Sunday, September 19, 2010

Warna-warni Alam Sains Disebalik Solat Awal Waktu


Ingin berkongsi sesuatu yang sangat bermanfaat, hasil tulisan Ust.Zahazan, yang saya dapat di facebook.. sebenarnya dalam bentuk video, yang boleh dilihat di sini, yang mana ia lebih menarik sebab ada gambar dan sentuhan muzik..tapi sebab susah nak upload, berusaha jugak nak share isinya..sebab sangat informatif dari sudut sains.

Berkenaan dengan syariat Allah dan sunnah Rasulullah untuk kita menyegerakan solat, iaitu solat di awal waktu. Ini tidak lebih peringatan buat diri sendiri terutamanya, dan perkongsian untuk saling mengingatkan.

Ini dia...'Warna-warni Disebalik Solat Awal Waktu'

Setiap peralihan waktu solat
Sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
Yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam..



Waktu SUBUH

Alam berada dalam spektrum bewarna biru muda
Yang bersamaan dengan frekuensi tiroid
Yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
Ataupun terlewat secara berulang-ulang kali
Lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda
Tidak dapat diserap oleh tiroid
Yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(jaga daripada tidur).

Di sini juga dapat kita cungkil
Akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh
Tenaga alam pada tahap itu berada pada tahap yang optimum
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
Melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
Sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu ZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)
Dan kemudiannya warna kuning
Menandakan masuknya waktu Zuhur

Frekuensi warna pada waktu ini
Bersamaan dengan frekuensi perut dan hati
Yang bersamaan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia
Yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan
Atau terlewatkan Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya
Akan menghadapi masalah di perut dan sifat cerianya.



Waktu ASAR


Kemudian warna alam akan berubah ke warna oren
Iaitu masuknya waktu Asar.

Spektrum warna pada waktu ini
Bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis
Yang merangkum sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar
Akan hilang daya kreativitinya
Dan lebih malang lagi kalau
Di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).

Tenaga pada waktu Asar ini
Amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib
Alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
Kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
Agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini (infra-red)
Menghampiri frekuensi jin dan iblis.
Dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
Amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang dalam perjalanan juga
Seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu)
Kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini
Yang boleh mengelirukan warna mata kita.
Rahsia waktu Maghrib ialah keyakinan,
Pada frekuensi otot, saraf, dan tulang.


Waktu ISYAK


Apabila masuk waktu Isyak
Alam berubah ke warna indigo
Dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian
Di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang selalu ketinggalan Isyaknya
Akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam kegelapan
Dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
Dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mulai bersinar
Dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu
Dimana ianya bersamaan dengan frekuensi
Kelenjar pineal, pituitary, thalamus, dan hypothalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
Dan dalam Islam, waktu ini dipanggil Qiyamullail.



Manusia kini sememangnya telah sedar
Akan kepentingan tenaga alam ini
Dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
Seperti tai-chi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke dalam tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur
Kerana telah ‘dikurniakan’ syariat oleh Allah s.w.t
Tanpa perlu kita memikirkan
Bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita
Bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya
Atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai Pencipta,
Kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


*******************************************************************

"Sesungguhnya solat itu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(QS al-Baqarah:45)


********************************************************************

Tak tahu nak ucap apa. Tiada kata selain pujian buat-Nya sebaik-baik Pencipta.

Subhanallah. Allahuakbar! Masya-Allah..Agungnya Allah.
Sungguh indah dan tersusun seribu hikmah setiap ciptaan Allah.

Untuk setiap syariat, ada penjelasan ilmu modern tiap satunya.
Ini syariat untuk solat di awal waktu bagi solat 5 waktu itu...
Kalau di campur syariat solat-solat sunat seperti Dhuha, solat sunat Rawatib yang mengiringi yang 5 itu, Qiyamullail.. pasti lebih banyak hikmatnya..kan. Wallahu'alam.


Indahnya Islam.. Solat, puasa.. ternyata telah banyak penjelasan mengenai kelebihannya dengan bukti dari Sains dan perubatan moden. Semuanya adalah untuk kebaikan dan nikmat kepada kita. Hanya kita yang tak ambik kesah..'take for granted' dengan agama sendiri.

*******************************************************

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut membawa apa yg berguna bagi manusia dan apa yg Allah turunkan dari langit berupa air lalu dgn air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan dan pengisaran angin dan awan yg dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berakal”. .

*******************************************************************

“…orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali ‘Imraan, 3 : 190-191)

***********************************************************



"Maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?".
Sangat menginsafkan diri yang sering alpa dan lupa untuk bersyukur. Astaghfirullah.. Ampunkan aku ya Allah.. Ighfirly ya Rabbi..


~Peringatan buat diri sendiri terutamanya, dan perkongsian untuk saling mengingatkan.

Saturday, September 18, 2010

Sabar dan Syukur ;)



Hidup ibarat roda. Adakala kita di atas, ada kala di bawah.

Hidup ibarat cerita. Ada berita gembira, ada berita duka.

Sabarlah kita bila diuji biarpun pahit tidak terperi,

Syukurlah kita bila dianugerahkan biarpun tidak sampai apa yang dihajati.

Biar apapun yang Dia beri. Anggap itu hadiah keimanan daripada Yang Maha Tinggi.


Justeru wahai teman-temanku sekalian, kalimah sabar dan syukur itu seharusnya diabadikan dalam kamus hidup seorang muslim yang mempraktikalkan imannya. Manusia tidak lepas dari menginginkan yang terbaik dalam hidupnya. Mahu akademik cemerlang, kerja besar, rumah besar, gaji besar bahkan apa sahaja yang pasti terbaik untuknya.Namun akan ada ujian demi ujian buat sang hamba.

Ajaibnya sang hamba bila dia beriman. Tanpa iman masakan akan lahir sabar dan syukur. Itulah tanda manusia hebat.

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."

( Riwayat Muslim)


Sabar itu buah iman

Ya, sabar itu adalah buah iman. Indahnya peribadi si muslim bila dia bersabar. Itu tanda dia benar-benar beriman pada Allah,beriman pada qada dan qadar Allah. Sabar tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah."

(An-Nahl : 127)

Mukmin yang sabar dengan kehilangan dan kegagalan, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik. Firman Allah,

"Sebenarnya apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan"

(An-Nahl : 96)


Syukur, tanda kerendahan hati hamba pada Tuhan

Kita sentiasa meminta dan berharap dikurniakan Allah kejayaan, kesihatan dan kekayaan. Namun bukan segenap sudut Allah kurniakan pada kita. Kadangkala tidak mencapai target yang kita inginkan. Namun dibandingkan dengan orang lain, sebenarnya kita jauh lebih baik. Bak kata orang tua, mahu bersyukur lihat orang yang jauh lebih teruk Allah uji. Mahu buang rasa sombong lihat orang yang jauh lebih baik dari kita. Syukur berarti tidak hanya dalam hati mengakui tapi juga dalam perwatakan kita.

Sudahkah kita bersyukur hari ini? Atas nikmat segalanya dari DIA?

Masih bernafas. Masih bisa melihat, mendengar, merasa, berjalan, duduk, makan, tidur..

Nikmat sihat dan waras..tidak sakit mahupun gila. Nikmat muda. Nikmat lapang. Nikmat berwang, tidak fakir. Nikmat, Allah masih memperpanjang kontrak nyawa yang dipinjamkan kepada kita. Tapi kita....?

Atas segala nikmat yang diberi dan kita lupa, Allah menyedarkan kita dengan ayat-ayat yang disebut berulang-ulang kali dalam Surah ke 55; ar-Rahman : "Maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?"





Thanks Sha for sharing =)


Friday, September 10, 2010

Salam lebaran

Hari ni 1 Syawal 1431H. Menyambut lebaran kali ini di Makassar saja. Memang tidak terasa seperti mahu raya. Pertama, mungkin sebab 'dah besar', sedih meninggalkan Ramadhan itu lebih terasa dan sudah tidak semangat macam anak-anak yang sangat suka raya..dan kedua, sebab raya di perantauan..jauuhhh dari keluarga dan sanak saudara. Sayu juga hati di malam dan pagi Syawal.. teringat keluarga tersayang terutama mak dan ayah.. Kata orang, baru saja balik di akhir Sya'ban dan sempat puasa beberapa hari di awal Ramadhan, saya tidak perlu rindu lagi keluarga.. Tapi tidak, sebab pulang hari tu lah, rasa rindu bertambah-tambah..sebab balik hari tu dapat tahu perkembangan kesihatan ma, ayah dan perkembangan keluarga..

Ma, ayah.. walaupun jauh tapi tetap rinduu..nak balik :'(
Boleh saja nak balik, sebab department Public Health ada je cuti. Cuma kerja research belum selesai dan tiket kalau nak beli tergesa-gesa, mahalnya minta ampun.. dan ada urusan imegresen juga..
Demi tidak mahu posting saya di department ini di 'extend' kan, saya lebih rela tidak balik.Daripada kena extend di sini, lebih baik extend di Surgery ke, Obgyn ke... dapatlah tambah skill sikit..
Apapun, sebenarnya demi mak ayah juga saya tidak balik.. Saya tidak mahu berlama-lama di bumi Makassar ni. Mahu cepat grad, cepat balik dan tinggal dengan keluarga..
Di Makassar ni pun bukannya bersuka ria datang saja-saja. Datang untuk menuntu ilmu. Adat menuntut ilmu, ujian itu untuk menambah ilmu dan pengalaman. Saya kuatkan semangat dan cekalkan diri! InsyaAllah, saya percaya janji Allah bahawa selepas setiap kesusahan itu, ada kemudahan.

Salam aidilfitri buat yang mengenali diri..
Dari lubuk hati yang ikhlas, kemaafan di minta. Insan biasa tak lepas dari silap dan salah. Moga yang silap dan salah itu musnah. :)
Dan bermaafan itu lebih mulia.. Lupakanlah sengketa lama.
Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin ye! =)



p/s: Berketawa ria di hari raya, teringat anak yatim, fakir miskin dan saudara seagama di bumi Palestin sana.. bagaimana perasaan mereka di hari raya. Kita hanya sedih tak dapat balik beraya bersama keluarga dan sanak saudara, tapi mereka? Allah..alhamdulilah! Terasa besarnya nikmat Syawal yang diberi. Syukur nikmat ini walaupun raya sebagai perantau tak seberapa.


Allahuakbar! Alhamdulillah, walaupun apa adanya, tapi dengan melihat yang 'dibawah' itu lebih menginsafi nikmat yang diberi buat diri sendiri. Astaghfirullah..

Tuesday, September 7, 2010

Kesempitan yang menghimpit


Jiwa sekarang terasa sesak dengan 'kesempitan' yang melanda serasa dari segenap sudut. Terasa berat beban terpikul walaupun jauh dihati tahu ia taklah seberapa, dan tahu DIA tidak akan membebani diluar kemampuan diri ini. Tapi tetap sesak..dengan tanggungjawab yang banyak, terasa semua menghimpit di saat yang kian menyempit ini.


Sesungguhnya diri ini banyak tanggungjawabnya....dan semakin hari terasa ia makin menghimpit. Terasa sangat bersalah, bila mana semua tanggungjawab ini -sebagai hambaNya, sebagai anak, kakak, adik, sebagai pelajar yang 'meminjam' wang rakyat, sebagai 'doktor muda' di sini sekarang- tidak digalas dengan baik. Banyak yang terlewatkan. Banyak yang tidak dilaksanakan, dalam setiap amanah yang dibawa itu. Allah...ini belum lagi ditambah amanah sebagai doktor dan amanah mengurus 'rumah yang bertangga' itu.

Sesungguhnya, segala kerisauan, kebimbangan, dan kesedihan ini, tiadalah tempat yang paling layak untuk saya adukan selain Allah. Seperti doa Nabi Ya'qub a.s, iaitu bapa kepada Nabi Yusuf a.s, adunya ketika bersedih atas apa yang telah menimpa anak kesayangannya, Yusuf,
"Ashku bathii, wa huzni ila Allah." Hanya kepada Allah, aku mengadu kesusahan dan kesedihanku." (QS Yusuf 12, ayat 86).

Allah, hanya Engkau yang memahami segala isi hati ini. Kepada-Mu aku bertawakal, kepadamu aku berserah diri. Bimbinglah aku, berikanlah aku petunjuk dalam setiap perkara yang akan dilakukan, baik dari sekecil-kecil perkara, hingga yang paling besar.
"Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami." (QS al-Kahf 18, ayat 10)

Mengingat peristiwa 2 tahun lalu, iaitu pada 17th May 2008 (masih ingat sebab di catat di buku), waktu berjalan-jalan melihat buku..mata terpandang sebuah buku kecil dan agak nipis, tetapi saya terkejut kerana maksud ayat 86 surah Yusuf itu menjadi judul sebuah buku. Judul yang tertulis 'Kuadukan Segala Gundahku pada-Mu' itu, terus saya ambil, mencari kalimat-kalimat berharga darinya. Tertulis 'kala semua jalan terasa buntu dan setiap kunci terkunci rapat, bergegaslah menuju Rabbmu, tancapkan ketabahan dalam jiwa, berdoa dan solatlah, kerana semua itu adalah pintu menuju kemudahan'. Alhamdulillah, ada juga buku ni. Allah tahu saya perlu dan Dia mempertemukan!


Buku ini memaparkan kisah bagaimana Nabi-nabi dan para sahabat berdepan menghadapi ujian Allah. Sungguh, lebih berat berbanding apa yang saya dan kita lalui. Tetapi kerana dalam dan tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah, walau seberat manapun diuji, tabah dan sabar menjadi ringan.

Dengan manfaatnya, saya harap semoga buku ini dapat menembus pasaran Malaysia.


Apapun, mengenai setiap ujian yang diberi, ayat ini juga dibiasakan menemani diri:
....Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." (QS al-Baqarah, ayat 256)


Semoga diri tabah mengharungi segalanya. Wahai diri, cabaran di dunia ni apalah sangat, di akhirat kelak lagi maha hebat! Allahuakbar. Astaghfirullah. Ighfirly ya Rabbi.

Sunday, September 5, 2010

Matahari terbit tanpa cahaya seakan bulan purnama

Bismillahirahmaanirraheem..

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini Ahad 5 September 2010 = 26 Ramadhan 1431H, maksudnya malam ini malam ke-27 Ramadhan..iaitu termasuk malam-malam ganjil yang diturunkan padanya al-Qadr, Lailatul Qadr..malam seribu bulan..

Bertahun saya menunggu agar saya bisa 'bertahan' sampai ke 10 terakhir Ramadhan, sebab sudah 2 tahun saya berhalangan.. Saya berharap peluang yang diberi tahun ini dapat saya gunakan sebaiknya... Saya mahu bertemu malam itu.. Saya mahu menagih keampunan dari Allah..atas dosa sepanjang dipinjamkan kehidupan ini. Malam itu malam yang aku bukan mahu meminta syurga, tapi yang utamanya hanya mahukan ampunan dari-Mu Allah..

Suka berkongsi artikel ini, dari salah seorang penulis kegemaran saya, Pahrol Mohd Juoi. Beliau semakin dikenali sekarang. Saya meminati tulisan-tulisannya..sebab ia halus dan menyentuh hati yang membaca. Saya juga memiliki buku beliau 'Zikir Fikir atau Fikir Zikir?" Best!

Dan ini, saya nak kongsi artikel Tanda-tanda Malam al-Qadr.. bagus tulisannya..


86195366 Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!” Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menenemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

****************************************

Tajuk entri ini adalah dari cerita sahabat Rasulullah mengenai fajar setelah Lailatul Qadr.

Saya juga nak share komen salah seorang pembaca tulisan ini di blog Ustaz Pahrol;

************

Salam sejahtera ustaz,

Bukan untuk saya merasa ujub tapi hanya sekadar berkongsi pengalaman dan untuk mendapat pandangan dari sudut kebenaran.

Pada tahun ramadan 2005,ketika saya pulang dari mengerjakan solat suboh.tiba tiba saya terpandang diufuk matahari terbit kelihatan jelas rupa bentuk matahari seperti bulan mengembang putih berseri .
Tetapi yang anehnya suasana sekeliling masih gelap gelita .Saya merasa begitu terkejut ,apakah ini bulan ka atau matahari?
Tapi kalu bulan itu tidak mungkin,sebab pagi tu bukan pertengahan ramadan tapi sudah sampir akhir hujung ramadan.
dan juga sekiranya bulan sudah pasti terdapat peta dipermukaannya.
tapi apa yang saya lihat hanya lah bulatan cahaya putih berseri seri.begitu juga bulatan yang saya lihat itu besar sebesar bulatan matahari diwaktu pagi.
Untuk mendapat kepastian, saya bertanya pada anak kecil saya samada ia pun melihat sperti apa yang saya lihat. ia pun mengaku benda yang sama.

Saya pun berfikir pagi ni,tentu ramai yang akan melihat dan terjadinya kekecohan sebab matahari keluar awal dari biasa dan tiada sinaran merah sperti dipagi hari biasa tapi sangkaan saya meleset .saya lihat semua orang seperti biasa saja .tiada cakap cakap pasal keganjilan yang berlaku dipagi hari tu samada di office ataupun kat surau .

sehingga sekarang saya masih tertanya samada betul ka apa yang saya lihat.
tu?. Apakah itu yang diceritakan oleh sahabat nabi Ubai bin Kaab tentang pagi lailatul qadar tu. “Matahari terbit tanpa cahaya seakan bulan purnama. Allah yang maha mengatahui .

benar kata uztaz yang pentingnya bukan mendapat malam lailatul qadar tapi kebaikan dalam diri tu sendiri.

Tapi syukur pada allah kerna memberi saya kekuatan,pada malam tersebut saya beribadat sepanjang malam.

Wassalam.


******************************

Sama-sama mengejar, dan mencari...bukan menanti.. insyaAllah

Wallahua'lam.


Saturday, September 4, 2010

Serumpun Dua Negara

Assalamualaikum warahmatullah..

Sekarang timbul lagi konflik Malaysia-Indonesia..entah kali yang ke berapa ya. Dari zaman sebelum kemerdekaan sampailah selepas berpuluh-puluh tahun kedua negara merdeka (dua2 merdeka zahir je... tetapi pemikiran masih dijajah Barat!). Misalnya isu TKI (Tenaga Kerja Indonesia), isu pulau Sipadan, blok Ambalat, lagu Negaraku@Terang Bulan, batik, kemudian tarian pendet, tak kurang isu Manohara, dan sekarang pula paling 'panas' - isu yang tercetus di laut perbatasan dua negara. Saya kata paling 'panas' sebab sampai rakyat Indonesia mahu berperang (kononnya). Jalur gemilang kita dibakar. Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang dan dilempar najis.... Astaghfirullahal'azim.. Semua ini pada saya gara-gara media mereka yang banyak membuat provokasi terlampau, yang memang akan membangkitkan amarah mereka yang tidak celik minda..percaya bulat-bulat apa yang disiar dan ditulis oleh segala bentuk media mereka.

Ada beberapa cerita yang berlaku dek kerana isu panas ini..Ringkasnya sahaja:

1- Saya ke kantor gubernur untuk mengurus surat izin penelitian (research). Saya memang sudah tidak memakai baju kurung sejak timbul isu ini. Malas. Dari jauh orang sudah tahu saya Malaysian. Jadi ke kantor ini pun saya pakai skirt labuh. Sampai di pejabat yang berkenaan, saya menyerahkan surat dari universiti dan proposal penelitian kepada pegawai di sana. Dia menerima dan membelek-belek proposal saya. Kemudian terus bertanya, "Kamu asal dari mana?"
"Dari Unhas, pak." Sudah tahu maksud soalan tersebut tetapi sengaja saya buat-buat tak faham.
"Tidak, maksudnya dari negara mana...aslinya apa?"
"Oh..saya dari Malaysia, pak." Ringkas je jawab. Dalam hati mula dah gugup.. 'kan kena apa-apa, aku dah la datang sini sorang-sorang.'
"Tidak, kerna namanya saya lihat kayak nama orang Malaysia..."
"Oh.." Mungkin dia sudah biasa dengan nama-nama Malaysia sebab bukanlah sedikit jumlah senior-senior kami yang dah datang ke pejabat ni atas urusan yang sama..

Bicara kami terhenti disitu. Tapi, pada masa yang sama ada seorang wanita usia pertengahan di depan meja pegawai tadi. Dia terus melihat saya selepas tahu saya Malaysian..dilihat pemakaian saya dari atas sampai bawah, lalu bertanya, "Kamu tahu isu bla2.. (apa yang dia sebutkan saya tidak tahu kerana dia menyebut singkatannya, mungkin DPI- Depertemen Perikanan Indonesia - haha, reka!)"
"Hah..? Tidak tahu, bu." Saya mematikan ayat di situ. Tahu, tapi memilih untuk cakap tak tahu untuk tidak memanjangkan perbualan yang boleh 'memanaskan' suasana yang tenang di situ.
Ibu tadi mungkin tidak puas hati dengan saya lalu menyambung, "Orang Indonesia marah sekali sama orang Malaysia.. mahu sweeping katanya.." Suaranya datar, tidak tinggi, dan nadanya pun seperti berjenaka, malah tersenyum lebar.
Saya tak tahu nak cakap apa..untung pegawai tadi tidak menambah apa-apa, dan dia hanya memberitahu bila saya boleh datang semula untuk mengambil surat izin penelitian. Urusan di situ pun selesai. Saya minta diri..cepat-cepat beredar dari situ..
Masih terngiang-ngiang kata-kata ibu tadi. Dalam hatiku 'nak sweeping kitorang.. Indonesian kat Malaysia lagi ramaiii...huh'

*****
2- Saya mahu ke central (tempat shopping, hehe) dengan kawan. Singgah sebentar di ATM Bank Niaga sebab kawan nak withdraw duit dulu. Saya tunggu di atas motor sahaja. Ada satpam (security guard) yang saya agak-agak macam kenal je..tapi takut tersalah orang, saya tidak tegur. Tapi dia yang duduk tidak terlalu jauh dari saya, telah sedar saya merenungnya dari tadi, lalu mendekati saya dan menyapa dulu, "Kenapaki, panas ya?" Sebab saya menutup muka dengan cermin helmet.
"Iye..panas sekali pak. Eh, bukan bapak bertugas di Karebosi kah?" Saya mengambil peluang untuk memastikan di mana sebenarnya saya pernah melihat bapak ini.
"Iye', di Karebosi, tapi sekarang di sini sebentar.. orang atasan mahunya saya di sini.. Kerna lagi 'panas' kan suasana sekarang..Mereka mahu saya menjaga sekitar sini."
Saya mengerti maksud 'panas' itu. Tidak lain tidak bukan mengenai isu konflik terkini dua negara itulah.
"Oooo..." Saya tak tahu nak cakap apa.
"Iya..katanya mahu ada demo di sini."
"Hah, iyakah pak? Mahu demo?"
"Iya..katanya sih. Kamu di kampus, baik-baik ji? Tidak ada senior-senior atau doktor yang 'begitu-begitu'?"
"Saya sudah koas (clinical year), pak. Tidak ada ji yang 'begitu-begitu'.. Baik-baik ji setakat ini, pak. Ada ji dokter yang mengerti, dia bilang, 'kalian datang ke sini kan mahu belajar, yang masalahnya itukan antara pemerintah..' "
"Oohh..iya, untuk belajar ji. Tapi kenapa harus ada masalah kayak ini ya..?"
"Itulah pak, seharusnya tidak begini.. Bila begini, Inggris (Barat) saja yang ketawa.. mereka kan suka lihat kita berpecah, toh." Saya tidak tahu mahu merespon apa, sebab waktu itu saya tidak tahu lagi kisah sebenarnya, full-story nya isu 'panas' tersebut.
"Iya, betul itu! Inggris yang ketawa.. seharusnya kita bersatu......"
Tidak sempat pakcik itu menghabiskan bicara, kawan saya datang, sudah selesai draw duit di ATM.
Saya juga tidak mahu lama di situ sebab cuaca memang tengah panas terik, saya meminta diri. Dia juga memahami, dan mengucapkan selamat jalan..

Kami menyambung perjalanan. Sudah mahu sampai di tempat tujuan, tiba-tiba kami dengar bunyi bising motor yang banyak...dalam hati, 'Adakah ini demo yang dikatakan bapak tadi?' . Kemudian sebuah lori kecil sarat membawa pemuda-pemuda yang membawa sepanduk..tidak sempat pula saya baca kerana ia bergerak. Pemuda-pemuda itu melaungkan sesuatu, telinga kami tidak dapat menangkap jelas apa yang dilaungkan..yang sempat kami tangkap cuma "Malaysia biadappp!!!" Kami berpaling melihat satu sama lain. Bukan kehairanan. Tapi ketakutan. Baru sebentar tadi bapak itu menyebut pasal demo, seperti sepantas kilat, terus terjadi di depan mata. Lega kami tidak memakai baju kurung hari itu.

dan betul, saya baru tahu! baca ni:
http://www.facebook.com/notes/ayunie-halim/pelajar-malaysia-di-macassar-perlu-berwaspada/146737308692398

***
3. Ada satu lagi kisah yang terjadi sewaktu saya bertugas di Poliklinik Unhas. Baru kemarin ceritanya. Tapi saya tidak mahu menceritakan dengan lebar sebab saya tak berapa dengar perbualan yang terjadi tetapi yang saya sempat dengar ialah, "soalnya di negara mereka (Malaysia) juga banyak orang kita."

***
4. Itu yang terjadi di realiti. Di 'alam maya' web Facebook pula tidak kurang 'panas'nya. Ada beberapa kenalan Indonesia yang memang semangat Nasionalisme nya tinggi, meng-update status mengenai konflik ini.. saya tidak terasa kalau mereka itu agak jauh dengan saya. Tapi mereka itu ada antaranya kawan clinical year saya, yang mana mungkin selepas ini akan ada kami selisih posting di department yang sama. Jadi, tidak enaklah suasana (bagi saya la) kalau dia sudah memandang serong dan mempunyai perasaan 'anti-Malaysia' itu. Tidak percaya dia yang kami kenal seorang yang 'celik minda' rupanya telah termakan provokasi media mereka dan menjadilah seperti orang-orang kolot yang lain...

*******************************************
Apapun, walaupun saya sendiri agak 'bengang' dengan situasi yang tegang di kalangan mereka yang kolot bersentimen anti-Malaysia itu, jauh di sudut hati saya, saya tetap mahu melihat dua negara serumpun ini, dan negara-negara Islam lain, bersatu... Bersatu seperti sebelum tahun 1924.. tahun kejatuhan Sistem khilafah Islamiyyah, sistem pemerintahan Islam. Selepas 1924, terbentuk negara-negara bangsa seperti sekarang.. Indonesia, Malaysia, Iraq, Iran, India, Pakistan, etc... dan Barat membawa fahaman Nasionalisme kepada dunia..

Video ini sungguh menarik dan membuka mata tentang sejarah yang tidak dipelajari waktu sekolah dulu... Ini sejarah dunia, sejarah kita!

http://www.youtube.com/watch?v=YRP7nhRYYiM


*******************

Dan saya nak share artikel ini, yang di dapat dari facebook..

*********************************************

Nasionalisme Perpecahan Umat Islam (Tanggapan Isu Konflik Indonesia - Malaysia)

Indonesia dan Malaysia adalah negara serumpun yang mempunyai banyak persamaan, sama-sama suku Melayu, sama-sama berbahasa Melayu, sama-sama mayoritas Islam, bahkan beberapa Pulau berbagi diantara dua negara. Perpecahan kedua bangsa terjadi karena ulah penjajah kafir Barat, Indonesia dijajah oleh Belanda dan Malaysia dijajah oleh Inggris. Sehingga disaat merdeka kedua bangsa membentuk negara masing-masing, meskipun banyak persamaan yang bisa menyatukan mereka dalam satu negara. Artinya, pemisahan kedua negara terjadi karena rasa nasionalisme yang memang telah diagendakan oleh penjajah kafir Barat.

Nasionalisme adalah ide bathil yang merupakan strategi Barat untuk melemahkan kekuatan Islam. Sehingga meskipun mereka mempunyai aqidah yang sama yakni Islam, tetapi perasaan bersaudara diantara sesama muslim menjadi pudar. Fakta minimnya rasa solidaritas sesama muslim, dapat disaksikan dari kurang pedulinya kaum muslimin dunia terhadap penjajahan dan pembunuhan oleh bangsa kafir terhadap kaum muslimin di Palestina, Afghanistan, Iraq, Moro-Philipina, Pattani-Thailand, Ambon-Indonesia, Uzbekistan, Chechnya, dll. Padahal konsep Islam: ”Innamal mu’minuuna ikhwah”, sesama mukmin bersaudara.

DR. Syafiq A. Mughni dalam “Sejarah kebudayaan Islam di Turki” menyatakan bahwa pada dasarnya bangsa Arab mempunyai ikatan nasionalisme yang kuat, kemudian datang Islam yang membawa konsep “ummah” yang mengesampingkan ikatan nasionalisme dan menyatukan dalam ikatan aqidah, Islam juga tidak mengenal batas wilayah.

Sayyid Quthb dalam ”Fiqih Dakwah” juga menjelaskan bahwa perjuangan Rasulullah saw tidak membawa-bawa nasionalisme. Rasulullah saw bisa saja menggunakan rasa Nasionalisme Arab dalam menyatukan penduduk Makkah, karena adanya ancaman 2 super power Rumawi dan Persia. Setelah penduduk Makkah bersatu (kaum musyrik Quraisy dan muslimin) maka Rasulullah saw mempunyai kesempatan luas untuk berda’wah dikalangan Quraisy, tetapi Rasulullah saw tidak melakukannya.

Rasulullah sangat membenci nasionalisme seperti ini, beliau memarahi sahabat yang menghina sahabat lain karena kebangsaannya, warna kulitnya atau sukunya. Beliau tidak membedakan Abu Bakar dan Umar yang Arab, Salman yang Persia, Shuhail yang Rumawi, Bilal yang negro (Habasyah Afrika), semuanya sama dihadapan Rasulullah saw. Islam hanya mengenal satu ikatan, yaitu Aqidah Islam. Hanya ikatan aqidah ini yang abadi, nasionalisme akan luntur ikatannya saat tidak ada lagi ancaman dari luar.

Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada ‘ashabiyyah (nasionalisme/sukuisme), orang yang berperang karena ‘ashabiyyah, serta orang yang mati karena ‘ashabiyyah (HR Abu Dawud).

Walhasil, seharusnya sesama muslim merasakan penderitaan muslim lain, apapun kebangsaan dan sukunya. Apalagi sesama muslim tidak boleh saling berperang, karena ketika dua orang muslim saling membunuh maka pembunuh dan yang dibunuh keduanya masuk neraka.

Apabila dua muslim berhadap-hadapan dengan senjata, maka pembunuh dan yang dibunuh keduanya di neraka. Aku (Abu Bakrah) berkata; ‘Wahai Rasulullah kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tapi bagaimana dengan yang dibunuh’. Beliau bersabda; ‘Iapun berdosa, karena telah bermaksud membunuh saudaranya’ (HR Muslim).

Seharusnya sesama muslim bersaudara dan menyatu dalam satu aqidah Islam, bahkan negeri-negeri kaum muslimin diseluruh dunia-pun seharusnya bersatu dalam satu pemerintahan Islam yakni Khilafah Islamiyah. Yakni sistem Islam yang telah diterapkan pertama kali di Madinah oleh Rasulullah saw, sistem Islam ini kemudian dilanjutkan oleh para sahabat utama (Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali) yakni Khulafaurrasyidin, kemudian dilanjutkan oleh para Khalifah dari Bani Umayah, Abassiyah (Iraq dan Mesir) dan terakhir Utsmaniyah di Turki. Kekhilafahan terakhir dihancurkan oleh Inggris melalui tangan seorang Yahudi Kemal Attaturk pada tahun 1924.

Telah lebih 80 tahun kaum muslimin tidak mempunyai satu kepemimpinan (Khilafah Islamiyah), sehingga kaum muslimin mudah dipecah-belah, dihina-dinakan, didzalimi, dikuras kekayaan alamnya, bahkan dibunuh tanpa mempunyai cukup kekuatan untuk melawan kafir penjajah. Kaum muslimin lemah karena bercerai-berai dalam banyak negara, bahkan sesama muslim sendiri bertengkar seperti kasus blok Ambalat antara Indonesia-Malaysia. Saatnya kaum muslimin menyadari bahwa perlunya bersatu dalam Khilafah Islamiyah dan diterapkannya hukum-hukum Allah swt dalam pemerintahannya, sehingga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya dan kita selamat dunia-akhirat.

Jikalau sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (Al-A’raf: 96).

Persatuan Ummat Islam atau Persatuan Bangsa (Nasionalisme)

Ketika Allah berbicara mengenai persatuan di dalam Al-Qur’an jelas bahwa yang dikehendaki ialah muncunya suatu kesatuan berdasarkan ikatan yang jelas dan hakiki. Allah tidak pernah menyuruh manusia untuk menjadikan hal-hal primordial sebagai sebab atau ikatan jalinan yang menumbuhkan persatuan antar manusia. Allah memang menyebutkan bahwa manusia diciptakan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun Allah tidak pernah menyuruh kita untuk menjadikan faktor suku atau bangsa sebagai faktor perekat. Eksistensi suku dan bangsa yang beraneka ragam di tengah pergaulan antar manusia merupakan sebuah fakta yang tak terelakkan, tetapi bukan berarti persatuan berdasarkan kesamaan suku atau bangsa merupakan persatuan yang dianjurkan apalagi diperintahkan oleh Allah maupun RasulNya.

Malah sebaliknya kita temukan sebuah hadits yang mencela persatuan sekedar berdasarkan fanatisme golongan, baik itu golongan berdasarkan kesamaan bangsa, suku atau warna kulit.

“Tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang menyeru kepada ashobiyyah (fanatisme golongan). Dan tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang berperang atas dasar ashobiyyah (fanatisme golongan). Dan tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang terbunuh atas nama ashobiyyah (fanatisme golongan).” (HR Abu Dawud 4456)

Islam mengajarkan ummatnya untuk menjadikan tali Allah sebagai faktor perekat antara satu sama lain sesama orang-orang beriman. Yang dimaksud dengan tali Allah ialah nilai-nilai yang bersumber dari ajaran sempurna Al-Islam. Islamic values merupakan satu-satunya sebab orang-orang beriman pantas dan layak bersatu dan berjamaah. Percuma kita meneriakkan slogan persatuan ummat Islam bilamana kita menyuruh mereka untuk mengikatkan diri kepada tali selain tali Allah alias ajaran Islam. Allah bahkan mengancam bahwa kondisi tercerai-berai pasti akan muncul bilamana kita berpegang kepada selain tali Allah.

”Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai...” (QS Ali Imran ayat 103)

Allah mengancam bahwa segala bentuk persahabatan, persekutuan, koalisi, pertemanan, perkoncoan, aliansi, kemitraan akan berakibat kepada saling bermusuhan kelak di hari berbangkit, kecuali bila menjalin persahabatan yang berlandaskan taqwa kepada Allah semata. Mereka yang menjalin hubungan semata berlandaskan taqwa kepada Allah akan akrab di dunia dan tetap akrab di akhirat.

”Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS Az-Zukhruf ayat 67)

Persahabatan yang berlandaskan taqwa kepada Allah seringkali disebut sebagai Al-Ukhuwwatu Fillah (Persaudaraan dalam/karena Allah). Mengapa? Karena mereka yang bersaudara karena Allah adalah orang-orang yang sadar bahwa sesungguhnya Allah-lah sebab bersatu yang hakiki dan abadi.

”dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS Al-Anfal ayat 63)

Orang-orang yang bersatu bukan berdasarkan tali Allah akan bersatu sebatas masih tersedianya ”kekayaan” yang mempersatukan mereka. Kekayaan merupakan simbol dari ”kepentingan duniawi” yang sifatnya sementara bahkan sesaat. Begitu kepentingan tersebut telah menghilang, maka mereka akan segera tercerai berai dan hilang kesatuannya. Bahkan tidak kadang perpecahan serta permusuhan akan segera tampak selagi masih di dunia tanpa menunggu datangnya hari berbangkit.

Sedangkan orang-orang beriman tidak pernah tertipu. Mereka sangat faham dan sadar bahwa segala kepentingan dunia sifatnya adalah kesenangan sementara dan menipu. Maka mereka tidak akan mau menjalin bentuk persatuan, perkoncoan, pertemanan, aliansi, koalisi atau apapun namanya kecuali bila jelas bahwa yang jadi sebab dan landasan bersatu adalah Allah semata. Sebab Allah adalah Dzat Yang Maha Hidup. Jika kita menyatukan diri satu sama lain hanya karena Allah, maka kita akan merasakan keakraban yang melampaui batas-batas ruang dan waktu, sebab sampai kapanpun dan dimanapun Allah tetap hadir dan mendampingi mereka yang bersatu karena Allah. Sekalipun sudah sama-sama meninggal dunia, namun kelak ketika dibangkitkan di hadapan Allah mereka yang saling bercinta, bersaudara serta bersatu hanya karena Allah akan mendapati Allah sebagai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di hari tersebut. Mereka tidak akan memiliki rasa takut, khawatir dan resah saat semua orang lainnya dalam keresahan dan ketakutan di hari Kiamat. Bahkan Allah akan menjadikan mereka sebagai orang-orang istimewa yang dibanggakan dan dilimpahkan cahayaNya. Sedemikian istimewanya kedudukan mereka sehingga menimbulkan kecemburuan dari para Nabi dan para Syuhada.

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat mereka yang bukan para Nabi maupun para Syuhada, namun para Nabi dan para Syuhada cemburu dengan mereka di hari kiamat karena kedudukan mereka di sisi Allah.” Sahabat bertanya:

“Ya Rasulullah, kabarkanlah kepada kami, siapakah mereka?

“Beliau bersabda: ”Mereka adalah kaum yang saling mencinta dengan ruh Allah, mereka tidak diikat oleh hubungan keluarga di antara mereka maupun harta yang mereka kejar. Maka, demi Allah, sungguh wajah mereka bercahaya, dan mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut saat manusia ketakutan. Dan mereka tidak bersedih saat manusia bersedih.” Lalu beliau membacakan ayat: ”Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa takut dan tidak bersedih hati.” (HR Abu Dawud 3060)

Saudaraku, sudah tiba masanya bagi ummat Islam, dimanapun dan kapanpun, untuk menyadari hal fundamental ini. Kita selama ini telah tertipu bila menyangka masih ada ideologi lain yang mampu mempersatukan manusia. Apapun nama ideologi tersebut. Oleh karenanya, marilah kita kembali meneladani sunnah Rasulullah Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam dalam segala hal, termasuk dalam hal menjalin ikatan persahabatan dan mewujudkan persatuan.

Ideologi Nasionalisme itulah yang sempit dan primordial. Kenapa? Karena ia hanya sibuk dengan satu bangsa saja dan mengabaikan bangsa-bangsa lainnya. Itupun masih kita pertanyakan ketulusan dan kesungguhannya memperhatikan nasib bangsa tersebut. Sedangkan Islam datang justeru untuk mempersaudarakan ummat manusia dari aneka latar belakang suku dan bangsa.

Lihatlah sejarah, bagaimana Islam telah mempersaudarakan sahabat Umar bin Khattab dari bangsa Arab, Salman Al-Farisi dari Persia, Shuhaib Ar-Rumi dari bangsa Romawi dan Bilal bin Rabah dari Ethiopia. Jika hari ini kita lihat bahwa persatuan ummat Islam sedang tidak tampak, barangkali suatu pertanyaan mendasar perlu diajukan. Benarkah ummat Islam dewasa ini secara jujur telah menjadikan tali Allah saja sebagai perekat untuk mewujudkan persaudaraan dan persatuan di antara mereka satu sama lain? Wallahua’lam bish-showwaab.

Ya Allah, sungguh Engkau tahu bahwa hati-hati kami telah berhimpun dalam cinta kepadaMu, bertemu dalam taat padaMu, bersatu dalam da’wah menyeruMu, saling berjanji untuk menolong Syari’atMu, maka kokohkanlah -ya Allah- ikatannya, kekalkanlah kasih-sayang di antaranya, tunjukilah jalan-jalannya, penuhilah dengan cahayaMu yang takkan pernah padam, lapangkanlah dada-dadanya dengan keutamaan iman kepadaMu, keindahan tawakkal padaMu, hidupkanlah dengan Ma’rifah akan Engkau dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkau-lah sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Penolong. Sholawat dan salam atas Rasulullah Muhammad. Amin ya Rabb.

Masihkah kita mempertahankan nasionalisme, yang memecah belah kita, sementara kaum kuffar telah menumpahkan darah saudara kita di muka bumi ini. Lihatlah keadaan kaum muslim Palestina, di Iraq, dan dinegeri muslim lainnya, siapa yang berani membela mereka. Sementara kita sibuk ingin bereperang dengan saudara kita sendiri ????

**************************************

Semoga aman damai dua negara ini, dan Palestin juga, serta negara-negara Islam yang lain.. Dan semoga Allah memberi saya dan kita semua kesempatan untuk merasai hidup di zaman sistem khilafah itu... insyaAllah..ameen!




Friday, September 3, 2010

Catatan sendiri:: Selayaknya Diuji.. [1]

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, sekarang dah masuk 5th year sejak 12 July 2010 lalu. Final year, years of tests and tears.. Department pertama yang saya pilih adalah Public Health, bahasa Indonesia nya Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM- sebut: e, ka, em). Jumlah posting di sini adalah selama 11 minggu. Saya pilih department ini sebagai department pertama saya untuk tahun akhir ni sebab pertamanya, sebahagian besar posting ini akan saya lalui pada bulan puasa. Saya mau menjalani ibadah puasa dan tarawikh seperti orang biasa, tidak mahu oncall... dan alasan keduanya, sebab department ini termasuk dalam department yang besar sebab postingnya selama lebih kurang 2 bulan..(paling sekejap posting ialah 4 minggu sahaja), jadi sebab terlalu lama di sini, saya tak nak otak saya beku dengan ilmu-ilmu medik kalau saya ambil department ini dihujung-hujung.. Orang lain mungkin tidak. Tapi saya cepat lupa.. jadi sayang kalau dah masuk department yang posting kat ward, pastu baru ambil department Public Health yang lama ni, takut saya mudah lupa yang dah belajar sebelum2 tu.. haish

Alkisahnya di setiap department itu ada dugaannya masing-masing. Department ini, satu-satunya department yang semua koass akan cakap santai je... duduk-duduk.. menunggu yang tak pasti...etc. Saya dah lalui semua itu.. ok, saya boleh laluinya, senang je. Tapi, entah kenapa malang (ish tak baik cakap macamni) rasanya bila dari awal masuk, dari 1st week sampailah sekarang (belum habis lagi, now 8th week) rasanya tidak putus-putus diuji dengan dugaan.. Orang kata santai, tapi saya sempat laa balik Malaysia 1 minggu.. walaupun ada alasan lain iaitu untuk renew passport, tapi antara sebab lainnya ialah sebab rasa dah tak tahan..stress.. mungkin juga sebab tak pernah cuti selama clinical 4th year.

*--------------------*----------------------*------------------------
Ini semua catatan-catatan untuk diri sendiri, bila dah keluar Public Health aka IKM ini, saya boleh recall balik 'kenangan' dugaan saya dapat dalam IKM ni.. "ternyata aku boleh laluinya...". Motivation sendiri..hehe.

Minggu 1 (1st week) - Saya terkejut bila melihat kawan-kawan yang masuk sama minggu dengan saya cuma 3 orang dari Unhas, 2 orang dari UMI. Yang 3 orang dari Unhas ni masing-masing batch '04, 05, '06 (saya). Dari Unhas cuma '04 sahaja lelaki. Yang dari UMI pula keduanya lelaki, dari batch 03 dan 04. Saya dah tak sedap hati, "macam nak ada masalah je nanti group minggu aku ni.." sebabnya, biarlah rahsia..hehe.

Tugas orang2 minggu 1 ni: kena pegang kunci ruangan (which means si pemegang tu kena la datang awal untuk buka pintu), dan wajib rotate sesama mereka untuk menjadi moderator/MC, timer, orang yang bertanya soalan kepada kawan-kawan minggu lebih senior yang membentangkan proposal research, hasilnya, dan juga waktu mereka exam pun kita mesti ikut, sebab salah sorang minggu 1 ni kena catat soalan2 examiner dalam buku khas 'soal-soal ujian'. huhu. Boleh kalau tak nak ikut, tapi sebab kena tanda tangan di log book untuk kegiatan setiap hari.. termasuk ada juga tanda tangan doktor untuk 'jawatan' yang kita terima hari tu, eg jadi MC ke, timer ke, yang bertanya ke...

Dugaan (tak seberapa pun sebenarnya): memandangkan saya yang paling muda (batch 06), sayalah yang sering menjadi mangsa untuk menjadi pemegang kunci.. haish. Masalahnya kalau ada aktiviti dalam tu takpe la, ni..yang pegang kunci kena datang pukul 8 pagi, tapi aktiviti IKM ni start paling awal pun pukul 10 pagi. Bayangkan betapa seksanya menunggu dari pukul 8.. itupun kalau ada aktiviti (eg ada pembacaan ke, orang exam ke). Kalau takde apa-apa, so duduk je lah sampai petang! Pukul 4. Buatlah aktiviti sendirian berhad.

Dugaan lain, yang ni agak menguji ketahanan emosi : Giliran menjadi moderator/MC, timer, pencatat soalan, etc. Aktiviti sepanjang minggu tu walaupun tak padat tapi agak padat la jugak bagi kami sebab jumlah kami yang sedikit ni.. So rotate punya rotate, tinggal saya je yang belum jadi moderator, untuk apa-apa aktiviti; exam, mahupun pembacaan proposal atau hasil. Alkisahnya satu hari tu, saya dipaksa.. dah la semua tu 'senior (walaupun yang batch 05 tu lebih muda dari aku..ish), jadi nak taknak, terpaksa la jadi moderator. Masa tu, moderator exam. Saya bukan tak nak sebab apa, tapi sebab utamanya ialah tak reti sangat nak cakap bahasa indonesia untuk sesuatu yang formal. Maksudnya tak tahu format ucapannya macam mana.. apa je yang kena sebut untuk jadi emcee orang exam ni...
Masa tu semuanya sepantas kilat..masing-masing tolak-menolak untuk jadi moderator dan akhirnya saya sudah duduk di kerusi moderator. Gugup sebab tiba-tiba blank. "Apa aku nak cakap bahasa Indo ni..apa formatnya?? Apa je kena cakap ni??..aduii"..
Selepas memberi salam semua, saya mahu menyebut nama orang yang nak exam tu dan tajuk research dia, tapi saya tak tahu...baru nak mengintai2 skripsinya di depan saya. Tak ready, sebab tak tahu kena jadi MC. Tiba-tiba saja orang paksa. Semua mata memandang kekakuan saya. "Dipersilahkan kandidat....err....err..." sambil mata menjeling2 skripsi yang ada namanya.. Belum sempat sebut nama yang nak exam tu, doktor yang menjadi examiner tu, lelaki, mengherdik saya: "Sebut namanya siapa! Apa judulnya! Massa jadi moderator tidak tahu!!" Saya dan hadirin yang lain terkejut yang amattt! Yang nak exam pun turut kena, "Kamu juga, sudah tahu mahu ujian tapi tidak siapkan siapa Moderatormu. Kasi tau awal-awal ke dia, apa judulmu.. Jangan hanya gara-gara dia (doktor berpaling ke aku, maksudnya akulah si 'dia' tu!), saya batalkan ujian kamu!..bla2". Saya tersentak. 'Ya Allah, aku jadi punca orang ni tak jadi exam. Aku punca doktor nak cancel kan ujian mereka. Allah, teruk sangat ke apa aku buat..'. Rasa nak menangis kat situ jugak. Depan-depan orang. Tapi nasib baik masih dapat tahan daripada menitis.. Saya memandang orang aka kawan-kawan yang menolak dan memaksa saya untuk menjadi moderator ujian. 'Ni semua salah korang sebab paksa aku. Aku dah kata dah aku tak nak jadi moderator. Aku tak tahu nak cakap apa!'. Saya tidak tahu dalam hati mereka ada rasa bersalah atau tidak..yang pasti, waktu itu saya hanya mampu berdoa semoga doktor tidak membatalkan ujian.
Setelah beberapa minit suasana sepi, doktor menanyakan soalan pertama kepada calon ujian tadi. Dalam hati aku 'Alhamdulillah ya Allah!'. Doktor tak jadi cancelkan ujian. Kalau tak... sah2 aku kena kutuk sebab menyusahkan hidupnya. Allah...hanya Dia yang tahu perasaan aku hari tu.


Minggu 2- Adalah minggu 'kesehatan dan keselamatan kerja (K3)'. Hari isnin minggu 2 semua harus melapor diri ke Dr.Sultan, specialist dalam bidang 'Occupational & Safety Works' ni. Semua kami hadir kecuali yang Unhas batch '04. Sudah tahu dr.Sultan itu orangnya tegas dan punctual, boleh pulak tak datang. Ye lah, mungkin memang ada halangan. Kerana kami semua tidak tahu alasannya kenapa dia tidak datang, jadi doktor terus cakap, "Penyakitnya koass...diare (diarrhoea), demam, sakit kepala, itu-itu saja.. Kasi tau dia, tidak usah masuk minggu ini. Minggu depan baru dia minggu 2." Kami semua tergamam. Itu keputusan muktamad doktor. Apa boleh buat. Doktor terus menghubungi kerani di kampus IKM untuk menghapus nama senior 04 itu dalam minggu kami. Dia kena tuming seminggu (extend seminggu). Bermakna, kami tinggal berempat.
Hari ini juga semua yang melapor akan di respon (tanya) oleh dr.Sultan mengenai K3 ini. Kami boleh menjawab soalan yang ditanya dengan melihat catatan, notes, handouts ke apa ke... asalkan jangan reka jawapan. Daripada reka, baik jawab "tidak tahu doc".
Alkisahnya hari ini, kami tidak dapat menjawab dengan tepat soalan-soalan yang ditanya. Ya lah,doktor nak jawapan dari slide yang dia ajar, sedangkan kami ambil notes dari bahan entah dari mana...internet mungkin.
Walaupun tidak tepat tapi hampir betul la jawapan saya dan kawan yang dari Unhas ini. Tapi yang dari UMI pulak la hai...semua pun salah, dan banyak yang tak boleh jawab. Doktor kata, "Kalian baca dulu. Sore (petang) nanti kita ketemu." Usai itu kami terus mengumpul bahan-bahan. Dan seawal jam 2 kami sudah menunggu doktor di luar pejabatnya. Duduk punya duduk. Tunggu punya tunggu sambil mulut duk menghafal jawapan yang agak-agak akan ditanya...tapi bayang doktor tak nampak. Kami sepakat, untuk tunggu sampai jam 4. Sebab kata kawan-kawan sebelum ni, petang-petang doktor ada di tempat prakteknya (klinik dia). Kami tidaklah pula masuk ke dalam pejabatnya untuk tanya assistantnya pasal doktor.. Dan kami tidak juga terfikir untuk pergi ke prakteknya... Jam 350, kami pulang..

Esoknya, hari Selasa.. majoriti antara kami terlambat datang. Saya sendiri hampir jam 830am. Saya orang yang ke-2 datang. Yang paling lambat datang, UMI, pukul 9.05am. Waktu saya datang, saya panik dan kaget sebab doktor dah datang! Tak tahu lah doktor datang pukul berapa.. tapi yang pasti, sepatutnya kami tak boleh datang lebih lambat dari doktor! Sebelum dia masuk ke pejabatnya, kami sepatutnya sudah ada duduk menunggunya di depan pintu pejabatnya. Saya sudah seram sejuk, sebab katanya teman semingguku, ada yang pernah dituming gara-gara datang lambat. Kami pula, bukan bermaksud nak datang lambat, cuma sebab semalan,hari isnin, doktor datang nak dekat pukul 10am, jadi hari ni pun kami bajet macam tu lah. Ternyata salah! Dan yang menjadi masalah pula, seorang lagi tak datang lagi!! Pelajar UMI '03. Yang kami dari Unhas ni nak masuk melapor dah, sebab dah lambat, tapi UMI '04 yang dah datang ni nak suruh tunggu senior dia. Takut katanya kalau tinggal seniornya. (Indonesia biasalah....memang sangat mengutamakan seniority mereka... tak laratttt!). Saya dengan beraninya kata, "OK, kita tunggu sampai paling lambat jam 9.15 (masa tu jam nak dekat pukul 9)..kalau dia tidak datang juga, kita masuk duluan." Alhamdulillah..orangnya sampai sebelum pukul 9.15am. Semua dah datang, kami pun masuk pejabatnya.

Kami berdiri di dekat mejanya doktor. Agak lama, hampir 10 menit kami berdiri tanpa di sapa walau sepatah pun oleh doktor. Kami meneka-neka sendiri, bahawa doktor marah. Doktor yang kami kenal, dia tidak suka menegur kalau marah, tapi dia secara sinis, melalui tindakan sahaja dia 'memberitahu'. Saya takut. Takut kena marah, dan kena tuming. Kemudian doktor bersuara, "Kemarin kalian tidak datang ya?". Kami ternganga. Seorang antara kami bersuara, "Err...maaf doc..kami datang doc, kami tunggu diluar sampai jam 4..Kami liat doktor tidak ada, jadi kami pulang jam 4 doc..".
Doktor terus bertanya kepada kerani assistantnya, "Kamu sampai jam berapa kemarin?"
"Sampai jam 6 sore saya di sini kemarin." Jawab assistantnya sambil melihat kami.

(to be continued...)