Wednesday, September 7, 2011

Obgyn in Memory~ (part 2)

Just nak upload gambar-gambar semasa di department O&G.. sebab suka sangat department ni walaupun banyak yang menguji kesabaran.. Gambar untuk kenangan saya sendiri,, orang kata 'a picture worth thousand words'~ =)


Week 4: Posting di Rumah Sakit Ibu & Anak Pertiwi. Hospital swasta ni. Selama posting, banyak orang melahirkan tapi saya cuma dapat sambut 1 baby je (dari kepala sampai kuar plasenta). huhu. Dalam banyak-banyak hospital, masa posting kat hospital ni je sempat amik gambar hopsital.
Ni baby kembar lelaki yang lahir (vaginal delivery) masa posting di RSIA Pertiwi tu. So cute~!
Week 5: Minggu yang tak perlu *dinas. Sebab wajib ikut lecture pasal emergency obstetrics. Thank you so much doctors yang dah meluangkan masa untuk mengajar kami.
Week 9: Operation hysterectomy dan oovorectomy. Ni masa posting di RS Pelamonia.Nampak tak yang bulat tu la namanya ovarian cyst. Itu sebelah ovari kanan.
Ni gambar uterus dan ovary yang dah selamat dikeluarkan dari pesakit.
Week 10: Di Sanggar, depan RS Pelamonia. Tempat doktor berkumpul untuk meeting, dan *co-ass untuk kumpul *berkas. Gambar sementara menunggu diundi doctor examiner yang akan meng-'exam' kan kami. Hari paling scaryy..Tapi happy sebab maksudnya perjuangan kami kat department ni dah nak  berakhir~


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
* dinas : working days/ working hours. 
* co-ass: stand for co-assistant (ringkasan di sini: ko-as). Kami clinical student di sini dipanggil koas. Sebab asisten kepada resident.
* berkas: segala dokumen untuk exam.. menentukan layak untuk menduduki ujian atau tidak.

Sunday, September 4, 2011

Lebaran terakhir~

Tahun ini, lebaran 1432H di Makassar jatuh pada 31st August 2011, sama dengan Hari Kemerdekaan Malaysia~ sedangkan hari raya di Malaysia jatuh pada 30th August. Kami lambat sedikit sebab masa nak tengok hilal tak nampak. So pemerintah tetapkan 1 Syawal dengan cara nasab. Ikut hitungan hari..  hm selama 5 tahun di sini, ni lah first time raya tak sama dengan Malaysia :)

Batch kami yang tidak pulang beraya.. Cuma 2 orang tiada dalam gambar, termasuklah saya. :)
Dan tahun ni raya di perantauan lagi.. Huhu..tapi sebagai student final year dah!!  Boleh je nak balik sebab cuti seminggu..dah habis O&G tapi belum exam lagi sebab doktor pun cuti. Tapi tak balik sebab tiket mahal, imigrasi dah tutup, dan nak kena studyyy lebih lagi untuk exam..

Sedih juga sebab dah 2 tahun berturut-turut tak balik raya. Walaupun rindu keluarga dan tanahair tsangat2 Tapi terpaksa kuatkan hati, cekalkan diri dan semangat untuk berusaha bagi habis belajar tahun ni jugak! Always tell myself that 5 years is enough! Can't bear and don't want to stay any longer~ huhu. Tapi okey je raya kat sini.. ada undangan daripada dekan kami dan kawan Indonesia kami :)

Di rumah Kak Lea, secretary di department Forensic. Orangnya yang bertudung pink di barisan tengah :)

Bersama Prof Irawan, dekan kami, semasa open house di rumah beliau pada hari raya ke-2. :)
Harapan sangat tinggi semoga tahun ini tahun terakhir beraya di Makassar, dan terakhir sebagai pelajar. Tak sabar nak kerja~~ walaupun tahu nanti dah betul2 jadi doktor, tanggungjawab dan amanah tu sangatlah besar dan berat (-.-)' Kena selalu ingatkan diri pasal NIAT kenapa nak jadi doktor~

Okey, that's all for now. Banyak nak kena buat.. Esok adaptasi anesthesia, minggu ni nak exam O&G, nak gi bayar kitas kat imigresen, dan kalau ada masa nak pergi urus skripsi IKM kat fakulti.. Banyakknyee! Kena semangat demi nak habis cepatt~

~Selamat hari raya aidilfitri, mohon dimaafkan semua silap dan salah, maaf zahir & batin, jom puasa 6 jomm!  :)

Thursday, September 1, 2011

Obgyn in Memory~

Alhamdulillah, setelah 3 bulan berlalu.. akhirnya selesai juga posting kat department O&G ni. Selama 11 minggu di department ini, hanya sempat menulis untuk 2 minggu je. Lepas tu memang dah tak cukup masa! Ni insyaallah nk cerita kesimpulan selama hampir 3 bulan berjuang menuntut ilmu dan pengalaman di O&G ni.

Terlalu banyak kisah peribadi, dan kisah masyarakat yang ditempuhi  selama posting di sini.
Kisah peribadi yang kena marah dengan resident (H.O) itu adalah biasa.. Namun yang menjadi 'kenangan' adalah bila ia menjadi luar biasa… iaitu bila kami - coas, dipanggil dengan 'bajingan'. Oh my Godness. Istilah itu sangatlah teruk.. Dan saya sangat terkejut dan tak percaya ada doktor-doktor  yang tergamak dan sanggup memanggil kami, co-assisstant mereka ni, dengan gelaran macam tu. Padahal kehadiran kami ni dah meringankan beban tugas mereka.. Kami tidak menagih dilayani dengan ucapan terima kasih, tetapi kami juga tidak meminta dipanggil dengan 'bajingan'. Saya tidak terkejut kalau kami dimarahi kerana kami koas ni dah biasa macam tu. Cuma kami tidak biasa kerana belum pernah dipanggil dengan panggilan seburuk itu. Apa mereka tidak menganggap kami seperti anak perempuan mereka sendiri? Saya terfikir bagaimana kalau anak-anak mereka juga dipanggil 'bajingan' seperti mereka memanggil kami? Apa perasaan mereka??
Takpelah, inilah pengalaman… supaya menjadi iktibar buat saya, to:  'treat people the way you want to be treated'.

Saya kalau boleh taknak ingat kisah itu. Tapi nak ingat kisah peribadi yang banyak menuntut ilmu dan pengalaman di sini. Alhamdulillah, setelah 11 minggu, saya dah berjaya menyambut beberapa orang baby! Itulah kelebihan kami yang belajar perubatan di Indonesia ni. Hands on! :) 


Yang paling tak boleh ingat ialah pengalaman masa posting di peripheral hospital selama seminggu. Suatu hari, berdepan dengan undetected/unexpected multiple pregnancy pada ibu yang datang hospital pada stage 2 dah, di saat takde sorang pun resident! Masa tu hanya Allah yang tahu betapa palpitation + tachycardia nya saya dan kawan saya sorang lagi. Kami hanya berdua.  Ceritanya macam ni. Ibu tu G8P7A0 (kehamilan ke-8 kalinya, anak 7 orang dah), tak pernah buat ultrasound (USG) selama dia pregnant. Dia hanya selalu periksa di bidan  (midwife) langganannya. Malangnya bidan tu pun tak tahu (tak reti periksa) kalau ibu tu hamil kembar dua! Setelah lahir anak pertama, saya dah siap-siap nak inject oxytocin 10 IU kat paha dia..nasib baik tiba-tiba bidan langganan ibu tu cakap, "doktor, cuba pegang perut dia.. Macam keras je lagi. Macam ada sorang lagi baby laa.."  Saya pun terus la pegang perut ibu tu. Memang masih keras dan rasa macam ada baby sorang lagi. Saya yakin ada sorang lagi. Terus panik! Ya Allah..macam mana nak handle ni! Saya cuba check position baby yang ke-2 tu. Macam bukan posisi normal (kepala kat bawah). Macam letak lintang (transverse lie presentation). Oh my God, apa nak buat ni? Macam mana nak lahirkan baby letak melintang ni?!? Dalam kepanikan tu, saya cuba menghubungi doktor junior yang bertugas. Katanya dia akan datang jap lagi. Tapi paling cepat pun setengah jam baru sampai..sedangkan baby tu wajibbb lahir kurang dari dua puluh minit! Dengan nurses dan bidan yang sedang memerhatikan kami dan menunggu tindakan selanjutnya daripada kami, sedang kami pun tak tahu nak handle situasi macam ni.. Dalam hati saya hanya berdoa mengharapkan keajaiban terjadi. Tidak sampai 5 minit setelah itu, tiba-tiba muncul doktor senior yang bertugas…tidak tahu dari hujung pangkal mana dia datang.Setelah itu baru kami tahu bahawa doktor itu secara tak sengaja tergerak hati nak singgah kejap kat hospital tu kot ada apa-apa. Rupanya memang ada apa-apa.  Memang pertolongan dari Allah.  Doktor itu pun melakukan teknik version extraction untuk melahirkan baby yang ke-2 tu.. Dan alhamdulillah, semuanya selamat lahir..menjadikan ibu tersebut yang sebelumnya ada 7 orang anak, akhirnya berjumlah 9 orang! 7 perempuan, 1 lelaki. Ibu itu rupanya tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk contraception untuk family planning , dan tetap berdegil tak nak contraception (apalagi nak disuruh tubectomy, sah2 taknak) sebab dia nak dapat anak lelaki lagiiii…


Pengalaman lain antaranya ialah dapat jadi 2nd assisstant dalam operation cesarean section  (c-sect), dapat tengok persalinan vaginal birth dengan frank breech presentation, footling presentation, persalinan baby yang dah meninggal dalam kandungan lagi- IUFD (intrauterine fetal death), dapat jadi assisstant currettage untuk kes-kes abortion (incomplete, insipiens abortion), dan dapat tengok operation untuk kes-kes gynecology macam tumor uterus, ovarian cyst, myoma uteri, dsb. 

Baby boy, birth weight 4.0kg, vaginal birth with frank breech presentation! Sangat comelll kan!
I named him Firdaus Ramadhani. hehe. (my name + bulan puasa masa tu). Taktau la mak dia nk tak. hehe 


Uterus dan ovari kanan. Operation hysterectomy + cystectomy  untuk kes tumor uterus dan right ovarian cyst.


Kisah masyarakat juga banyak.. Yang paling diingat ialah kisah masyarakat yang masih percaya pada dukun, pada perkara-perkara superstition, dan kisah hamil diluar nikah..

1.  Kisah masyarakat yang masih percaya pada perkara karut marut ni. Masih percaya pada 'tangkai azimat'.. Dan memakainya ketika melahirkan dengan kepercayaan dan harapan semoga persalinannya cepat dan selamat. Malangnya yang terjadi adalah sebaliknya. Proses persalinan menjadi lambat, dan baby susah nak keluar. Kami di perubatan moden dan yang Muslim ni sangat marah bila sedar dan perasan rupa-rupanya ada 'tangkai azimat' yang dipakai/diletak pada baju ibu yang nak bersalin ni.. Sebab benda syirik tu lah yang menghalang dan melambatkan proses kelahiran ni. Setelah dibuang benda tu, alhamdulillah, cepat je lahir baby2 tu. Kisah ini bukan satu atau dua..malah hampir di setiap hospital, mesti ada kes macam ni…kalau tak tiap hari pun, saya jamin, tiap minggu mesti ada! Yang paling sedih dan mengecewakan ialah, yang memakai dan mengamalkannya itu orang Islam sendiri..

2. Kisah hamil di luar nikah. Oh, ketahuilah sesungguhnya sangat banyak kes-kes macam ni. Dan datang ke hospital sebab 'keguguran'.. yang sebenarnya sengaja menggugurkan! (abortus provokatus). Waktu saya minggu terakhir di Obgyn ni pun, masih dapat kes ni. Perempuan 21 tahun, masuk hospital dengan mak dan kakak dia..keluhan keluar darah dari vagina. Bila tengok hasil lab plano test yang dia bawa: positif. Bila doktor tanya dah kahwin belum, dia geleng2 kepala je. Tanya banyak2 kali baru cakap tak kahwin lagi! Pastu bila doktor dah minta tanda tangan  persetujuan untuk tindakan (nak buat vaginal touche- VT, which is medically kalau tak kahwin lagi tak boleh..untuk jaga hymen dia. tapi dah kes macam ni... hymen mana contact lagi daa. Pun begitu,terpaksa juga suruh dia sign sebagai tanda informed consent), bila doktor VT, doktor rasa ada kayu dalam rahim dia dan doktor pun keluarkanlah. Ini kes sengaja menggugurkan! Apa lagi, marah la doktor. Dah dosa zina satu hal. Dosa membunuh kandungan lagi satu. Si ibu kepada perempuan ni mungkin dah tahu anak dia hamil. Dan mungkin juga dia yang terlibat nak suruh gugurkan sebab duk suruh2 doktor untuk kuret (currettage) cepat2. Sebab taknak kena warded berhari-hari, takut saudara mara tahu! OMG. Doktor pun naik bengang la lagi, sebab macam pandai2 nak suruh kita. Patient tu tak boleh nak dikuret secepatnya sebab dia dah masukkan kayu ke dalam rahim dia, dah terjadi infeksi, so kena rawat dulu dengan antibiotik selama 1 hari, baru boleh kuret. Sebab kalau dikuret dalam keadaan infeksi macam tu, risiko sepsis kalau kuman merebak ke seluruh tubuh. Last-last memang kena bermalam juga la kat hospital. Saya cuba juga mendekati perempuan tu dan tanya kenapa tak kahwin je? Lepas ni kahwin je la. Si ibu dia menjawab, lepas keluar wad ni nak urus segalanya. Dan saya dapat tahu, anaknya itu berhubungan dengan suami orang! Hm inilah dunia yang sakit tenat pada hari ini..

3. Kisah masyarakat yang masih percaya pada dukun. Tidak tahu juga kami kenapa masyarakat di kampung-kampung suka mempercayai dukun. Kemudian bila dah terjadi sesuatu yang lebih buruk, barulah nak datang ke hospital. Ada satu kisah pesakit ni, seorang ibu berumur 30-an, hamil kurang dari 20 minggu, hamil anak ke-7, datang ke hospital dengan  keluhan pendarahan dari vagina. Bila ditanya-tanya oleh doktor, barulah mengaku dia pergi ke seorang dukun, dan dukun tu memasukkan batang kayu kecil ke dalam vaginanya. Menurut pesakit tu, dia rasa macam ada sesuatu dimasukkan ke dalamnya.. Bila dia balik rumah, keluar darah banyak, lalu dia  membuang kembali kayu yang dimasukkan oleh dukun tadi. Tapi sebab pendarahan terus-menerus, baru dia datang ke hospital. Bidan tu dah menggugurkan kandungan pesakit tadi! Doktor yang merawat masa tu doktor lelaki. Dia sangat marah.. Doktor tu cakap kat ibu tu, "Ibu, selamat ye ibu. Tahniah! Ibu dah berjaya membunuh anak ibu sendiri. Malam ni kalau anakmu datang menangis-nangis tanya kenapa ibu bunuh saya,.. Ibu suruh dia pergi ke dukun tu.. Ibu, betapa ramai lagi orang di luar sana yang nak anak, tapi ibu pergi gugurkan. Kalau ibu dah rasa ramai anak, dah tak nak hamil, tutup saja kandungan… jangan buat macam ni lagi." Ibu itu hanya mendengar. Tiada riak sedih mahupun menyesal..

Cukuplah dulu kisah yang boleh dikongsi untuk dijadikan iktibar. Kisah benar yang masih wujud dalam kehidupan yang kita rasa dah moden tapi masih ada di luar sana dunia yang memerlukan pendedahan ilmu pengetahuan baik sains mahupun ilmu agama sendiri. Saya sedar, tugas kerja seorang doktor itu bukan hanya berusaha merawat pesakit, tapi lebih luas dari itu.. Termasuk menjadi seorang kaunselor, menyampaikan perkara yang benar, menasihati dan mengingatkan pesakit kepada Pencipta-Nya. Ringkasnya, doktor lah doktor, malah mungkin memikul peranan sebagai  ibu/bapa/kakak/abang/adik kepada pesakit mengikut keadaan dan situasinya. Wallahua'lam.


Selama 11 minggu posting di O&G ni, terlalu banyak pengalaman yang dipungut, secara langsung dan tidak langsung. Ternyata, obgyn ni bukan je pasal nak terima baby atau nak tolong 'melahirkan' baby, tapi lebih luas dari itu. Mulai dari cara nak 'dapatkan anak' pada waktu-waktu subur, cara menjaga diri dan bayi dalam kandungan selama hamil, cara nak melahirkan, perawatan selepas melahirkan, pilihan contraception, masalah haid tak teratur, masalah kesuburan, dan masalah-masalah gynecology. Oh, sungguh luas rupanya ilmu di Obstetrics&Gynecology ni! Allahuakbar, ilmu-Mu sangat tak terhitung luas-Nya. Ini mungkin hanya 0,001% dari seluruh ilmu pengetahuan-Nya. Subhanallah.

Akhir kata, bukan hanya pengalaman yang dipungut, tapi turut merasai penderitaan dan penghinaan.. tapi biasalah orang kata itu adat menuntut ilmu.. alah bisa, tegal biasa. Semoga kepahitan yang dilalui tidak memudarkan semangat dan cita-cita saya untuk menjadi seorang Obstetrician suatu hari nanti :) Semoga dipermudahkan Allah. Ameen ameen ameen ya Rabbal 'Alameen..