengan baik, dan sebagai doktor Muslim, ajarlah juga ibu itu selawat ke, istighfar ke, takbir Allahuakbar ke, baca bismillah ke. Paling tidak siapa tahu perkara yang dipandang remeh oleh kita ini terselit keberkatan untuk Allah mempermudahkan proses persalinan itu. Saya mendekati ibu itu dan menyuruhnya berselawat, istighfar, dan baca bismillah.
Lama setelah itu, doktor memanggil keluarganya untuk memberitahu keadaan ibunya sekarang dan apa yang terpaksa dilakukan, iaitu baby dikeluarkan secara vacuum extraction. Doktor menjelaskan pros dan kons untuk menarik bayi secara vacuum. Dalam keadaan cemas dan bising itu, keluarga juga terpaksa bersetuju. Dan malam itu ialah pertama kali saya melihat sendiri bagaimana caranya menarik bayi menggunakan vacuum pump. Ada cerita lain lagi. Biasalah di Indonesia, peralatan dan kelengkapan tak cukup, tak sempurna. Dalam keadaan cemas begitu, alat vacuumnya separa berfungsi. Meternya rosak! Jadi tidak boleh ditahu seberapa banyak tekanan yang telah ditarik. Terpaksa dianggarkan sendiri. Manual. Tiga kali doktor berusaha menarik tapi kerana alatnya yang 'spastik' itu, usaha gagal. Keadaaan makin cemas kerana doktor itu juga bertambah stress. Akhirnya, doktor cuba menolak perut ibu dengan genggaman tangan secara perlahan-lahan,dan akhirnya bayinya keluar.. Dan alhamdulillah masih hidup walaupun tidak segera menangis.
Ada dua pengajaran yang saya dapat di sini:
a. Sorry to say. I do not have respect towards male doctors who do not respect the pregnant mother. You male people, never ever know and endure such sort of pain. So please, please…do treat them as if they are your mother, your wife, sister and the likes.
b. We the Muslims, and Muslim doctor to be insyaallah, please do reminds our patients to remember Allah. Istighfar, takbir, bismillah, la ila ha illaAllah… itu, seperti yang saya dah cakap, kadang dipandang remeh oleh segelintir atau mungkin terlupa,..ingatlah kita sebagai orang Islam, sehebat mana pun kita, kebergantungan kita tetap pada ALLAH, setelah kita berusaha. Disamping ingatkan pesakit, kita sendiri, untuk memulakan apa-apa tindakan medik, tidak salah ambil berkat dulu dengan memulakan dengan nama Allah, bismillah.

2. Hari kedua. Ada seorang pesakit datang kerana darah keluar terus-terus dari vagina akibat 'keguguran yang tak lengkap.' Diagnosis bahasa medik Indonesia: Abortus inkomplit provokatus. Maksudnya keguguran yang disengajakan, di provoke. Yang kami terkejut itu ialah, didepan namanya tertulis 'Nn.' Maksudnya, 'nona'. Ertinya, dia belum berkahwin! Fikir-fikirkanlah.

3. Hari rabu, saya mengikut operation pada dua orang patient. Yang pertama tubectomy. Dan yang kedua cystectomy dan hysterectomy. Operation kedua adalah operation yang paling menakutkan saya kerana inilah pertama kali saya berhadapan dengan operation yang gagal. Ibu tersebut meninggal semasa 3 jam pembedahan. Ibu itu, didiagnosis dengan ovarian cyst. Dia masih sihat, masih boleh berjalan sendiri dipimpin ke OT. Dan sayalah orangnya yang menjemput ibu itu masuk ke dalam operation theater. Semasa dibedah, baru diketahui ibu itu sudah di stage akhir. Cystnya sudah melekat dan sudah ada abses, berbau semasa dibersihkan sewaktu operation itu. Apa yang terjadi selama operation itu biarlah dirahsiakan, dan akan saya ambil iktibar daripada pengalaman doktor2 anestesi dan doktor2 pakar yang membedahnya itu. Yang ingin diceritakan ialah yang paling saya tidak boleh terima hakikat: menipu keluarga pesakit. Tidak ada ethic! Ceritanya begini. Sewaktu saya keluar sebentar untuk solat zuhur,saya terdengar tangisan jeritan yang kuat sekali daripada keluarga ibu itu. Terdetik, mungkin ibu itu sudah 'pergi' kerana sebelum saya keluar tadi juga situasi sudah gawat. Setelah saya masuk kembali ke dalam OT, saya hairan kerana melihat ahli anestesi masih me-pam oksigen, sedangkan infuse (IV line) nya semua sudah berhenti menitis dan doktor pakar obgyn juga sudah keluar meninggalkan OT.. Menandakan ibu itu sudah tiada. Saya bertanyakan teman saya yang menyaksikan kejadian itu dari awal sampai habis. Saya tanya: "Ibu itu masih ada atau tidak?" Dia jawab "Sudah tidak ada". Saya hairan dan bertanya lagi, "terus kenapa oksigennya belum dilepaskan? Petugas anestesinya masih pam oksigen?". "Sebagai sandiwara sahaja.. Supaya tidak dibilang meninggal di meja operasi", balasnya. Saya tergamam. Fikir-fikirkanlah.

4. Seorang ibu, agak berusia (untuk hamil) kalau dilihat umurnya menghampiri 40-an atau awal 40. Saya lupa umurnya yang tepat. Kasihan ibu ini, dia hamil kembar, perempuan, tetapi kedua bayi kembarnya meninggal sebelum lahir. Sebelumnya juga dua orang anaknya meninggal, usia 1 minggu. Hanya dua orang anaknya yang hidup. Saya tidak tahu (tidak bertanyakan doktor) kenapa bayinya yang kembar itu meninggal. Kerana, yang pasti dia cukup bulan. Yang saya sempat lihat ialah bayinya itu kecil.. Sekecil ibu itu. Insyaallah ada hikhmahnya. Semoga ibu itu sekeluarga tabah dan diberi pengganti yang lebih baik.

5. Hari ke berapa saya tak ingat. Tapi yang saya ingat ialah sedih bila melihat ada ibu bapa yang sedih mendapat anak. Ya, ini betul terjadi. Bagaimana tidak, umurnya baru 26 tahun, sudah melahirkan anak kelima! Dengan ekonomi keluarga yang tidak seberapa. Terdetik dihati sebab itulah banyak diiklankan mengenai 'planning family' di tv di sini (Bahasa Indonesia: Keluarga Berencana, KB). Ibu itu pula, masuk dengan eclampsia. BP semasa dia masuk 170/110 mmHg. Protenuria +3. dan yang paling saya ingat sampai sekarang (rasa macam trauma) ialah, baru saja saya selesai VT (vaginal touche) ibu itu, sebaik sahaja saya memalingkan badan darinya untuk pergi membersihkan tangan, ibu itu terus melahirkan! Kepala bayinya sudah keluar! Kami segera mengejutkan doktor perempuan yang oncall, yang baru sahaja berehat sebentar. Paling menakutkan saya, bayinya tidak segera menangis, Apgar score nya pula 5/9. Hampir sepuluh minit memberi rangsangan dan selang-seli suction, akhirnya baby menangis! Alhamdulillah! Sekarang tinggal merawat ibu yang eclampsia, mencegah dia kejang. Yang kasihannya lagi ibu ini cuma datang dua orang bersama suaminya. Datang pula tidak bawa kelengkapan untuk bayi. Terpaksalah suaminya pulang mengambil baju bayinya dan segala keperluan lain. Kasihan, rumah jauh, pagi-pagi buta lagi. Nak dijadikan cerita, tidak adalah orang (ahli keluarga) nya untuk diminta membawa darah dan air kencingnya untuk pemeriksaan laboratorium. Kamilah koas yang membawanya ke lab di ER. Indonesia kan banyak birokrasinya di hospital.. Kerana kami yang menghantarnya, dan tidak tahu jenis jaminan (insuran kesihatan) /tidak membawanya, petugas lab di ER, tidak mahu memproses darah dan kencing yang kami bawa. Kerana katanya, itu berbayar. Kami terpaksa menjelaskan hal ini urgent, ibu itu gawat, dan beritahu kami lab yang penting sahaja dahulu seperti hemoglobin, white blood cell, dan proteinnya di dalam urine, untuk doktor melakukan tindakan lanjut Untunglah petugasnya memahami.

6. Banyak juga kes Ectopic Pregnancy di hospital ini kali ini. Doktor senior juga sudah memberitahu bahawa kami dapat banyak kes seperti ini dan harus boleh mendiagnosis dengan mudah, menghadapinya kalau ada lagi kes seperti ini. Best belajar macam-macam kes!

7. Pengalaman lain ialah pengalaman bertugas di hospital/rumah sakit yang 'sakit'. Sakit sebab keadaannya boleh menyebabkan pesakit bertambah sakit dan orang yang sihat jadi sakit. Kucing berkeliaran, sampah sarap di segala penjuru, orang merokok di mana-mana, toilet tak payah cakap la bau 'harum semerbak!'. Saya yang sudah lama tidak bertugas di hospital ini, dah lama tak masuk ke wad-wad nya, pertama kali oncall obgyn di sini, hidung kempas kempis menahan bau. Kucing-kucingnya ya Allah… di dalam bilik bersalin bawah katil orang duk bersalin pun boleh ada! Bayangkanlah sendiri penyebaran infeksinya macam mana.. Dan saya paling kasihan melihat toilet untuk pesakit di wad obgyn ini (in fact untuk semua toilet pesakit di hospital ni semua sama keadaannya). Hapak sekali, dengan tempat buang sampah di depan toilet..yang sampah banyak sekali sampai melimpah dan berbau minta ampun. Lantai kotor sekali dan lebih menyedihkan melihat ibu-ibu, kanak-kanak, orang-orang tua yang datang jauh dari kampung hanya berkaki ayam nak ke toilet. Allahuakbar. Saya rela memendekkan kain atau seluar yang saya pakai supaya pakaian saya tak jadi 'cleaner' untuk lantai di hospital itu. Teringat waktu saya bertugas seminggu di sini semasa di department Paediatric. Busuknya bau kucing, toilet, dan sampah sampai saya hampir nak termuntah! Teman saya pula, sampai sahaja di rumah dia muntah! Ini pengalaman kami. Mungkin tak terbayangkan dan mungkin dianggap 'hiperbola' oleh orang lain yang tidak pernah mengalaminya…tapi.. itulah hakikatnya.

8. Kisah masyarakat.. Kisah dua pasangan yang hampir sama jalan ceritanya- kahwin lari. Perempuan dari pasangan A datang ke hospital dengan perdarahan yang banyak dari vagina. Selepas history taking & physical examination, dia di suspect dengan Ectopic Pregnancy. Lepas di USG, terbukti benar dan dia perlu dioperasi a.s.a.p untuk mengelakkan komplikasi lebih lanjut. Perempuan dari pasangan B pula dibawa ke hospital dengan severe eclampsia. Dah ada kejang. Yang sedihnya, ibu bapa dan keluarganya tidak tahu perempuan ini telah kahwin lari dan mengandung. Mereka hanya tahu setelah si suami datang berjumpa ibu bapa perempuan tersebut, memohon maaf dan memberitahu khabar isterinya yang sedang sakit berat, sedang dirawat di ICU. Setelah 1 malam diICU dan selamat melahirkan bayinya secara ceasarian, si ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. ~Pengajaran dan iktibar. Janganlah kahwin lari. Cinta dan perasaan tak kemana. Restu, doa, dan redha ibubapa itu yang terpenting dalam hidup kita.


Itulah dulu sedikit sebanyak yang dapat saya ingat.. Kenangan untuk saya sendiri suatu hari nanti.. Saya sangat meminati O&G. Dan cita-cita yang saya sematkan dari dulu, yang saya kuatkan untuk jadi doktor ialah saya nak jadi seorang Obstetrician. Insyaallah.. Nak membela nasib perempuan yang terpaksa bersalin kat doktor lelaki sebab takde doktor perempuan. Kesian kan. Hmm ini sekadar renungan: terdapat ibubapa dan lelaki, yang tak nak menantu atau isterinya itu seorang doktor. Tapi, ironinya, bila anak perempuan, menantu perempuan atau isterinya mahu bersalin, nak cari doktor perempuan. Hm fikir-fikirkanlah ;)


~10 more weeks to go! Rabbi yassir wa la tu'assir. Semoga Allah memudahkan jalan menuntut ilmu dan pengalaman ini.