Monday, October 5, 2009

Kerana Rahmat dan Kasih-SayangNYA

Saya nak kongsi lagu ini...sangat suka pada liriknya. Dan sungguh diri ini malu pada Allah..


video

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa

entah mungkin karna kuterlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu

aku ingin mencintai-Mu setulusnya,
sebenar-benar aku cinta
dalam do’a, dalam ucapan, dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-Mu selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu dengan-Mu ya Rabbi ….

~*~*~*~*~*~*~*~*

1-Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Walau betapa banyak dosa yang dilakukan, dan sentiasa melanggar larangan-Nya, tetapi Dia masih tetap memberi kita rahmat kasih-sayangNya. Memakbulkan do'a,permintaan2 kita..Memberi kita peluang berulang kali, untuk kembali pada jalan-Nya. Ighfirly ya Allah, ana faqir wa dhoif ilaika..

2-Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada pembaca sekalian, jika ada salah dan silap, secara langsung atau tidak langsung, sengaja atau tidak sengaja...

3-Ramadhan 1430H sudah berlalu...apakah kita mendapatkan keampunan daripada ALLAH? Siapa tahu kalau Ramadhan lalu adalah yang terakhir buat kita? Dan semoga kita masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan seterusnya...saya sangat mahu bertemu Ramadhan lagi..

4-Aidilfitri masih berbaki. Jom puasa 6. Yuk!

Wednesday, June 17, 2009

Dari kamar hati..



Aku anai-anai


Kugali tiap hari lalu,
yang kutemui adalah untaian kesilapan.
Kukaji segala malam,
yang kutemui adalah kerlipan keinsafan.
Kucari sebuah hari yang indah
yang bisa silap dan salah itu musnah,
dan kutemui adalah lebaran
sekalian manusia semuanya bermaafan.
Betapa aku seekor anai-anai
menggeledah segala khazanah silap dan dosa,
menagih gumpalan keampunan yang maha.
Dan di sini kunoktahkan aksara dan kata,
dengan tertib jemari dan sekerdil raga
kupohon maaf dari antum semua
moga kita terus bahagia dan berjaya,
diampuh sebidang tanah di sorga
dari Malikulmanan Yang Esa.

Al-Fannani
1 Oktober 2008, 0800
Full House, Rabat.


*************************************************************************************
Suka puisi ni. Terima kasih al-fannani mengizinkan saya untuk menghidangkannya di sini. Saya belum mampu lagi menulis yang best2..
Buat semua yang mengenali, hayati setiap kata dari puisi ini... kerana ia seperti apa yang mahu saya suarakan... jauh, jauh terdalam dari ruang hati.



1. Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba-hambaMu. Jangan Kau palingkan lagi hati kami setelah Engkau beri kami hidayah-Mu.
2. Tiadalah manusia itu terlepas dari kesalahan. Berlapang dadalah.. sungguh, kemaafan dan kesabaran itu yang terindah..



Wallahua'lam.

Monday, June 15, 2009

Cukuplah ia sebagai peringatan...

Assalamualaikum wbt,

Tidak mampu untuk mujahadah browsing internet seminggu. Rasa macam terputus dengan dunia luar.. Tapi sebab nak surf jugak, kena tahan diri(disiplinkn diri huhu~) untuk surf 30 minit je. Dan di sini, ingin berkongsi sesuatu..

140609,
Semalam, saya terkejut diberitahu sahabat tentang pulangnya al-fadhil Syeikh Dr. Fathi Yakan ke rahmatullah. Saya yakin, sesiapa yang mengenali beliau pasti merasa sebuah kehilangan.Dunia Islam pasti amat merasainya. Rasa kehilangan seorang mujahid yang begitu banyak berjasa dalam dunia pentarbiyahan Islam. Begitu banyak jasa dan tenaga beliau disumbangkan dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab. Beliau juga banyak menyebarkan risalah dan tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam.

Siapa tidak kenal dengan buku terkenal beliau iaitu buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam' atau 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam'.
Ia antara buku harakah yang paling awal saya kenal yang membuatkan diri berjaya (alhamdulillah) menemui matlamat hidup yang sebetulnya... insyaAllah.
Buku ini (boleh download free di sini) terlalu banyak digunakan sebagai rujukan dalam usrah-usrah, dan banyak digunakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sama ada di peringkat sekolah, universiti dan peringkat nasional. Beliau juga pengarang kepada lebih 30 buah buku dan sebahagiannya diterjemah ke pelbagai bahasa. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen Lubnan atas tiket gerakan parti politik Islam. Pemergian beliau bermakna hilang lagi seorang permata dalam dunia Islam.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Abdullah bin Amr r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berita pemergian Ustaz Fathi Yakan sampai ketika belum pun surut lagi rasa terkejut dan sedih yang turut saya rasa atas pemergian seorang mujahid muda di Mesir, Muhammad Ammar bin Zulkifli, pelajar Malaysia jurusan perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, pada 10 Jun lalu, kerana kemalangan jalan raya. Saya dapat khabar ini daripada sahabat yang sama sekolah dengan arwah.

Dan semalam, Zahra datang bermalam di rumah, ada berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang arwah dan situasi teman2 di sana selepas mendapat berita kemalangan dan pemergian allayarham Ammar Zulkifli... kelahiran 1988, dan kata-kata 'trademark' arwah iaitu "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat". - Blog allahyarham Ammar: Dalam Jiwa Hamba. MasyaAllah. Walaupun tidak mengenalinya, tapi saya yakin arwah seorang yang soleh.

Memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin dalam entry 'Takziah atas pemergian yang pasti' : "Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN".

Ini antara tulisan tentang arwah daripada sahabat2nya: a tribute for ammar sayang, Ammar, enta menyusahkan sahabat kemudian,dan bercerita tentang ammar.

Dan berita pemergiannya ini sampai ketika belum pun surut lagi kesedihan yang sangat dirasakan sahabat-sahabat MATRI atas kehilangan guru merangkap 'bonda'.. Dari tulisan dalam blog sahabat-sahabat matri tentang kembalinya bonda ke rahmatullah, dan juga dari cerita sahabat, saya turut sedikit sebanyak dapat merasakan kehilangan seseorang yang besar jasanya mendidik mentarbiyah anak bangsa. Apatah lagi pada mereka yang mendapat tarbiyah langsung daripada beliau...

Semoga Allah menempatkan mereka semua bersama para syuhada'. Ameen.

**********************************************************************************************************************
Berita ini semua seolah bertalu datang memberitahu untuk mengingatkan. Berita kematian, sungguh mengejutkan. Saya. Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia. Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.

Sungguh kematian itu suatu peringatan.. Ketika leka merancang rapi masa depan dan hari esok, yang padahal entahkan sampai entahkan tidak..sehingga terlupa pada kematian yang pasti datang. Sungguh kematian itu suatu peringatan, untuk menggunakan kesempatan yang masih diberi (malah berulang kali diberi-Nya) dengan sebaiknya. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan alpa dengan dunia…

Mengingatkan kematian itu sungguh menggerunkan saya… Bukan takut mati, ingin sangat terutama tika terasa putus asa dan penat dengan dunia. Tapi teringatkan amalan sendiri, sungguh belum bersedia.. Sering terdetik, 'kalau aku mati sekarang, bekalan apa, amal apa yang akan dibawa…'. Jadual daily mutaba'ahnya masih banyak kosong.. Allah, mengingatkan kematian, terasa kerdil dan hinanya diri…terkenang dosa menggunung tinggi ='( terlintas juga, 'bagaimana keadaanku, bila dan di mana aku akan diambil-Nya'. Doa supaya diri masih diberi kesempatan untuk memohon ampunan-Nya, dan tidak mengulang kesilapan silam... Dan seketika terfikir, bagaimana boleh belum bersedia lagi, sedang ia suatu yang dijanjikan pasti tiba pada setiap yang bernyawa. Kalau untuk exam, bukan main... mesti usahakan diri untuk bersedia. Walhal itu manusia yang uruskan.. Boleh ditunda-tunda. Sedangkan malaikat Izrail, diundang atau tidak, datang tanpa menunda walau sesaat… Namun persediaannya?? Astaghfirullah...

***********************************************************************************************************************
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)

Kematian mengingatkan bahawa waktu sangat berharga
Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa
Kematian mengingatkan bahawa kita tak memiliki apa-apa
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara
Kematian mengingatkan bahawa hidup begitu berharga

Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan senantiasa sedar bahawa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan. Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77,

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…”

dengan menyebut,Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)

Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan memaknai kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.

**********************************************************************************************************************
-Kematian...bukan berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi permulaan sebuah kehidupan yang abadi-



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. " (QS al-Anbiya' 21:35)

"..Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
( QS Luqman 31:34)

"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(QS al-Jumu'ah 62:8)











Dan cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan..... buat saya dan kamu jua...




Sunday, June 7, 2009

~Exam, Ujian, Peperiksaan, Imtihan ~



Minggu ini dan minggu depan adalah minggu ujian~


8 June, Isnin : Trauma & Emergency Theory Remedial
9 June, Selasa
: Parasitology, Pathology Anatomy, Clinical Pathology dan Microbiology lab exam.
11 June, Khamis : Clinical skill lab 1
12 June, Jumaat : Clinical skill lab 2
17 June, Rabu : Tropical Medicine Theory Exam


Perlu mujahadah surfing dulu. Cukuplah exam yang dulu tak boleh jawab..
Block Tropis (Tropical Medicine) ini banyak perlu ingat nama2 saintifik mikrobakteria dan parasit termasuk segala jenis cacing, kutu, species nyamuk, larvanya, telurnya, fasa gametnya etc, sesuai gambar dan sifat khas masing-masing untuk mudah di'identify' masa exam lab nanti. Yang mana ada 1-2 minit sahaja untuk satu soalan. huhu. Tengok mikroskop terus kena tulis. Lambat pikir dan identify, masa habis. Dan Prof Johanna pula dah warning awal2 kalau tak boleh skor beliau punya Pathology Anatomy soalan, kena siram dengan air panas nanti. huh scary.

Apapun
untuk last sistem, last block, mahu buat yang terbaik dah.. bukan kerana nilai, tapi kerana janji pada diri. InsyaAllah.
Good luck kawan2! All the best~

*************************************************************************************
1. Exam mode~
2. Laptop semenjak 2, 3 minggu belakangan ni, buat hal pula. Masalah conflict IP address nya belum lagi settle (IP address saya sama dengan orang lain @ orang lain punya IP address sama dengan saya. macam mana boleh jadi macam tu ye? erm..sesiapa tahu boleh tolong bagitau.. sungguh saya buta IT..huh)
3. Masalah besar laptop saya sekarang ialah kerosakan mother board. Semakin lama semakin parah. Dah pergi toshiba center di MTC -Makassar Trade Center- hari tu, tapi dia mintak invois dan kartu garansi pula.. Kalau tak, nak baiki or ganti mother board dan PGA nya total Rp 4juta!
4. Bukan masalah brand ni, laptopnya bagus dah. Cumanya tak dijaga dengan baik. Terlebih nak jaga, lain pula jadinya.. huhu. Sabar...
5. Exam ini, buat sehabis baik! insyaAllah =)


Friday, May 29, 2009

Mengenang 29 Mei

Assalamu'alaikum wbt..

Mengenang 29 Mei.. Ada apa dengan 29 Mei? Tarikh apa tu..?

Ia tarikh Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Kota Constantinople (kini Istanbul) pada 29 Mei 1453 selepas penantian 800 tahun sejak ia disabdakan Nabi s.a.w ketika Baginda menggali parit Khandaq.
"Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (HR Imam Ahmad)
Mengenang tarikh kemenangan itu, bukanlah saya mahu menulis/copy paste :D lagi tentang biografi al-Fateh yang sudah sangat banyak dikongsikan di laman2 lain.. tetapi saya mahu berkongsi satu artikel yang cukup menarik pada saya, yang saya kutip daripada one of my must-visit blogs entitled 'Read, You'll Conquer The World'.

Ia tentang cara 'brainstorming' Muhammad al-Fateh dalam misi beliau untuk menakluk Contanstinople. Siapa yang mengetahui sejarah beliau, pasti mengagumi kehebatan Muhammad al-Fateh, anak muda yang berjaya menawan Kota Constantinople seawal usia 21 tahun!
Sebelum itu, ni ada sedikit petikan tentang peribadi beliau untuk menggambarkan kekuatan tarbiyah imaniyah Muhammad al-Fateh:


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Constantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Sultan Muhammad memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w bahawa Constantinople akan jatuh kepada tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

***********************************************************************************************

- Untuk lebih merasai sejarah ini, tontonlah animasi filem "The Conquest Of Constantinople". Sebuah animasi yang mengisahkan perjalanan hidup Sultan Muhammad al-Fateh dari awal remajanya sehingga baginda menakluk Constantinople.
-Boleh cari dvdnya, atau download saja dari youtube atau ziarah ke sini.

Yang belom tonton.. tengok jangan tak tengok! :)

***********************************************************************************************

Ok..ni dia perkongsian artikel menarik daripada Ustaz Syaari: 'destroy the barriers, nothing is impossible- 'brainstorming' Sultan Muhammad al-Fateh..,

VISI
Melunaskan sabda Nabi

MISI
Menawan Konstantinople dengan penguasaan Syariatullah dan Sunnatullah (sains ketenteraan)

HALANGAN
Rantai besi gergasi sebesar pemeluk menghalang kemasukan 80 buah kapal al-Fateh ke Tanjung Emas



IDEA (BRAINSTORM)


Idea pertama
Mengebom penjaga rantai besi gergasi dengan meriam ciptaan saintis Konstantinople, Urban.

Misi pertama
GAGAL. Penjaga rantai besi berada di dalam bukit batu yang tidak mampu diletupkan meriam al-Fateh

Idea kedua

Memutuskan rantai besi dengan gergaji ciptaan saintis Konstantinople, Urban
.
Misi kedua GAGAL. Rantai besi berada jauh di dalam air. 30 tentera al-Fateh syahid berkubur di dalam lautan kerana terbunuh dalam pertempuran akibat tentera Rom berjaya mengesan dengan loceng pada rantai besi apabila usaha tentera Islam menaikkan rantai ke darat.

Idea ketiga
Idea al-Fateh semakin gila. Rempuh rantai gergasi itu dengan 3 buah kapal sekaligus, lengkapkan kapal dengan kayu tebal dan tampalan besi kerana rantai gergasi telah diikat dengan ranjau besi, bila dilanggar, boleh membocor dan memecahkan kapal.


Misi ketiga GAGAL. Kapal-kapal al-Fateh dirempuh dan diserang oleh puluhan kapal perang Rome yang dihantar oleh Pope.


Idea keempat.

Al-Fateh tidak berputus asa. Kali ini, idea al-Fateh semakin pelik. 70 buah kapal Usmaniah mesti dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas dalam masa hanya 1 malam melalui bukit dengan jarak lebih 3 batu !!!


Idea keempat al-Fateh yang gila itu akhirnya BERJAYA.
Visi dan Misi Al-Fateh akhirnya berjaya dilunaskan selepas penantian 800 tahun sejak ia disabdakan Nabi. Bahkan, diriwayatkan Al-Fateh melihat Abu Ayyub Al-Ansari (sahabat yang melakukan percubaan pertama membebaskan Konstantinople) dalam mimpinya malu dan segan dengan kejayaan Muhammad al-Fateh.


Walaupun idea itu asalnya dilihat gila dan tidak waras oleh tentera Muhammad al-Fateh sehingga al-Fateh sendiri hampir-hampir berputus asa selepas 53 hari kepungan dilakukan ke atas kubu Byzantium itu, namun itulah cara berfikir Muhammad al-Fateh apabila berdepan dengan barriers peperangan dan lebih lagi barriers pemikiran. Al-Fateh akhirnya membuktikan bahawa "nothing is imposibble" apabila kita berada pada tahap keyakinan dan kejelasan kepada suatu visi (hadis Nabi tentang Constantinople) dengan tahap yang luar biasa.

Sesungguhnya cerita al-Fateh bukan tahyul sebuah kisah panglipurlara, atau kartun hulubalang dan pahlawan yang penuh kedustaan, atau sejarah yang sarat dengan keserabutan fakta yang tidak sahih. Ia adalah "the universal prove" yang tidak boleh disanggah oleh mana-mana manusia yang waras yang mengkaji peristiwa besar ini. Apa yang berlaku bukan kerana Al-Fateh mendapat "miracle" dari Tuhan, tetapi kerana memanfaatkan "miracle" yang Tuhan berikan dalam otak dan akalnya.


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib ini. Muhammad al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great !!!
” - Ahli Sejarah Byzantine -


"Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukanlah satu cerita mengenai pencapaian individu, tetapi ianya adalah cerita tentang kuasa luarbiasa sebuah pasukan yang bersatu, berbakat dan bersiap sedia yang sentiasa komited dengan setianya kepada satu yang lain, juga kepada wawasan bersama mereka untuk ke penghujungnya. " - Stephen R. Covey, Tabiat ke 8, Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan.

***********************************************************************************************
Some articles recommended for further readings related to this entry:

~* Constantinople, Islambol, & Istanbul
~* Muhammad al-Fateh: Bagaimana baginda terbentuk
~* Sultan Muhammad al-Fateh dan pembukaan Istanbul
~* Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah
~* Perginya mendung hitam oleh sebuah kebangkitan Islam


Lain-lain web, boleh tanya big bosS G0Ooogle~ :D

***********************************************************************************************
- Masa agak semput ni nak menulis...ringkas je apa yang muncul di kepala...
- Keperluan critical thinking dalam brainstorming >> destroy the barriers, nothing is impossible, biiznillah.
- Sabda Nabi s.a.w bahawa kota Rom itu akan jatuh ke tangan Islam tidak akan berlaku tanpa usaha gigih daripada Sultan al-Fateh dan tentera2 baginda. Sungguh, janji Allah itu berlaku pada yang memegang Sunnatullah dan Syariatullah. (pesan buat diri sendiri). [dengar huraian best dalam ceramah ustaz Hasrizal pasal hukum yang dua ni~]
- Kagum pada peribadi Muhammad Al-Fateh yang menjadi seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan di usia belasan tahun!
- Kagum juga pada tarbiyah imaniyah dan latihan kempimpinan baginda sejak dari kecil...Subhanallah..
Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut;
"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyah."

- Bila teringat tentang Muhammad al-Fateh, semangat untuk Islam itu pasti membara dalam setiap orang yang mahu Islam ditegakkan di bumi Allah ini...tapi apa yang lebih penting daripada semangat itu ialah kesedaran, kefahaman, dan penghayatan terhadap semangat juang itu.. kerana itulah yang akan memberi 'kuasa' untuk menjana 'kemahuan' kita untuk bergerak ke arah yang lebih baik dari semalam dan hari ini, dan untuk bergerak dalam perjuangan itu sendiri. [pesan buat diri]. Mampu tapi kalau tak mahu...tak ke mana2 jugak, kan. Wallahua'lam. [saya..tak mampu lagi...]
- Pemuda hari ini bagaimana?
- Walaupun saya bukan pemuda, tetapi tetap malu sendiri pada al-Fateh...di usia sebegini baginda sudah menjadi negarawan dan pahlawan agung, tapi diri ini baru berenang ke daratan setelah lemas di dasar lautan dunia yang melalaikan diri... Ampunan-Mu kudamba, Allah..


Wassalam.

~ Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada..