Friday, May 15, 2009

Milik Siapakah Hati Itu?

Hati itu milik siapa?

Milik siapakah hati itu?
Tiada belaskah melihat aku?
Bahagianya berjoli saban minggu di Carrefour [baca: Kaa-fu]
Menempah hadiah peluru untukku!

*
Milik siapakah hati itu?
Membiar amarah bertugu jitu
Berkali dirayu maafkan yang lalu
Tapi jawabmu tetap "aku tak mahu!"

*
Milik siapakah hati itu?
Tegarnya meninggalkan cita cintamu
Melerai janji yang disimpul padu
Kerana dunia lebih menarik hatimu.

*
Milik siapakah hati itu?
Yang lebih keras daripada batu
Berkali teguran dan Qur'an menyapa jiwamu
Tapi kau keras menurut mazmumah nafsu.

*
Milik siapakah hati itu?
Mengalun merdu Kitab suci nan satu
Gemersiknya syahdu menggamit kalbu
Membelai nurani yang ketandusan kasih-Mu.

*
Milik siapakah hati itu?
Halus suci mempesona diriku
Membisik jiwaku mengikut jejakmu
Bersama perjuang Islam ke puncak mercu!



6th May 2009, BTP.
NFAR


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Psssstttt
Bukan pantun..memang pun,
Tak nak jua kata puisi,
Sebab sangatlaa miskin diksi,
Dan tiada pun berseni,
Dan hanya sekadar melantun,
Segala gelora di hati kini.


Siapakah 'aku' dan pemilik hati-hati itu?
Hanya Allah dan penulisnya yang tahu.
:)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*



Allahu'alam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum fie~

    menarik...tersusun cantik!

    dan yg paling penting, membuat org berfikir...

    teruskan berkarya!

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam wbt,

    @ieda=) :
    tima kasih. bukan sekadar ayat..ambillah yg tersiratnya,yang nak disampaikan... ;)

    @emann :
    tima kasih. menarik? tiadalah se-menarik awak punye ;) sifu kite =) tersusun cantikkah? owh, main letak je atas2 tu..tgh serabut time tu..huhu~

    :) sama2 kita fikirkan..heee~

    -wallahu'alam-

    ReplyDelete

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)