Saturday, May 2, 2009

Tahukah Anda......?

Assalamualaikum.

Tahukah anda, hari ini ada pelbagai jenis rupa al-Qur'an (yang ada terjemahan sekali). Erm, eh jangan salah faham pulak.. :) maksud saya Kitab suci ini hari ini dicetak dalam pelbagai rupa yang sangat kreatif dan menarik untuk memudahkan umat Islam (khususnya) membaca dengan betul tajwidnya, mengetahui makna perkataannya, membuat rujukan ayat tertentu untuk hal-hal tertentu dengan mudah dan cepat, dan macam-macam lagi kemudahan. Ada juga dicetak terpisah mengikut per juzuk untuk memudahkan sesiapa yang mahu menghafalnya..Jom kita tengok beberapa Qur'an yang telah saya temui :)

1. Al-Qur'an yang dicetak bewarna-warni mengikut hukum tajwidnya.



Tulisannya dicetak dalam lapan warna mengikut hukum tajwidnya. Jangan risau, mestilah ada disediakan maksud warna-warna yang digunakan :) Tersedia juga petunjuk tanda-tanda waqaf dan lain-lain lagi.



Qur'an ni ada terjemahan juga. Dan antara yang special lagi pasal Qur'an ni.. kertas yang digunakan -kertas licin yang agak kalis air tu...erm tak tahu la saya apa istilahnya. Qur'an ni di'pack' sangat menarik..ia berbentuk ala-ala dompet/diari. Sarung luarnya daripada kulit. :) Ada 2 ukuran.. (S dan L laa..hehe)

- yang ni saiz S. kurang lebih dua tapak tangan la. (orang dewasa ya bukan tapak tangan kanak-kanak)-

Ada tiga warna sahaja- putih, koko, hitam. [hah, macam iklan untuk jual la pulak]. Sebenarnya 'Qur'an tajwid' ni dah setahun lebih dah ada di pasaran Indonesia. Di Malaysia, saya tak tahu sama ada ia dah masuk pasaran atau belum, tapi yang pasti ada individu yang menjualnya di beberapa negeri. :)


2. Syaamil Qur'an. Ini bukan saya yang bagi namanya. Tapi memang itulah yang tertera..


Uniknya Qur'an ini sebab makna arabnya diterjemahkan per perkataan. (word by word)


Bagus untuk tahu makna bahasa arab yang digunakan dengan cepat. Selalunya rujuk pada terjemahan di sampingnya saja tapi kadang-kadang tu tak tahu yang ni makna untuk perkataan mana satu...Walaupun Qur'an ini dah ada terjemahan per kata, tapi tersedia jugak terjemahan penuh di sampingnya.


Tulisan Qur'an ini hanya warna hitam :) Kertas yang digunakan..kertas biasa saja (tak kalis air laa) tapi halus sangat.. hehe macam mana tu ye? Saya pun tak reti dah nak describe macam mana. Kena beli kalau nak tahu..hehe :) Satu saiz sahaja. Besar tau! Ye la, senang dan jelas nak baca terjemahan per kata tu.

Dan haaa..kemudahan ini yang saya paling suka. Di halaman belakangnya ada index ayat, iaitu 'klasifikasi ayat-ayat' untuk memudahkan kita membuat rujukan atau mencari ayat-ayat berkenaan perkara tertentu. Misalnya untuk cari ayat berkenaan kejadian manusia, alam, hukum menutup aurat, wasiat, harta, atau sejarah, kisah-kisah Nabi, iman, dakwah, dan sebagainya lah..

Turut disediakan bukan sahaja ada disertakan penjelasan tentang tanda waqaf, ayat2 sajadah, dan nun wiqoyah (nun wasal), tapi turut disertakan tanda-tanda sifir seperti sifir mustadir dan sifir mustatil, imalah (Surah Hud ayat 41), ishmam (Surah Yusuf ayat 11), saktah dan sebagainya. Penjelasannya dalam bahasa Indonesia, bukan bahasa Arab, jadi senanglah nak faham. Dan bonus kepada sesiapa yang membeli Qur'an ini, diselit sekali Ma'thurat wazifah kubra, yang dilengkapi dengan riwayat dan fadhilat.

Dan nak bagitau jugak, kertas yang digunakan untuk Ma'thurat ini ialah kertas licin yang agak kalis air tu.. :)


3. Qur'an special for woman.

- ala tak nampak pula tulisan 'al-Qur'anul karim special for woman'-

Haa percaya atau tidak, ia memang ada! Apa kelainannya? Masa nak beli hari tu, tuan kedai cakap Qur'an ni highlight ayat-ayat yang berkenaan perempuan. Tapi hairan juga saya, masa saya belek2 Qur'an ni kat kedai tu, ada je ayat yang tak sebut langsung pasal wanita tapi di highlight juga. Bila dah beli dan balik teliti, barulah tahu..ayat yang di highlightkan ialah ayat-ayat seperti yang ada perihal tentang perempuan, hukum-hakam tertentu, peringatan, dan ayat-ayat yang lazim di hafal..


Dihalaman belakangnya pula ada juga index ayat tapi tidak se-detail 'Syaamil Qur'an' la. Hanya indeks keluarga yang mana ia disusun mengikut juz (and hence surah). Dan yang specialnya juga, ia ada kisah-kisah wanita abadi dalam Qur'an. Iaitu wanita yang namanya disebut (secara tak langsung) dalam al-Qur'an. Seperti Aisyah binti Abu Bakar, Fatimah az-Zahra r.a, Hafshah binti Umar, Khaulah binti Tsa'labah, Ramlah binti Abi Sufyan, Ummu Kalthum binti Uqbah, Zainab binti Jahsy, dan beberapa orang lagi..


Sesuai namanya 'special for woman', dalamannya warna pink2.. ^-^ Saiznya kecil macam Qur'an tajwid tu..senangla nak bawa. Di'pack' macam diari pun ada, macam purse perempuan pun ada..hehe. Ada warna hijau lembut dan pink. (haha macam iklan jualan la pulak..)

***************************************************************************************************

1. Asifni, mostly gambar2 tak berapa jelas sebab tak reti ambil gambar.. n kamera sendiri rosak.. pinjam kamera Dini tapi tak tahu sangat nak guna kamera orang lain :/ Anyway, thanks Dien sudi pinjamkan ^-^

2. Menarik kan kalau bagi Qur'an-qur'an ni sebagai hadiah untuk keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, etc.. =)

*************************************************************************************************

1. Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang saya mampu ;)
Masa mula-mula tengok Qur'an yang pelbagai 'rupa' ni, saya terfikir betapa gigihnya mereka berusaha se-kreatif mungkin untuk menarik orang, Muslim khususnya, untuk mempelajari cara membaca dengan betul, memahami terjemahannya (untuk faham lebih jelas dan detail kena beli tafsir lain pula :) ), mencari rujukan ayat tertentu dan sebagainya... Semoga mereka terus berusaha tanpa jemu dan saya yakin bagi mereka yang membantu menyebarkan agama Allah ini, ganjarannya disisi Allah s.w.t sangat besar.

2. Mereka dah jadi antara penolong agama Allah. Kita bagaimana? -refleksi diri sendiri- Teringat kalam Allah dibawah ini, sering saya fikirkan apa yang telah saya sumbangkan selama diberi pelbagai nikmat oleh-Nya.
" Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah!".. [QS as-Saff: 61:14]

3. Sesungguhnya al-Qur'an itu cahaya, penawar, peringatan, hikmah, kisah-kisah dan mengandungi pelbagai ilmu yang membuktikan keagungan Allah dan kebenaran Islam, Rasulullah s.a.w, para Nabi dan Rasul sebelum Baginda.

4. Saya suka juga rujuk buku "Qur'an Saintifik -meneroka kecemerlangan Qur'an daripada Teropong Sains" oleh Dr.Danial Zainal Abidin. Buku ini adalah hasil usaha gigih disertai kajian mendalam tentang penemuan Sains yang akan membuktikan lagi kemukjizatan al-Qur'an.
"And if you are in doubt about what We have have revealed (the Qur'an) to Our worshiper (Muhammad), then produce a chapter like it, and call your witnesses (supporters and helpers) besides God, if you're truthful. And if you do not do it, and you can never do it, then fear the fire (Hell) whose fuel is men and stones. It has been prepared for disbelievers. And give good news (Oh Muhammad) to those who are believe and do good deeds, that for them are gardens (Paradise) in which rivers flow..."
[Qur'an, Surah al-Baqarah, Chapter 2 Verses 23-25]
************************************************************************************************

" This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah. Who believe in the Unseen, are steadfast in prayer, and spend out of what We have provided for them; And who believe in the Revelation sent to thee, and sent before thy time, and (in their hearts) have the assurance of the Hereafter. They are on (true) guidance, from their Lord, and it is these who will prosper."
[ Qur'an, Surah al-Baqarah, chapter 2 verses 2-5]

**************************************************************************************************************************

Allahummarhamna bil-qur'an.. Ya Allah, jadikanlah kasih sayang-Mu,rahmat-Mu kepada kami dengan al-Qur'an. Jadikan al-Qur'an sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkanlah kami bila ada ayat yang kami lupa mengingatnya. Ajarkan pada kami ayat yang kami tidak tahu. Kurniakan kepada kami kenikmatan membacanya, sepanjang waktu, baik malam mahupun siang. Jadikan al-Qur'an bagi kami sebagai hujah. Jadikan kami mengamalkan apa yang kami tahu dari Kitab-Mu. Tetapkan iman kami agar istiqamah di jalan lurus-Mu, Allah.. Ameen ya Rabbal 'alamin..




11 comments:

  1. salam, thanks la iwe first time sudi bagi komen kat teratak ni..hehe

    ya2 hidup unhas..^-^ x sabar nak koas walaupun xde ilmu huhu.

    p/s: ingatkan nk tnya pasal Qur'an2 tu.hehe. btw, juz for info, Qur'an yg no 2 and 3 tu MACAM takde lagi kat sulawesi@makassar ni. tapi kalau dah ada tak tahu la. kat pulau sumatera and pulau jawa dah ada..insyaAllah ^-^

    ReplyDelete
  2. kat makassar dah ada Qur'an terjemahan per perkataan tu ;)

    ReplyDelete
  3. very good effort..=)
    but don't have enough time to read all of them

    ReplyDelete
  4. Fie, adila ni, rumate helma. tak tau awk igt ke tak gi.:D Kwn KMB. Bestnya ada quran special for women tu. Mana awk dpt? Dkt Indon shj ke? Dan Quran terjemahan by word tu. Masya Allah, menarik betul. Miss you.:)

    ReplyDelete
  5. Salam, diela!

    hey,sampai hati ingt kte bleh lupe awk..huhu. mestilah ingat lagi farah adila yg kiut miut dan cumel yg slalu jugak lepak kat bilik fi & tihah dulu kan :p ingat lagi laa kat dila~ ngan helma awak tu ^-^ hehe. sama2 comel je dua2 ;)

    fi beli kat indo yg Quran special for women tu. kat msia xtau dah ada belum. kalu awak nk bleh fi belikan.. sbb kat msia kalau ada pun selalunya mahel jgak la..ada jugak sampai cecah 3x daripada harga kat sini.. huhu

    Quran terjemahan by word tu, fi ada terjumpa dlm satu blog sape ntah, dia jual kat msia rm130.huhu. kos transport kot~ padahal kalu beli kat sini lebih kurang rm50 je satu kalu convert duit rupee.. :)

    miss u too! (",)

    ReplyDelete
  6. Salam...
    MashaAllah... dkat mane kite bleh dptkn Al-Quran yg translate by word tu ye?
    kalu Al-Quran special for women tu sy pnah beli dlu dkat deret kdai depan pintu 2 unhas... dkat je..
    (terbeli yg special for women.. sy x perasan hehe.. tetap same & ade tambahan ''indeks wanita'' & ''fiqih wanita'')

    ReplyDelete
  7. wa'alaikumsalam, adam.

    thanks ziarah 'teratak dlm rimba' ni hehe.

    owh, yang Quran translate word by word tu dibeli kat pulau indonesia lain hari tu..hehe.bukan kat makassar.

    tp dh ada kat sini. ada kawan ckp kat pintu 2 ada jual.. boleh tgk ;)

    ReplyDelete
  8. terlupa bgtau.. cuba tengok jugak di kedai Cordova on the way ke MP tu..
    maybe ada jugak kat situ..

    n tips kalu nak beli: beli byk2, amik list dulu sape yg nak..dapat la diskon sket..hehe. ;)

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    AlQuran yg penting dibaca dan dihayati. Harganya kalau mahal pun idak ler semahal HPhone atau menda2 lain yang kita beli

    ReplyDelete
  10. I visit day-to-day a few web sites and information sites
    to read content, but this webpage presents feature based content.


    Here is my webpage; early symptoms of rheumatoid arthritis

    ReplyDelete

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)