Tidak mampu untuk mujahadah browsing internet seminggu. Rasa macam terputus dengan dunia luar.. Tapi sebab nak surf jugak, kena tahan diri(disiplinkn diri huhu~) untuk surf 30 minit je. Dan di sini, ingin berkongsi sesuatu..
140609,
Semalam, saya terkejut diberitahu sahabat tentang pulangnya al-fadhil Syeikh Dr. Fathi Yakan ke rahmatullah. Saya yakin, sesiapa yang mengenali beliau pasti merasa sebuah kehilangan.Dunia Islam pasti amat merasainya. Rasa kehilangan seorang mujahid yang begitu banyak berjasa dalam dunia pentarbiyahan Islam. Begitu banyak jasa dan tenaga beliau disumbangkan dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab. Beliau juga banyak menyebarkan risalah dan tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam.
Siapa tidak kenal dengan buku terkenal beliau iaitu buku 'Apa Erti Saya Menganut Islam' atau 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam'.
Ia antara buku harakah yang paling awal saya kenal yang membuatkan diri berjaya (alhamdulillah) menemui matlamat hidup yang sebetulnya... insyaAllah.
Buku ini (boleh download free di sini) terlalu banyak digunakan sebagai rujukan dalam usrah-usrah, dan banyak digunakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sama ada di peringkat sekolah, universiti dan peringkat nasional. Beliau juga pengarang kepada lebih 30 buah buku dan sebahagiannya diterjemah ke pelbagai bahasa. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen Lubnan atas tiket gerakan parti politik Islam. Pemergian beliau bermakna hilang lagi seorang permata dalam dunia Islam.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.Dari Abdullah bin Amr r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berita pemergian Ustaz Fathi Yakan sampai ketika belum pun surut lagi rasa terkejut dan sedih yang turut saya rasa atas pemergian seorang mujahid muda di Mesir, Muhammad Ammar bin Zulkifli, pelajar Malaysia jurusan perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, pada 10 Jun lalu, kerana kemalangan jalan raya. Saya dapat khabar ini daripada sahabat yang sama sekolah dengan arwah.
Dan semalam, Zahra datang bermalam di rumah, ada berkongsi cerita sedikit sebanyak tentang arwah dan situasi teman2 di sana selepas mendapat berita kemalangan dan pemergian allayarham Ammar Zulkifli... kelahiran 1988, dan kata-kata 'trademark' arwah iaitu "Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat". - Blog allahyarham Ammar: Dalam Jiwa Hamba. MasyaAllah. Walaupun tidak mengenalinya, tapi saya yakin arwah seorang yang soleh.
Memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin dalam entry 'Takziah atas pemergian yang pasti' : "Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN".
Ini antara tulisan tentang arwah daripada sahabat2nya: a tribute for ammar sayang, Ammar, enta menyusahkan sahabat kemudian,dan bercerita tentang ammar.
Dan berita pemergiannya ini sampai ketika belum pun surut lagi kesedihan yang sangat dirasakan sahabat-sahabat MATRI atas kehilangan guru merangkap 'bonda'.. Dari tulisan dalam blog sahabat-sahabat matri tentang kembalinya bonda ke rahmatullah, dan juga dari cerita sahabat, saya turut sedikit sebanyak dapat merasakan kehilangan seseorang yang besar jasanya mendidik mentarbiyah anak bangsa. Apatah lagi pada mereka yang mendapat tarbiyah langsung daripada beliau...
Semoga Allah menempatkan mereka semua bersama para syuhada'. Ameen.
**********************************************************************************************************************
Berita ini semua seolah bertalu datang memberitahu untuk mengingatkan. Berita kematian, sungguh mengejutkan. Saya. Menyedarkan yang lena dan hanyut pada dunia. Mengubat kecewa dan duka hati pada dusta dan mungkir janji manusia. Melembutkan egois dan meleburkan amarah pada segala khilaf dan salah manusia. Menenangkan jiwa yang sesak pada dunia. Menginsafkan yang bersalut dosa. Mengetuk pintu taubat yang jika sebelumnya masih tertutup rapat.

Sungguh kematian itu suatu peringatan.. Ketika leka merancang rapi masa depan dan hari esok, yang padahal entahkan sampai entahkan tidak..sehingga terlupa pada kematian yang pasti datang. Sungguh kematian itu suatu peringatan, untuk menggunakan kesempatan yang masih diberi (malah berulang kali diberi-Nya) dengan sebaiknya. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan alpa dengan dunia…
Mengingatkan kematian itu sungguh menggerunkan saya… Bukan takut mati, ingin sangat terutama tika terasa putus asa dan penat dengan dunia. Tapi teringatkan amalan sendiri, sungguh belum bersedia.. Sering terdetik, 'kalau aku mati sekarang, bekalan apa, amal apa yang akan dibawa…'. Jadual daily mutaba'ahnya masih banyak kosong.. Allah, mengingatkan kematian, terasa kerdil dan hinanya diri…terkenang dosa menggunung tinggi ='( terlintas juga, 'bagaimana keadaanku, bila dan di mana aku akan diambil-Nya'. Doa supaya diri masih diberi kesempatan untuk memohon ampunan-Nya, dan tidak mengulang kesilapan silam... Dan seketika terfikir, bagaimana boleh belum bersedia lagi, sedang ia suatu yang dijanjikan pasti tiba pada setiap yang bernyawa. Kalau untuk exam, bukan main... mesti usahakan diri untuk bersedia. Walhal itu manusia yang uruskan.. Boleh ditunda-tunda. Sedangkan malaikat Izrail, diundang atau tidak, datang tanpa menunda walau sesaat… Namun persediaannya?? Astaghfirullah...
***********************************************************************************************************************
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)
Kematian mengingatkan bahawa kita bukan siapa-siapa
Kematian mengingatkan bahawa kita tak memiliki apa-apa
Kematian mengingatkan bahawa hidup hanya sementara
Kematian mengingatkan bahawa hidup begitu berharga
Seorang hamba Allah yang mengingat kematian akan senantiasa sedar bahawa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang harus dikembalikan. Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77,
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…”
dengan menyebut, “Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)
Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan memaknai kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.
**********************************************************************************************************************
-Kematian...bukan berakhirnya sebuah kehidupan, tetapi permulaan sebuah kehidupan yang abadi-
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami. " (QS al-Anbiya' 21:35)
"..Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
( QS Luqman 31:34)
"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(QS al-Jumu'ah 62:8)
Dan cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan..... buat saya dan kamu jua...
salam fie...
ReplyDeleteinnalillah...Islam kehilangan sebutir permata yang bersinar. Namun pemergiannya bukan suatu yang harus diratapi, tp harus dijadikan motivasi untuk membina seorg Fathi Yakan yg baru.
Wahai para mujahid mujahidah, angkatlah penamu dan berbaktilah!
good one fie!
waalaikumsalam wbt,
ReplyDeleteiman..betul,ia bukan untuk diratapi tapi sebagai pembakar semangat buat kita semua.. moga pemergian ust.fathi yakan memberi motivasi kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan beliau,insyaAllah. (byk lagi buku2 beliau yg belum baca...huhu).
dengan segala usaha syaitan yg cuba menyesatkan, doakan kita smua thabat di jalan-Nya....
thanks iman for dropped by ;)
'kakak' (hehe perasan muda),sy syg awak krn Allah =)
Assalamualaikum
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirrajiuun
I've just bought his book, "Kenapa Saya Memeluk Islam", last few weeks. And now am still enjoying reading it. Susah banget mahu habiskan, gelap nih hati ni... masya Allah. (geleng2)
Dengan kehilangan sebutir mutiara, bererti bertambah bilangan permata palsu yakni kaca. Aduyaii....orang menyanjung Obama????
Sahabat, saya mohon copy paste beberapa tulisan entry ni, sahabat seperjuangan baru sahaja menemuiNya, jadi speechless mode to write.. entry ni betul2 terkesan.. mohon copy..
ReplyDelete