Sunday, September 19, 2010

Warna-warni Alam Sains Disebalik Solat Awal Waktu


Ingin berkongsi sesuatu yang sangat bermanfaat, hasil tulisan Ust.Zahazan, yang saya dapat di facebook.. sebenarnya dalam bentuk video, yang boleh dilihat di sini, yang mana ia lebih menarik sebab ada gambar dan sentuhan muzik..tapi sebab susah nak upload, berusaha jugak nak share isinya..sebab sangat informatif dari sudut sains.

Berkenaan dengan syariat Allah dan sunnah Rasulullah untuk kita menyegerakan solat, iaitu solat di awal waktu. Ini tidak lebih peringatan buat diri sendiri terutamanya, dan perkongsian untuk saling mengingatkan.

Ini dia...'Warna-warni Disebalik Solat Awal Waktu'

Setiap peralihan waktu solat
Sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
Yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam..



Waktu SUBUH

Alam berada dalam spektrum bewarna biru muda
Yang bersamaan dengan frekuensi tiroid
Yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
Ataupun terlewat secara berulang-ulang kali
Lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda
Tidak dapat diserap oleh tiroid
Yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(jaga daripada tidur).

Di sini juga dapat kita cungkil
Akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh
Tenaga alam pada tahap itu berada pada tahap yang optimum
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
Melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
Sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu ZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)
Dan kemudiannya warna kuning
Menandakan masuknya waktu Zuhur

Frekuensi warna pada waktu ini
Bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
Yang bersamaan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia
Yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan
Atau terlewatkan Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya
Akan menghadapi masalah di perut dan sifat cerianya.



Waktu ASAR


Kemudian warna alam akan berubah ke warna oren
Iaitu masuknya waktu Asar.

Spektrum warna pada waktu ini
Bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis
Yang merangkum sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar
Akan hilang daya kreativitinya
Dan lebih malang lagi kalau
Di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).

Tenaga pada waktu Asar ini
Amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib
Alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
Kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
Agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini (infra-red)
Menghampiri frekuensi jin dan iblis.
Dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
Amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang dalam perjalanan juga
Seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu)
Kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini
Yang boleh mengelirukan warna mata kita.
Rahsia waktu Maghrib ialah keyakinan,
Pada frekuensi otot, saraf, dan tulang.


Waktu ISYAK


Apabila masuk waktu Isyak
Alam berubah ke warna indigo
Dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian
Di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang selalu ketinggalan Isyaknya
Akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam kegelapan
Dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
Dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mulai bersinar
Dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu
Dimana ianya bersamaan dengan frekuensi
Kelenjar pineal, pituitary, thalamus, dan hypothalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
Dan dalam Islam, waktu ini dipanggil Qiyamullail.



Manusia kini sememangnya telah sedar
Akan kepentingan tenaga alam ini
Dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
Seperti tai-chi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke dalam tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur
Kerana telah ‘dikurniakan’ syariat oleh Allah s.w.t
Tanpa perlu kita memikirkan
Bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita
Bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya
Atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai Pencipta,
Kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


*******************************************************************

"Sesungguhnya solat itu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(QS al-Baqarah:45)


********************************************************************

Tak tahu nak ucap apa. Tiada kata selain pujian buat-Nya sebaik-baik Pencipta.

Subhanallah. Allahuakbar! Masya-Allah..Agungnya Allah.
Sungguh indah dan tersusun seribu hikmah setiap ciptaan Allah.

Untuk setiap syariat, ada penjelasan ilmu modern tiap satunya.
Ini syariat untuk solat di awal waktu bagi solat 5 waktu itu...
Kalau di campur syariat solat-solat sunat seperti Dhuha, solat sunat Rawatib yang mengiringi yang 5 itu, Qiyamullail.. pasti lebih banyak hikmatnya..kan. Wallahu'alam.


Indahnya Islam.. Solat, puasa.. ternyata telah banyak penjelasan mengenai kelebihannya dengan bukti dari Sains dan perubatan moden. Semuanya adalah untuk kebaikan dan nikmat kepada kita. Hanya kita yang tak ambik kesah..'take for granted' dengan agama sendiri.

*******************************************************

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut membawa apa yg berguna bagi manusia dan apa yg Allah turunkan dari langit berupa air lalu dgn air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan dan pengisaran angin dan awan yg dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berakal”. .

*******************************************************************

“…orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali ‘Imraan, 3 : 190-191)

***********************************************************



"Maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?".
Sangat menginsafkan diri yang sering alpa dan lupa untuk bersyukur. Astaghfirullah.. Ampunkan aku ya Allah.. Ighfirly ya Rabbi..


~Peringatan buat diri sendiri terutamanya, dan perkongsian untuk saling mengingatkan.

No comments:

Post a Comment

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)