One special thing in life is that we can always find precious thing among each unpleasantness.
**********************************************************************************************
Saya masih ingat lagi ketika mengikuti satu sesi ta’aruf di Indonesia ini, saya tak pernah sangka kami akan diajukan soalan ‘apakah kenangan paling manis anda?’. Soalan ini sangat terbuka iaitu tidak terhad kepada usia, masa, tempat dan sebagainya. Ia sekadar untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman. Sepatutnya sangat mudah la kan nak jawab. Tambahan pula jawapan perlu ringkas sahaja, tidak perlu dihuraikan kerana mahu menjimatkan masa ketika itu. Tapi saya agak terkedu sebentar kerana selama datang menuntut ilmu di Indonesia ni, tak pernah pula saya fikir betul-betul tentang kenangan paling manis saya. Yang terlintas di ruang fikir cerebrum saya ketika itu ialah ayat yang sudah sebati dalam diri saya iaitu ‘dapat belajar di KMB’~ (belajar je kat tempat orang pandai2 dan hebat2..tapi saya tak pun..)
Ya,walaupun soalan itu luas skopnya dan boleh je saya nak jawab yang di encephalon masa tu. Tapi saya sedar, sehingga saat catatan ini ditaip, banyak fasa kehidupan yang telah saya lalui. Terfikir ‘takkan itu je kot kenangan manis aku..’ Ya,memang ia pernah menjadi ‘juara’ dalam list kenangan manis saya, tapi sesuai dengan perjalanan masa dan peningkatan usia, serta pertambahan perjalanan yang telah saya lalui, isi dalam senarai kenangan manis saya seharusnya bertambah (logiknya dan sepatutnya begitulah. dapat kalahkan juara bertahan ke tak, itu lain kira..^-^) Saya masih ingat, semasa menuntut ilmu di MRSM dulu, kenangan sewaktu di sanalah ‘johan’ kenangan manis saya. Sebab di sanalah first time saya belajar hidup di asrama, dan suasana sekolah cara mrsm. Best! ~
Tetapi setelah menempuh pelbagai cabaran suka duka di KMB bersama teman-teman yang takkan terlupakan :), saya rasa di sanalah tersimpan kenangan paling manis dalam hidup saya.. yang akan saya semat kukuh dihati dan ingatan, insyaAllah. Kenangan di sana bersama kalian takkan dilupakan :)
Namun seperti yang saya katakan tadi, sesuai dengan perjalanan masa dan peningkatan usia, serta bertambahnya perjalanan, list kenangan manis saya telah bertambah. Dan..nak tahu apa saya jawab untuk soalan ‘apa kenangan paling manis anda’ semasa sesi ta’ruf itu? Ha.. Saya jawab ‘datang belajar di Indonesia.’ Dan ayat tambahan ‘baru rasa sekarang.’ Saya tahu ada kawan-kawan Malaysia lain yang terkejut mendengar jawapan saya tu. Terkejut sebab... erm,, yang pernah belajar dan pernah menjadi warga asing di sini fahamlah kot kenapa..hehe. Tapi, saya ada sebab saya tersendiri dengan jawapan tersebut.
Sebelum saya datang ke sini saya sendiri tak pernah sangka pun saya akan buat statement macam tu. Tapi betul kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Sebelum datang sini saya tak cinta pun Indonesia. (of course maa~) Tapi setelah datang ke sini..itulah yang saya dapat.. Cinta pada MUTIARA-MUTIARA yang saya kutip di Indonesia. Hah, memang ironi sekali dengan keadaan dan perasaan saya sebelum dan semasa awal sampai di sini.
- Mengimbas kembali sebelum dan detik awal kedatangan ke Indonesia.
Masih segar diingatan saya di awal kedatangan ke Makassar ni, pelbagai perasaan menghuni di lubuk jiwa. Sedih, kecewa, lemah semangat, frust, give up, tapi tetap pasrah dan redha..itulah perasaan yang bercampur baur dalam diri ini. Kenapa? Antaranya sebab saya mendapat banyak input negatif tentang negara archipelago ini berbanding input yang positif. Ada sebab-sebab lain lagi..tapi biarlah ia menjadi simpanan peribadi saya sendiri dan sesiapa jua yang telah mengetahuinya.
Percaya atau tidak, setahun pun belum cukup untuk mengubat perasaan negatif tersebut. Hanya Allah, keluarga, dan rakan-rakan terdekat sahaja yang memahami perasaan ketika itu. Nasyid ‘Pasrah Segalanya’ oleh kumpulan DeHearty itulah yang sering melayan perasaan saya ketika itu. Dan saya selalu juga membaca semula sms penguat semangat daripada salah seorang sahabat baik saya yang dihantar beberapa hari sebelum saya berangkat ke sini. Sehingga saat ini saya masih simpan sms itu :) Antaranya:
1- ‘….may be eire nampak grand tapi kalau bukan yang terbaik untuk kita Allah tak hantar ke sana jugak.. bla2.. kalau istikharah berat ke sana, go on. Jangan rasa ragu-ragu. Sebab antara benda yang tak menyesal kita buat ialah istikharah. InsyaAllah ada hikmah lagi besar tunggu kat sana.. semua pun bergantung pada diri sendiri.. jangan biar kita affected dengan cakap orang.. yang penting keikhlasan..’
2 –‘… satu lagi jangan fikir, ala result macam ni gi indo JE.. janganla rank tempat2 study.. ilmu Allah itu luas.. and Dia tak restrict western countries je tempat dapat ilmu paling best.. yang penting cara kita manfaatkan ilmu tu.. bla2.. hm yang penting diri kita.. ilmu yang kita nak kumpul balik kat Malaysia ni, gabung dengan kawan2 lain..’
Saya faham mesej-mesej tersebut. Bukan tidak mampu untuk difikirkan sendiri. Tetapi kerana sesuatu yang dihajati dan dipandang indah (tak indah sangat lah..hehe) oleh nafsu tidak dimiliki, emosi waktu itu mengatasi segala kerasionalan akal. (jot down sikit. Sahabat saya waktu tu, dia pun takde placement jugak lagi tapi dia tak nak datang sini..huhu. itu yang saya confuse juga.. erm, tapi saya mahu buat keputusan sendiri, tak nak ikut2 orang..:)
Memang bercelaru juga fikiran saya untuk membuat keputusan. Lebih-lebih lagi kami diberi tempoh yang singkat untuk memberi jawapan. Oleh sebab sangat buntu, ‘iktikad’ saya masa tu ialah kalau mak ayah saya kata tak payah pergi, saya tak pergi. Kalau mak ayah kata pergi, saya pergi. Tapi mak dan ayah menyerah kepada saya untuk membuat keputusan. Memang buntu. Namun saya bulatkan jua tekad untuk menerima tawaran daripada UNHAS walaupun perasaan ragu, keliru bercampur baur waktu itu.
Dan nak cerita betapa ragunya saya masa tu.. saya masih sempat meluahkan keserabutan saya pada mak sebelum saya check-in di kaunter Garuda di KLIA, “Ma….nak pergi ke tak ni...?”.
“Ngah fikir la betul-betul, kalau tak nak pergi, masih sempat lagi ni nak cancel.. Kalau ngah tak nak tak pe la..kita boleh balik.”
Emak memahami ‘ketidakmahuan’ saya ke sini. Ayah pula agak terkejut mendengar perbualan kami. Saya pula, masa tu saya fikir saya dah separuh jalan dah.. dah baaanyak proses dan prosedur daripada UNHAS dan MARA yang saya ikuti untuk membolehkan saya ‘terbang’ belajar di Indonesia. Takkan nak patah balik atau stop kat situ je. Kawan-kawan terdekat saya dan saudara mara juga datang untuk mengucapkan selamat jalan. Dah terlambat dah ni. Takpe la, pergi je la.. aku yakin pasti ada hikmah Allah nak bagi kat sana.. Mungkin itu yang terbaik untuk aku. Lima tahun tu sekejap je… itulah antara ayat-ayat untuk memujuk sendiri diri ni..
- Kini
Tapi hari ini, setelah hampir tiga tahun saya di sini, perasaan itu sudah terubat.. setelah melalui pelbagai episod hidup yang penuh suka duka, tangis tawa di sini yang mana telah menambah list kenangan manis saya.. (insyaAllah kalau diberi kesempatan, nikmat hidup dan sihat lagi, list itu pasti bertambah lagi dan lagi ^-^)
Pengalaman yang saya kutip di sini banyak mengajar saya erti kehidupan dan banyak mendewasakan saya. Pengalaman itulah menjadi guru terbaik untuk mengajar mengharungi kehidupan ke depan dan pengalaman itulah jua sedikit sebanyak menjadi polis untuk mengawasi diri di kembara ke penghujung. Dan antara apa yang menjadikannya paling manis ialah dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa dekat di hati..insyaAllah, kita dekat walaupun jauh~ ;) Yang dekat...moga ditautkan lagi hati-hati kita kerana-Nya. Dan dikurniakan sahabat-sahabat seperjuangan ini (selain keluarga tercinta), terasa hidup saya semakin bernilai dan bermakna kerana ada yang memerlukan dan menanti kami di hadapan sana insyaAllah.
-Reflection
Manusia memang cenderung untuk merasakan indah apa-apa yang disukai dan diingini. Kalau hati dan selera dah nak yang tu, nampak yang tu je la best, indah, sedap, baik, sempurna lah.. Tapi kalau hati dah tak nak, best macam mana pun orang cakap.. indah ke, sedap ke, baik ke, tetap tak nak.. Erm, firman Allah:
Tapi kita tidak tahu apakah yang disukai dan diingini itu baik untuk kita..
**********************************************************************************************
Saya masih ingat lagi ketika mengikuti satu sesi ta’aruf di Indonesia ini, saya tak pernah sangka kami akan diajukan soalan ‘apakah kenangan paling manis anda?’. Soalan ini sangat terbuka iaitu tidak terhad kepada usia, masa, tempat dan sebagainya. Ia sekadar untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman. Sepatutnya sangat mudah la kan nak jawab. Tambahan pula jawapan perlu ringkas sahaja, tidak perlu dihuraikan kerana mahu menjimatkan masa ketika itu. Tapi saya agak terkedu sebentar kerana selama datang menuntut ilmu di Indonesia ni, tak pernah pula saya fikir betul-betul tentang kenangan paling manis saya. Yang terlintas di ruang fikir cerebrum saya ketika itu ialah ayat yang sudah sebati dalam diri saya iaitu ‘dapat belajar di KMB’~ (belajar je kat tempat orang pandai2 dan hebat2..tapi saya tak pun..)
Percaya atau tidak, setahun pun belum cukup untuk mengubat perasaan negatif tersebut. Hanya Allah, keluarga, dan rakan-rakan terdekat sahaja yang memahami perasaan ketika itu. Nasyid ‘Pasrah Segalanya’ oleh kumpulan DeHearty itulah yang sering melayan perasaan saya ketika itu. Dan saya selalu juga membaca semula sms penguat semangat daripada salah seorang sahabat baik saya yang dihantar beberapa hari sebelum saya berangkat ke sini. Sehingga saat ini saya masih simpan sms itu :) Antaranya:
2 –‘… satu lagi jangan fikir, ala result macam ni gi indo JE.. janganla rank tempat2 study.. ilmu Allah itu luas.. and Dia tak restrict western countries je tempat dapat ilmu paling best.. yang penting cara kita manfaatkan ilmu tu.. bla2.. hm yang penting diri kita.. ilmu yang kita nak kumpul balik kat Malaysia ni, gabung dengan kawan2 lain..’
“Ngah fikir la betul-betul, kalau tak nak pergi, masih sempat lagi ni nak cancel.. Kalau ngah tak nak tak pe la..kita boleh balik.”
“ Dijadikan terasa indah pada pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik”
[QS Ali-‘imran 3:14]
“..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [QS al-Baqarah 2:216]
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya..." [QS al-Baqarah 2: 286]
~Itulah kisah saya.. untuk perkongsian, pedoman dan pengajaran, serta kenangan untuk diri sendiri. Kalau ada yang bermanfaat, ambillah. Kalau ada yang buruk, tinggalkanlah, ingatkanlah.
***************************************************************************************************
~What happen to you is not as important as what happen in you.
and 90% is how we react to it!
One special thing in life is that we can always find precious thing among each unpleasantness.
.........................................................................................................................................................................................
Patah sayap bertongkatkan paruh, namun terbang tetap diteruskan. [Patah hati? ;) ]
Ukhtie...walaupun dah hampir tiga tahun nti kat bumi bugis ni...akak tetap nak ucapkan ahlan wasahlan ke negara yg memberi seribu erti kenangan...di sini jugak akak mengerti tentang cinta ALLAH yang tiada tara...wallahu`alam..
ReplyDeleteluv u fillah....:)
:) pengalaman yg menarik utk ana ikuti..
ReplyDeleteeven ana sendiri ada kenangan manis dan pahit seawal melangkah ke bumi mesir ni..
tapi semuanya bila dikenangkn terasa indah dan berharga...
bersyukur lah kita seadanya... ^-^
Salam.
ReplyDelete@nurhidayah:
akak, tima kasih..sambut kedatangan fi di sini.. ;)
luv u fillah juga! sama2 lah kita mengingati dan menguatkan satu sama lain ya..
dedicated to u n mujaheedin out there..
- di medan ini kita melangkah,
penuh onak dan berliku pasti,
walau diburu, kita kan gagah..tidakkan goyah,
demi satu destinasi itu yang abadi.
ameen, insyaAllah.
"la takhof wa la tahzan..
innAllaha ma'assobiriin.."
;)
Salam,
ReplyDelete@sinar_islami:
sha, tima kasih kongsi cerita kat sini ;)
owh, ukhti pun ada kisah pahit ke masa awal dtg sana? akak ingat semua yg pergi belajar di bumi anbiya' sana dapat yg manis2 semua ^-^
apapun semuanya ada hikmah tersirat disebalik setiap yg tersurat kan.. semuanya bergantung pada cara kita memandang dan menilainya kan? ;)
btw, sha amik ape ya kat mesir sana?
salam perjuangan...
ReplyDeletewah...perkongsian menarik... :)
p/s: waiting for the next entry...
Salam,bad.
ReplyDeletekisah lama..takkan dilupa. hehe.
hm, maybe lain dengan kisah orang lain yang datang sini.wallahua'lam.
p/s:next entry tu tak tahu lagi bila boleh tulis..hehe. ada artikel2 dan tulisan2 lain yg tgh q untuk di'release'..stay tuned hehe ;)
salam juang! :)