Nasihat kedua Imam Ghazali kepada anak muridnya : Bagaimanakah sepatutnya kita menerima nasihat..
Wahai anakku yang tercinta;
Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah (maksud penterjemah: orang yang mempunyai fahaman sekular di zaman sekarang). Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa.
Seperti apa yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya : Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah orang 'alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.
Dan diriwayatkan daripada Imam A-Junaid Al-Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau pada waku tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al-Junaid Al-Baghdadi dengan katanya : "Apa khabar kamu wahai Abu Al-Qasim(Al-Junaid A-Baghdadi)." Lalu imam menjawab : "Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. Dan tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam."
******************************************************************************************
~Peringatan untuk diri sendiri. Perkongsian untuk saling mengingati~
Ana faqir wa dhoif ila Ilahi..
Ighfirly ya Rabbi...
Wallahua'lam.
menusuk bak panahan api..
ReplyDeleteilmu ilmu..ilmu yg rasmi..
risaunya..Moga Allah pelihara diri diperbatasan ini...
ilmu...semakin dicari, semakin terasa jahilnya diri..
ReplyDeletedan lebih takut lagi, ilmu yg x diamal..mcm pokok tak berbuah kan..
betul..sgt menusuk jantung hati..hrpnya yg menusuk itu sentiasa terpatri sbg 'warning' kat diri ini sendiri terutamanya.. moga Allah terus memberi kita semua hidayah utk beramal dgn ilmu2-Nya, dan kekuatan utk melawan syururi anfusina (betul ke bhs arab ni..dh lama dh berkarat, adeih..)
Astaghfirullah.. moga Allah melindungi kita drp segala keburukan dan kejahatan nafsu dalam diri..
thanks sha! ;)