Thursday, April 16, 2009

B.a.n.g.k.i.t

Setiap orang pasti mempunyai kisam silam mereka masing-masing.. manusia ada waktunya leka seketika. Ketika leka inilah kita melakukan pelbagai kesilapan. Malah kadangkala sampai berterusan. Yang paling penting tidak selamanya leka. Apabila tersedar dari ‘tidur’, janganlah membiarkan diri terus hanyut dibuai mimpi indah dunia, namun menanti azab akhirat. Setelah sedar teruslah bangkit dengan nafas yang baru, dengan memantapkan iman kita, membetulkan mana yang salah, menampung mana yang berlubang. Manusia itu diciptakan sama fitrahnya semua… mempunyai akal, hati, dan nafsu. Akal dan hati memandu diri yang sentiasa bernafsu. Nafsu ke arah kebaikan, nafsu ke arah kejahatan. Hanya dengan iman, diri terselamat dari nafsu jahat syaitan. Tanpa iman yang teguh, mudahlah kita tersimpang dari jalan lurus. Makanya, tidak hairanlah kalau manusia sering melakukan kesilapan. Dan aku sendiri tidaklah terlepas dari melakukan kesilapan itu.
“Setiap anak adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.” (HR Ahmad dan Tirmizi)
Tapi aku sedar,tiada guna untuk menatap hari yang telah lalu. Yang penting adalah membina hidup baru dengan semangat yang kental. Tidak menoleh ke belakang lagi. Tidak terpedaya dan goyah dengan godaan dunia yang melalaikan dan bisikan syaitan yang menyesatkan!
“ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui. Balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka.” (QS Ali-‘Imran 3: 135)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS An-Nisa’, 4: 110)
Tapi jalan taqwa itu tidak mudah diharungi tanpa iman dan keyakinan hati yang teguh. Pasti ada kata-kata nista dan tohmahan yang akan dilemparkan kepada sesiapa yang ‘sudah berubah’. Mereka suka sekali bercerita tentang kisah silam kita, masa lampau kita..yang sudah berlalu itu. Dan Wahai saudara mukminku, kuatkanlah semangat kamu dalam mengharungi lautan kata cemuhan dari mereka. Abaikan yang buruk, terima yang baik. Berlapanglah dada, maafkan mereka. Jika mereka beriman, sudah pasti mereka menjauhi perbuatan itu.
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Penyayang.” (QS Al-Hujuraat, 49: 12)

“Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” (HR Abu Daud)

Buat jiwa yang pernah melalukan kesilapan, jadikanlah yang sudah berlalu sebagai sempadan dan pengajaran yang bermakna. Pengalaman adalah guru yang terbaik!



[Wassini when I forgot.. sy sedar kesilapan lalu adalah kerana kelemahan diri sendiri. Everything happened makes me realize who are my true friends.. :) Kesilapan lalu banyak mengajar diri untuk selalu mendidik hati ini agar selalu dekat dengan Allah..kerana bila hati sudah berpaut utuh pada-Nya, diri bisa menepis bisikan syaitan yang cuba menyesatkan diri dari jalan yang benar…insyallah. Wassini when I forgot.)

14 Zulkaedah 1429H

~Don't judge from the past~

Allahu Ta'ala A'lam.

No comments:

Post a Comment

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)