Tuesday, April 3, 2012

After the graduation...

Assalamualaikum w.b.t..


It was a very long holiday for me after the graduation, which was on 29th December 2011 last year. I always thinking of writing and sharing the unforgettable memories of my journey during the 5 years study in Makassar, South Sulawesi, Indonesia..but sorry to say that I couldn't manage my time to write it (well, lame excuses as usual…huhu)

Today somehow I try to spend some time to write about the what-to-do after we graduated from medical school, and this is especially for overseas students, coz I'm not sure how does it works for local.
Okay, I'll be just straight forward:


Step 1: 
Register online dengan SPA di: http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I 
Orang kata biasanya SPA ambil masa lebih kurang sebulan untuk proses borang ni. So, for indonesian graduates especially, kalau habis awal sebelum tarikh wisuda dan angkat sumpah tu, baik isi borang ni dulu secepatnya sebelum wisuda. So that, by the time korang balik lepas wisuda tu, borang ni dah siap diproses dan korang boleh proceed to the next step.

Step 2: 
Print borang ni, Borang 4 http://humanres.moh.gov.my/v2/uploads/0a166585-19cf-31a9.pdf utk hantar kat MMC, Alamat: MMC Aras 2, Blok E1, Kompleks E, Presint 1, kementerian kesihatan malaysia, Putrajaya. # Boleh pos atau hantar by hand. Untuk lebih selamat, baik hantar sendiri je by hand. Sebab ada kes yang pos, tapi tak sampai ke MMC.

Step 3: 
Print borang BMD ni www.moh.gov.my/downloads/477 utk hantar ke KKM kat ARAS 9, BLOK E7, kompleks E, presint 1. Dokumen yang perlu dihantar bersama tu sama je jgk kat atas tu,cuma plus surat pendaftaran sementara yg MMC bagi selepas kita melapor diri/ menghantar borang 4 ke MMC.

Step 4: 
Boleh call je / pergi terus kat SPA di Putrajaya, untuk booking tarikh untuk interview..

p/s: 
1. Untuk hantar borang2 tu, dianjurkan supaya ada duplikat ijazah, in case ijazah belum/lambat keluar. Tapi faham2 la, biasanya dan normalnya memang lambat..huhu. So pergi ke Rektorat tingkat berapa ntah, sorry for that coz i totally forgot, minta tolong orang kat situ buat duplikat ijazah. Tapi kalau takde, boleh ganti dengan STL (surat tanda lulus), minta ibu Arni (for UNHAS) buatkan STL..
2. Apa2 dokumen salinan (ijazah, duplikat ijazah, transkrip result, STL, etc) daripada fakulti, tak perlu dapatkan cop pengesahan daripada dekan.. Sebab cop pengesahan dari luar negara, tak diterima di Malaysia. Tetap kena dapatkan cop pengesahan dari Malaysia. So, tak perlu minta Pak Ruslan amik cop dekan. Membazir duit, masa dan tenaga.. Ia Rp 5,000 per helai kertas yang nak disahkan. Huhuhu.
3. Semua urusan baik sebelum atau selepas interview, memerlukan gambar berukuran passport. Borang2 ni pun dah berapa gambar, masa pergi kursus induksi pun nak gambar, then masa melapor diri kat hospital nanti pun nak 5 keping gambar! So siapkan gambar passport sebanyak2nya. Kalau desperate tak cukup gambar, boleh je bagi gambar background merah yang indonesia tu, asalkan size passport.


Sebelum interview..
Be prepared dengan info2 pasal MMC/KKM.. Moto, budaya korporat, nama2 penting jawatan tertinggi dalam MMC, nama2 menteri yang berkaitan, belajar juga pasal isu2 semasa, revise balik ilmu medic..yang teori.. Especially pasal infectious diseases (especially denggi, malaria, TB etc) , dan kalau ditanya cita2 nak sambung belajar jadi apa/ amik specialist apa, be prepared untuk ditanya sedikit sebanyak pasal ilmu dalam bidang tu.. :)

Interview
Rasanya tak perlu kot cakap bab pakaian etc.. Standard la pakaian kena formal. Just nak bagitau dokumen yang perlu bawak.. Jangan lupa bawak IC n surat beranak yang asli, dan sijil2 asli yang lain selain salinan2 untuk semua tu.


Dan, take note this..sebelum masuk bilik interview tu kena tahu dulu siapa (pangkat) interviewer kita. Beliau tu Dato' ke, Datin ke, doktor ke, Dato' Seri ke, Datin Seri ke, Tan Sri ke..etc. Kami haritu interviewer kami berpangkat Datin. Beliau penjawat SPA, bukan doktor pun. Kami tak tahu pun, tapi nasib baik beliau baik. Bila ada interviewee panggil beliau 'Doktor', beliau cakap "panggil Datin je, saya bukan Dr". 
Okey ni lebih kurang yang saya interview haritu,.ingat2 gitu je sebab dah 2 bulan lepas..huhu

- Biasanya masuk kena perkenal diri, tapi interviewer saya ni peramah, jadi dia yang tanya.. nama apa, berapa orang adik beradik, asal mana, datang KL bila, dengan apa, stay mana, parents kerja apa etc.. So saya jawab je la satu2..sampai rasa macam sembang biasa je plak,. Dan oleh sebab beliau memulakan perbualan dengan Bahasa Melayu, so balaslah dengan BM juga. Tapi kalau nanti interviewer kamu guna English, kena jawab dalam English tau. Ok, antara pertanyaan2 beliau yang saya masih ingat..
- Apa halangan/ masalah yang kamu hadapi semasa belajar di Indonesia? Bahasa? Doktor2/kawan2 bias tak? Affect pelajaran tak?
- Apa pengalaman yang tak dapat dilupakan masa belajar kat Indonesia?
-Pernah buat/terlibat dengan program Public Health tak? Program apa yang dibuat tu? - Saya jawab saya buat kempen (penyuluhan) pasal TB (well, reka je huhu sebab dah baca sikit pasal TB sebelum interview..hehe). So sebab saya dah jawab TB, dia tanya.. Apa je yang awak bagitau pasal TB? Apa tanda/gejala2 TB? Siapa yang berisiko? Macam mana nak check / menegakkan diagnosis TB? Pengubatan macam mana..? Apa ubat-ubat TB?  Bagi ubat2 tu untuk berapa lama?
- Apa moto KKM?
- Tahu tak apa budaya korporat KKM?
- Mintak hospital mana? Kenapa mintak situ?

Seingat saya tu je la yang ditanya..macam sembang2 je pun.. Tapi sebenarnya interviewer kami ni skema juga la,..sebab ada interviewer yang lain sekejap je, dalam 5 minit, dan tak tanya papepun..setakat sembang2..ada kawan saya yang dapat interviewer 'senang' tu ditanya bila nak kahwin, pastu dia siap nasihat tak payah kahwin masa Houseman, dan nasihat jugak calon2 suami yang sesuai. Hoho. Interviewer kami di bilik G je agak lama. Saya saja hampir setengah jam.. Beliau je yang tanya detail dan beza2 'model' soalan dia. Ada kawan saya yang beliau tanya pasal isu semasa, ada yang beliau bagi kes2 tertentu, dan tanya bagaimana penanganan kita kalau dapat kes macam tu..etc. Apa-apapun tetap kena siapkan diri untuk interview dan selawat banyak2, bacalah Rabbi yassir walaa tu'assir sebelum melangkah masuk bilik interview.  Insyaallah semuanya selamat :)

Selepas interview
Boleh call SPA untuk tanya lulus/ tidak. Biasanya keesokannya dah dapat tahu. Kalau lulus, tunggu pula surat pelantikan ke perkhidmatan awam daripada SPA. Dalam surat tu akan bagitau kita kena buat medical check-up,dan angkat sumpah di mahkamah (angkat sumpah n medical check up free je kalau buat di hospital kerajaan dengan syarat kena bawa/tunjuk surat tawaran pelantikan daripada SPA) Dan lepas tu dapat pula surat pelantikan oleh KKM dan surat untuk pergi kursus induksi oleh KKM.. Semasa kursus akan diberi surat penempatan kita dapat posting kat hospital mana, dan boleh buat surat rayuan kalau nak.  Tapi belum tentu dapat hospital yang kita rayu tu, dan malah mungkin akan diberi hospital lain yang langsung kita tak minta pun. huhu. Biasanya sehari selepas kursus, terus kena melapor diri di hospital tersebut.
Ok I think I have stated all the important things that you guys need to know. May this little effort of mine gives benefit to you.. All the best!! :)




3 comments:

  1. fir, congrats...
    dah rasmi jadi dr...
    Thanks for useful info..
    senang & tak teraba2 cari arah tuju balik msia nanti...
    Selamat berbakti balik Malaysia &jadi dr.muslim yang baik..(",)

    ReplyDelete
  2. tqq ada!! terkezut juga ada orang jauh datang mengomen sini..huhu.
    you are welcome.. tu la rasa nak share jugak pasal ni supaya orang lain senang tak tertanya2 nak apa nk kena buat lepas grad tu..
    btw, fi ada update sikit utk bab interview tu,. harap2 berguna la tak banyak pun sikit..hehe
    ok ada, all the best..! nnt balik blh je nk meramaikan HO di HKB,. kak tasha pun duk situ ;)

    ReplyDelete
  3. Tenkiu fir..syg hg~

    ReplyDelete

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)