Assalamualaikum w.b.t,
Saya nak berkongsi pengalaman membaca novel ni .. saya bukanlah seorang yang suka membaca novel, ambil masa yang agak lama juga untuk habiskan sesebuah novel, malah ada yang tak habis-habis lagi sampai sekarang, tapi kalau novel itu tepat dengan selera, baca sampai habis tu dah jadi 'wajib'.. dan bila dah habis, rasa nak share jugak dengan orang lain.. sebab pada saya, sangat rugi kalau tak baca... sounds like exaggerating, but trust me that it's really worth reading. Thank you to Dini sebab sudi bagi pinjam beberapa hari... rasanya tak cukup baca buku orang punya je, sebab buku ni best sangat so I have to have one.
Oleh Dr.Farhan Hadi
- Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman) . Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu - isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita -cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?
Novel ini pada pengamatan saya amat sesuai kepada semua golongan dan semua pengajian, tetapi lebih diamati jika dibaca oleh bakal - bakal doktor Muslim. Terutamanya pelajar perubatan yang dah masuk Clinical Year, sebab dah ada sedikit sebanyak gambaran untuk kerja dan dah tak lama nak masuk alam Houseman (HO). Novel yang menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Malah, hukum faraied (pembahagian harta pusaka), nasab nama anak angkat, pun ada disebutkan. Menarik dan mantap,kan?
Pandangan peribadi saya mengatakan buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa, bukan sahaja yang dari golongan 'medik', atau ada latar belakang keluarga dan sebagainya kerana ia menyentuh dunia realiti masyarakat kita sendiri, contohnya remaja merempit, keluar malam, arak, dadah, hal-hal rumah tangga seperti suami jahat isteri jahil, abortion, kepercayaan karut dan banyak lagi tak tersebutkan di sini... dan sesuai judulnya 'Denyut Kasih Medik', antara isu yang dibangkitkan seperti mercy killing (euthanasia), solat masa operasi pembedahan, khatan perempuan, bab-bab O&G (air selusuh, perancangan kehamilan, etc), colostomy, dan banyak lagi tak tesebutkan.. Fiqh wanita disebutkan tentang urusan nikah walimah seperti isu mengenai mahar dan hantaran, majlis kenduri dan sebagainya. Bab-bab rumah tangga juga ada disebutkan, seperti suami mendidik isteri dan ibubapa mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang sepatutnya.
Tak dapat lah nak disebutkan satu per satu sebab banyak juga isu diutarakan, yang mana memang terjadinya pun dalam masyarakat kita. Tak lupa isu umat Islam di Palestin pun dibangkitkan juga. Penulis berjaya menjentik perasaan kita dengan teknik penceritaannya sendiri beserta fakta mengenai kepentingan memboikot sebarang bentuk perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi Zionis Yahudi. Novel ni taklah tebal sangat, tapi isinya padat dan menarik sebab disertakan langsung bukti dan dalil dari setiap hujahnya. Setiap halamannya pasti ada mesej yang hendak disampaikan. Memang besttt!
Saya merasakan perlunya seorang individu Muslim itu mengetahui sedikit sebanyak ilmu medik ini dan fiqh - fiqh yang berkaitan dengannya. Bagi bakal doktor, supaya kita tidak membuat keputusan yang salah kepada pesakit-pesakit kita, halal haram ubat-ubatan yang kita beri kepada mereka, tindakan perubatan yang kita ambil sesuai syariat atau tidak... tidak kurang bagi diri doktor itu sendiri untuk urusan solatnya misalnya dan juga hal-hal lain, serta bagi masyarakt am yang sekurang-kurangnya tidak tertipu apabila berurusan kelak.
Dunia hari ini menunjukkan kita kekurangan doktor, dikatakan nisbah doktor kepada pesakit ialah 1:1145, namun itu tidaklah terbahagi pula kepada doktor Muslim, Melayu, Cina,India dan bangsa lain. Eh, kenapa ya saya membezakan antara doktor Muslim dan Melayu? Kerana, pada amatan saya setelah membaca novel ini, berapa kerat sahaja doktor yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, tetapi benar - benar mengaplikasikan ajaran Islam dalam pekerjaan mereka? Dari kewajipannya sebagai seorang individu muslim, keluarga muslim , masyarakat muslim ? Carilah jawapannya ya. (from http://khazanahrahsia.blogspot.com/2010/03/denyut-kasih-medik.html)
Saya bersetuju dengan ulasan Dr Basil Towil, Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Serdang mengenai novel ini,
"Novel ini sesuai diijadikan rujukan bagi para doktor, dan staf hospital yang bertugas dalam konteks memahami cara aplikasi syariat di hospital. Saya mengesyorkan agar setiap doktor, staf hospital dan pelajar perubatan untuk memiliki novel ini, bahkan orang awam juga."
Juga ulasan oleh Prof. Madya Dr.Zamrin Dimon, Pakar Perunding Kardiotoracik, HUKM:
"Satu catatan pengalaman yang sangat baik dalam hidup. Tidak ada lagi bahan seperti ini. Boleh memberikan pengajaran dan pendidikan kepada pegawai perubatan, pesakit, dan masyarakat umumnya. Ianya juga membuka mata kepada masyarakat perihal kesungguhan staf kesihatan menjalankan tanggugjawabnya dalam konteks yang lebih luas iaitu kerja sebagai ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah."
Sedikit tentang penulis novel:
- Dr.Farhan Hadi bin Mohd Taib, dilahirkan pada 5 Oktober 1983 di Kuala Krai, Kelantan. Beristerikan seorang novelis Islami, Fatimah Syarha bt Mohd Noordin. Mendapat pendidikan awal di SRK Banggol Guchil dan seterusnya menyambung ke SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Mendapat housemanship training di Hospital Selayang. Kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam. Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009. Bekerja sambilan di Hospital PUSRAWI, Jabatan Kecemasan Hospital Selayang dan merupakan kolumnis majalah Solusi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
I'm really not good at review..but this is all I can do..huhu..
Komen-komen lain tentang novel ini boleh dilihat di http://www.goodreads.com/book/show/7890152-denyut-kasih-medik#
p/s: Overseas students sangat digalakkan membaca, terutama Indonesia bound, sebab banyak short terms yang digunakan dalam perubatan di Malaysia, disebutkan dalam ni... simple terms je, tapi kalau yang simple terms ni pun kita tak tahu..hm tak tahula,huhu.. contohnya AOR, CPAP, CMR etc..
Bagus juga kalau nak bagi sebagai hadiah..
Apapun kesimpulannya, sangat rugi kalau tak baca~ .. (^^,)v
Wallahua'lam.
@ doc nurira :
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam perjuangan.
Saya juga jarang membaca novel kerana genre ini sering tercemar dengan kisah cinta monyet remaja.
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Insya Allah saya akan mencarinya di pasaran selepas tamat peperiksaan minggu depan.
waalaikumsalam wbt.
ReplyDelete*likes perenggan pertama tu*
memang genre novel banyak dicemari oleh kisah monyet tu la, smpai tenggelam novel yg mengangkat tema2 lain seperti cthnya kekeluargaan dan yg mcm 'denyut kasih medik' ni.
Oh, sila2 la baca jugak..nanti buat review/sinopsis nya nanti... lepas tu boleh promote kat kenalan atau sedara2 yang ambil medik especially :)
salam perjuangan juga.
@ dr muda nurira :
ReplyDeletesaya pun nak berkongsi novel-novel ini
eheh macam2 la.. doc nurira la..dr muda nurira la.. boleh2. apa2 je la asal ada kaitan dengan nama sendiri. huhu
ReplyDeleteya ustaz shoutulhaq, thanks atas link nya. berminat! antara semuanya, cuma novel pertama je yg dah baca. huhu
@ k fir :
ReplyDeleteorang glamour macam ni la akak... ^_^
Novel Ustaz Maszlee Malik yang terbaik la setakat ini.