InsyaAllah nak mula balik usaha membugarkan tanah kat kebun ni..biar segar bunga-bunga mata pena (walaupun tak berguna untuk orang lain) hehe.. Bunga-bunga untuk ketenangan diri ini sendiri juga insyaAllah :)
Kebun ni terbiar selepas 3rd year. Kami di Indonesia ni, sebelum masuk 4th year kena lalui dulu yang dipanggil Kerja Kuliah Nyata atau lebih senang dipanggil KKN je. KKN ni pendek ceritanya macam khidmat bakti kepada penduduk kampung. Kampung yang memang jauuuhhh dari pusat bandar. Kira-kira 5 jam perjalanan. Saya berhajat nak berkongsi jugak cerita dan pengalaman sepanjang 8 minggu berkampung di sana.. Insyaallah...akan mencari waktu untuk itu.
Kemudian, habis KKN, kami yang berjaya masuk ke 4th yr pula akan 'wisuda', iaitu grad. Pelajar medik di Indonesia memang special. hehe. Kami akan grad 2 kali. Pertama sebelum masuk ke alam klinikal atau lebih dikenali di sini sebagai alam 'ko-ass' (asal kata dari 'co-assisstant' ; ko-asistant kepada doktor MO) dan kami akan lebih dikenali sebagai 'doktor muda' dikalangan pesakit dan perawat :) Kemudian kali kedua wisuda aka grad ialah setelah selesai 5th yr, dimana kami sudah bergelar doktor! (Besarnya amanah tu!)
Selama hampir setahun saya di tahun empat, saya berhajat mahu berkongsi juga cerita dan pengalaman saya selama itu.. Insyaallah, akan ditunaikan..cuma cepat atau lambat saja.hehe.Itulah yang terjadi sepanjang saya menyepi dari alam maya ini.. :)
Hajat di hati tak mahu lagi kebun ini tertinggal sepi.
Insyaallah sedaya upaya apa mampunya mengisi taman ini dengan berbagi pendapat dan pengalaman diri.
Sekian, buat masa ini..sampai jumpa lagi! ^^,
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)