Friday, September 10, 2010

Salam lebaran

Hari ni 1 Syawal 1431H. Menyambut lebaran kali ini di Makassar saja. Memang tidak terasa seperti mahu raya. Pertama, mungkin sebab 'dah besar', sedih meninggalkan Ramadhan itu lebih terasa dan sudah tidak semangat macam anak-anak yang sangat suka raya..dan kedua, sebab raya di perantauan..jauuhhh dari keluarga dan sanak saudara. Sayu juga hati di malam dan pagi Syawal.. teringat keluarga tersayang terutama mak dan ayah.. Kata orang, baru saja balik di akhir Sya'ban dan sempat puasa beberapa hari di awal Ramadhan, saya tidak perlu rindu lagi keluarga.. Tapi tidak, sebab pulang hari tu lah, rasa rindu bertambah-tambah..sebab balik hari tu dapat tahu perkembangan kesihatan ma, ayah dan perkembangan keluarga..

Ma, ayah.. walaupun jauh tapi tetap rinduu..nak balik :'(
Boleh saja nak balik, sebab department Public Health ada je cuti. Cuma kerja research belum selesai dan tiket kalau nak beli tergesa-gesa, mahalnya minta ampun.. dan ada urusan imegresen juga..
Demi tidak mahu posting saya di department ini di 'extend' kan, saya lebih rela tidak balik.Daripada kena extend di sini, lebih baik extend di Surgery ke, Obgyn ke... dapatlah tambah skill sikit..
Apapun, sebenarnya demi mak ayah juga saya tidak balik.. Saya tidak mahu berlama-lama di bumi Makassar ni. Mahu cepat grad, cepat balik dan tinggal dengan keluarga..
Di Makassar ni pun bukannya bersuka ria datang saja-saja. Datang untuk menuntu ilmu. Adat menuntut ilmu, ujian itu untuk menambah ilmu dan pengalaman. Saya kuatkan semangat dan cekalkan diri! InsyaAllah, saya percaya janji Allah bahawa selepas setiap kesusahan itu, ada kemudahan.

Salam aidilfitri buat yang mengenali diri..
Dari lubuk hati yang ikhlas, kemaafan di minta. Insan biasa tak lepas dari silap dan salah. Moga yang silap dan salah itu musnah. :)
Dan bermaafan itu lebih mulia.. Lupakanlah sengketa lama.
Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin ye! =)



p/s: Berketawa ria di hari raya, teringat anak yatim, fakir miskin dan saudara seagama di bumi Palestin sana.. bagaimana perasaan mereka di hari raya. Kita hanya sedih tak dapat balik beraya bersama keluarga dan sanak saudara, tapi mereka? Allah..alhamdulilah! Terasa besarnya nikmat Syawal yang diberi. Syukur nikmat ini walaupun raya sebagai perantau tak seberapa.


Allahuakbar! Alhamdulillah, walaupun apa adanya, tapi dengan melihat yang 'dibawah' itu lebih menginsafi nikmat yang diberi buat diri sendiri. Astaghfirullah..

No comments:

Post a Comment

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)