Saturday, September 18, 2010

Sabar dan Syukur ;)



Hidup ibarat roda. Adakala kita di atas, ada kala di bawah.

Hidup ibarat cerita. Ada berita gembira, ada berita duka.

Sabarlah kita bila diuji biarpun pahit tidak terperi,

Syukurlah kita bila dianugerahkan biarpun tidak sampai apa yang dihajati.

Biar apapun yang Dia beri. Anggap itu hadiah keimanan daripada Yang Maha Tinggi.


Justeru wahai teman-temanku sekalian, kalimah sabar dan syukur itu seharusnya diabadikan dalam kamus hidup seorang muslim yang mempraktikalkan imannya. Manusia tidak lepas dari menginginkan yang terbaik dalam hidupnya. Mahu akademik cemerlang, kerja besar, rumah besar, gaji besar bahkan apa sahaja yang pasti terbaik untuknya.Namun akan ada ujian demi ujian buat sang hamba.

Ajaibnya sang hamba bila dia beriman. Tanpa iman masakan akan lahir sabar dan syukur. Itulah tanda manusia hebat.

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."

( Riwayat Muslim)


Sabar itu buah iman

Ya, sabar itu adalah buah iman. Indahnya peribadi si muslim bila dia bersabar. Itu tanda dia benar-benar beriman pada Allah,beriman pada qada dan qadar Allah. Sabar tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah."

(An-Nahl : 127)

Mukmin yang sabar dengan kehilangan dan kegagalan, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik. Firman Allah,

"Sebenarnya apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan"

(An-Nahl : 96)


Syukur, tanda kerendahan hati hamba pada Tuhan

Kita sentiasa meminta dan berharap dikurniakan Allah kejayaan, kesihatan dan kekayaan. Namun bukan segenap sudut Allah kurniakan pada kita. Kadangkala tidak mencapai target yang kita inginkan. Namun dibandingkan dengan orang lain, sebenarnya kita jauh lebih baik. Bak kata orang tua, mahu bersyukur lihat orang yang jauh lebih teruk Allah uji. Mahu buang rasa sombong lihat orang yang jauh lebih baik dari kita. Syukur berarti tidak hanya dalam hati mengakui tapi juga dalam perwatakan kita.

Sudahkah kita bersyukur hari ini? Atas nikmat segalanya dari DIA?

Masih bernafas. Masih bisa melihat, mendengar, merasa, berjalan, duduk, makan, tidur..

Nikmat sihat dan waras..tidak sakit mahupun gila. Nikmat muda. Nikmat lapang. Nikmat berwang, tidak fakir. Nikmat, Allah masih memperpanjang kontrak nyawa yang dipinjamkan kepada kita. Tapi kita....?

Atas segala nikmat yang diberi dan kita lupa, Allah menyedarkan kita dengan ayat-ayat yang disebut berulang-ulang kali dalam Surah ke 55; ar-Rahman : "Maka nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?"





Thanks Sha for sharing =)


6 comments:

  1. Alhamdulillah, entry bru akak sesuai dgn sy ^^,

    bru ni pon sy diuji cuma tdk lah sebesar ujian mereka yg dilanda musibah bencana, kematian dn sbgnya.

    sungguh sbr itu mmbawa kbahgiaan akhirnya. moga Allah sntiasa tetapkn hati ini penuh redha dgn stiap ujian-Nya. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. :) betul awin... sabar tu pahit, tapi buahnya sangat manis =)

    semoga Allah memberikan kita kesabaran yg cukup untuk kita menghadapi ujian yg diberi....

    ReplyDelete
  3. @ doc nurira :

    Assalamualaikum, salam perjuangan.

    salam Aidilfitri 1431 H...^_^

    Ape cer makassarians skg? kelakar tgk gambar Hammam (The Bath) di'edit' korg... ^_^

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam wbt,

    salam aidilfitri dan salam perjuangan juga..

    oh hm..malaysian macassarians sekarang semakin *maju*. bleh baca n komen post 'buat yang ku sayang' di blog k.maimanah..

    tau kan, masih ada junior 2010. ni awin kat atas ni batch '09. AJK IPEM lagi tuu..hehe


    oh, gmbr yg asalnya hammam tu tak tahu la pulak dari mana n siapa yg mengeditnya. hehe. post ni copy paste je...edit kat bwh je.. hehe.

    selamat hari raya bad,
    maaf kalau ada tersalah tersilap..

    ReplyDelete
  5. @ kak fir :

    Oh, saya dah baca dan ada terdengar juga. Semoga Allah bagi taufiq dan hidayah kepada kita dan mereka.

    Akak angkatan '10 ada masalah dengan MMC ke?

    Oh, baca tak habis. ^.^

    Selamat hari raya.
    Maaf zahir batin.
    Maaf jika sepanjang kita berkenalan saya ada buat salah dan silaptapi tak sedar.

    ReplyDelete
  6. ya ustaz bad,

    1. err bukan batch '10 yang ada masalah dengan MMC. maksud iman tu, students Malaysia kat sini yang belum selesai 100% lagi mengenai status recognition tu. Batch '10 ni dah takde JPA or MARA. diorang semua biasiswa Perdana Menteri yang diberi ke UiTM. So dorang semua dari UiTM.

    2. Takpe tak baca habis pun. takde pape pun. ini untuk peringatan diri sendiri je..supaya bersabar dan bersyukur.

    ReplyDelete

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)