Mengenang 29 Mei.. Ada apa dengan 29 Mei? Tarikh apa tu..?
Ia tarikh Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Kota Constantinople (kini Istanbul) pada 29 Mei 1453 selepas penantian 800 tahun sejak ia disabdakan Nabi s.a.w ketika Baginda menggali parit Khandaq.
"Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (HR Imam Ahmad)Mengenang tarikh kemenangan itu, bukanlah saya mahu menulis/copy paste :D lagi tentang biografi al-Fateh yang sudah sangat banyak dikongsikan di laman2 lain.. tetapi saya mahu berkongsi satu artikel yang cukup menarik pada saya, yang saya kutip daripada one of my must-visit blogs entitled 'Read, You'll Conquer The World'.
Ia tentang cara 'brainstorming' Muhammad al-Fateh dalam misi beliau untuk menakluk Contanstinople. Siapa yang mengetahui sejarah beliau, pasti mengagumi kehebatan Muhammad al-Fateh, anak muda yang berjaya menawan Kota Constantinople seawal usia 21 tahun!
Sebelum itu, ni ada sedikit petikan tentang peribadi beliau untuk menggambarkan kekuatan tarbiyah imaniyah Muhammad al-Fateh:
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Constantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Sultan Muhammad memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w bahawa Constantinople akan jatuh kepada tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
***********************************************************************************************
- Untuk lebih merasai sejarah ini, tontonlah animasi filem "The Conquest Of Constantinople". Sebuah animasi yang mengisahkan perjalanan hidup Sultan Muhammad al-Fateh dari awal remajanya sehingga baginda menakluk Constantinople.
-Boleh cari dvdnya, atau download saja dari youtube atau ziarah ke sini.
Yang belom tonton.. tengok jangan tak tengok! :)
***********************************************************************************************
VISI
Melunaskan sabda Nabi
MISI
Menawan Konstantinople dengan penguasaan Syariatullah dan Sunnatullah (sains ketenteraan)
HALANGAN
Rantai besi gergasi sebesar pemeluk menghalang kemasukan 80 buah kapal al-Fateh ke Tanjung Emas
IDEA (BRAINSTORM)
Idea pertama
Mengebom penjaga rantai besi gergasi dengan meriam ciptaan saintis Konstantinople, Urban.
Misi pertama GAGAL. Penjaga rantai besi berada di dalam bukit batu yang tidak mampu diletupkan meriam al-Fateh
Idea kedua
Memutuskan rantai besi dengan gergaji ciptaan saintis Konstantinople, Urban.
Misi kedua GAGAL. Rantai besi berada jauh di dalam air. 30 tentera al-Fateh syahid berkubur di dalam lautan kerana terbunuh dalam pertempuran akibat tentera Rom berjaya mengesan dengan loceng pada rantai besi apabila usaha tentera Islam menaikkan rantai ke darat.
Idea ketiga
Idea al-Fateh semakin gila. Rempuh rantai gergasi itu dengan 3 buah kapal sekaligus, lengkapkan kapal dengan kayu tebal dan tampalan besi kerana rantai gergasi telah diikat dengan ranjau besi, bila dilanggar, boleh membocor dan memecahkan kapal.
Misi ketiga GAGAL. Kapal-kapal al-Fateh dirempuh dan diserang oleh puluhan kapal perang Rome yang dihantar oleh Pope.
Idea keempat.
Al-Fateh tidak berputus asa. Kali ini, idea al-Fateh semakin pelik. 70 buah kapal Usmaniah mesti dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas dalam masa hanya 1 malam melalui bukit dengan jarak lebih 3 batu !!!
Idea keempat al-Fateh yang gila itu akhirnya BERJAYA.
Visi dan Misi Al-Fateh akhirnya berjaya dilunaskan selepas penantian 800 tahun sejak ia disabdakan Nabi. Bahkan, diriwayatkan Al-Fateh melihat Abu Ayyub Al-Ansari (sahabat yang melakukan percubaan pertama membebaskan Konstantinople) dalam mimpinya malu dan segan dengan kejayaan Muhammad al-Fateh.
Walaupun idea itu asalnya dilihat gila dan tidak waras oleh tentera Muhammad al-Fateh sehingga al-Fateh sendiri hampir-hampir berputus asa selepas 53 hari kepungan dilakukan ke atas kubu Byzantium itu, namun itulah cara berfikir Muhammad al-Fateh apabila berdepan dengan barriers peperangan dan lebih lagi barriers pemikiran. Al-Fateh akhirnya membuktikan bahawa "nothing is imposibble" apabila kita berada pada tahap keyakinan dan kejelasan kepada suatu visi (hadis Nabi tentang Constantinople) dengan tahap yang luar biasa.
Sesungguhnya cerita al-Fateh bukan tahyul sebuah kisah panglipurlara, atau kartun hulubalang dan pahlawan yang penuh kedustaan, atau sejarah yang sarat dengan keserabutan fakta yang tidak sahih. Ia adalah "the universal prove" yang tidak boleh disanggah oleh mana-mana manusia yang waras yang mengkaji peristiwa besar ini. Apa yang berlaku bukan kerana Al-Fateh mendapat "miracle" dari Tuhan, tetapi kerana memanfaatkan "miracle" yang Tuhan berikan dalam otak dan akalnya.
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib ini. Muhammad al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great !!!” - Ahli Sejarah Byzantine -
"Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukanlah satu cerita mengenai pencapaian individu, tetapi ianya adalah cerita tentang kuasa luarbiasa sebuah pasukan yang bersatu, berbakat dan bersiap sedia yang sentiasa komited dengan setianya kepada satu yang lain, juga kepada wawasan bersama mereka untuk ke penghujungnya. " - Stephen R. Covey, Tabiat ke 8, Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan.
***********************************************************************************************
Some articles recommended for further readings related to this entry:
~* Constantinople, Islambol, & Istanbul
~* Muhammad al-Fateh: Bagaimana baginda terbentuk
~* Sultan Muhammad al-Fateh dan pembukaan Istanbul
~* Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah
~* Perginya mendung hitam oleh sebuah kebangkitan Islam
Lain-lain web, boleh tanya big bosS G0Ooogle~ :D
***********************************************************************************************
- Masa agak semput ni nak menulis...ringkas je apa yang muncul di kepala...
- Keperluan critical thinking dalam brainstorming >> destroy the barriers, nothing is impossible, biiznillah.
- Sabda Nabi s.a.w bahawa kota Rom itu akan jatuh ke tangan Islam tidak akan berlaku tanpa usaha gigih daripada Sultan al-Fateh dan tentera2 baginda. Sungguh, janji Allah itu berlaku pada yang memegang Sunnatullah dan Syariatullah. (
- Kagum juga pada tarbiyah imaniyah dan latihan kempimpinan baginda sejak dari kecil...Subhanallah..
Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut;
"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyah."
- Bila teringat tentang Muhammad al-Fateh, semangat untuk Islam itu pasti membara dalam setiap orang yang mahu Islam ditegakkan di bumi Allah ini...tapi apa yang lebih penting daripada semangat itu ialah kesedaran, kefahaman, dan penghayatan terhadap semangat juang itu.. kerana itulah yang akan memberi 'kuasa' untuk menjana 'kemahuan' kita untuk bergerak ke arah yang lebih baik dari semalam dan hari ini, dan untuk bergerak dalam perjuangan itu sendiri. [pesan buat diri].
- Walaupun saya bukan pemuda, tetapi tetap malu sendiri pada al-Fateh...di usia sebegini baginda sudah menjadi negarawan dan pahlawan agung, tapi diri ini baru berenang ke daratan setelah lemas di dasar lautan dunia yang melalaikan diri... Ampunan-Mu kudamba, Allah..
Wassalam.
~ Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada..