Tuesday, April 26, 2011

Catatan Semangat Buat Diri

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh, sungguh lama tak jenguk rumah sendiri.. 6 bulan...setengah tahun tu! Hm macam-macam terjadi dalam kehidupan koas ni. Semakin lama, semakin dekat nak habis, semakin kurang pula semangat. Dan sendirilah mencari semangat yang hilang..

Bila penat, tak ikhlas dan malas pun datang. Tertanya diri sendiri balik kenapa nak jadi doktor? Doktor takde life. Penat..etc. Hm memanggg penattt kalau tak ikhlas, memang berat kalau tak minat.

Perlu mencari semangat balik. Saya fikir, betapa ramai kawan-kawan dulu yang nak jadi doktor. Nak ambil perubatan. Tapi Allah tak izinkan. Aku ni, banyak yang Allah dah bantu. Terlalu banyak.. walaupun ada ranjaunya, tapi alhamdulillah Allah permudahkan jalan ini. Walaupun banyak yang Dia uji, tapi nikmat yang Dia bagi lebih banyak tak terkira..sangat banyak...

Saat rasa tak ikhlas..saya fikir balik, ingatkan semula kepada diri 'kenapa aku nak jadi doktor?' Saya memang minat tentang sains, kesihatan, Islam.. tapi kenapa tak semangat belajar...kenapa cepat putus asa bila diuji sedikit??

Sekarang saya dah jumpa sesuatu yang menaikkan semangat saya belajar di sini dan belajar medik. Dalam kekecewaan datang ke sini, yang tak dinafikan masih ada sisa kecewa kemarin, saya menemui sesuatu yang berharga buat saya di sini. Alhamdulillah, ia mutiara ilmu buat
saya.. dan telah menambah impian saya suatu hari nanti. Saya menemui pengubatan cara Islam.. ya walaupun sumbernya datang dari Malaysia, tetapi saya tidak mendapatnya di sana. Saya mendapatnya di sini. Dan bak kata teman baik saya, ilmu Allah itu ada di mana-mana. Jangan sedih datang ke Indonesia. Alhamdulillah, saya rasa hikmahnya kini.

Memikirkan cita-cita, impian dan masa depan, membuat saya jadi semangat. Hanya saja perlu istiqamah..sebab semangat ni kadang naik turun. Bila turun, bukan senang nak naik balik..

Impian dan cita-cita nak ada klinik rawatan Islam sendiri suatu hari! hoho.Bi iznillah! Saya tahu, impian boleh jadi angan-angan kalau tak usaha. Dan Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang mengubahnya.

Semangat naik bila tengok orang yang tak belajar medik pun belajar perawatan cara Islam ni. Jadi, diri sendiri yang nak jadi doktor ni harus lebih menguasai... doktorlah yang harus perjuangkan ilmu Islam ni..sebab Islam itu selari dengan Sains. Doktor harus tunjukkan bahawa perubatan Islam bukanlah perubatan alternatif. Teringat kata-kata ustazah saya, "Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w bukan sahaja seorang Rasul, malah dialah doktor kita, doktor utama seluruh dunia." Sebab, banyak teknik pengubatan yang Rasulullah s.a.w amalkan dahulu, hari ini terbukti kebenarannya dengan Sains.

Nanti saya nak cerita pasal buku "Rasulullah is My Doctor". InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)