Friday, April 24, 2009

Monolog tentang p.u.i.s.i..~

Assalamualaikum.

Bicara tentang puisi.

Dah lama saya tidak menulis puisi. Agak lama..
Saya minat menulis puisi tapi saya bukanlah yang produktif..
Seingat saya, puisi pertama saya tulis adalah semasa saya di zaman menengah rendah...ke darjah 6 ntah.lupa.
Lama berhenti. Kemudian di KMB, saya tulis lagi. Sikit je.
Saya pun dah lupa saya tulis puisi ni. Sampailah saya terjumpa dalam blog saya sendiri! Saya pun dah lupa saya hidupkan blog tu. *-*

Sekarang, di alam mahasiswa ini, saya mahu menulis lagi.
Tapi saya tidaklah pandai menulis dengan baik dan berkualiti..
Mungkin sebab itu saya ada 'penyakit' inferiority complex untuk publish karya (so-called hehe) saya,
Akibatnya saya hanya menjeruk dan perap tulisan2 saya dalam laptop sahaja.
Dan kalau ada pertandingan, dan kalau saya rasa nak hantar untuk menambahkan penyertaan, saya hantarlah..
Hmm, tapi saya memang tak pernah sangka… karya saya terpilih.
Haha saya tahu kalian juga tak percaya kan?

So far sudah dua (dua je baru) karya saya terpilih.
Satu dalam bahasa Melayu dan satu dalam English.
Apapun saya tahu bukan sebab karya saya tu bagus..
Tapi sebab tiada penyertaan daripada sifu-sifu sastera :)
Ini jawab saya kepada kawan yang 'perli' saya atas kemenangan karya saya..
"Ala bukan best pun.. Tapi sebab Adibah Abdullah dan FahdRazy tak hantar je.." (",)
-depa tak hantar sebab tak leh hantar.. dunia lain hehe -
(ramai lagi sebenarnya tapi saya sebut dua sahaja sebab kawan saya tu kenal kedua2nya)

Hmm..
Saya memang tidak pandai menulis puisi yang bagus tapi saya tahu juga la setitik dua teknik menulis puisi yang baik.
Kalau saya menulis sesuatu bernama puisi, saya bukan saja-saja coret sepertimana orang lain di luar sana juga bukan saja-saja catat..
Saya coret untuk meluah dan menyampai apa yang terbuku dan terfikir di jiwa dan di minda.
Berbekalkan setitis dua ilmu tentang puisi,
dan tentunya ia nukilan yang bermodalkan ilham daripada Tuhan,
Saya lakarkan perasaan jiwa dan minda dalam bahasa bernama puisi (moden).

Hari ini, esok, dan akan datang..
InsyaAllah akan saya cuba ubati 'penyakit' inferiority complex yang sedia ada ini,
Supaya saya bisa zahirkan ia di 'rumah maya' ini,
Untuk perkongsian, manalah tahu boleh dimanfaatkan..
Kalau pun tidak mampu menjentik perasaan semua,
Paling tidak ia mampu mencuit hati pembaca, hah..
Sebab ia tak best pun dan.. hmm..ntah apa-apa..
Hehe =)
~Peace no war~

Salam.


~untuk berkarya lagi,kumohon ilham daripada Tuhan. DIA, ALLAH Yang Esa.


5 comments:

  1. hehe xtau la plak..erm i'll look forward to read one of 'em..

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan...

    Mungkin sebab itu saya ada 'penyakit' inferiority complex untuk publish karya (so-called hehe) saya


    hehe, dr pun sakit ke?

    ReplyDelete
  3. Salam.

    @yanie:
    tulis biaso2 jah.. erm, give me some time to treat this kind of inferiority complex disease first, then hopefully i'll have the strength to share it publicly.. ;) or kalu yani ada ubat, buleh la tlg prescribe deh? ^-^

    @badrul:
    doktor pun manusia biasa juga..hehe :)

    *********************************************
    terima kasih.thanks.syukran.arigato.gracias.~ =)

    ReplyDelete
  4. hehe..fi, i noe u better hehe
    slalu je merendah diri bab2 camni,
    but i noe u r gud also in writing.
    kan siap menang lg hari tu with sonnet infinity kan
    hehe.
    btw, i believe u can do it fi.
    just believe wif urself.
    dun compare wif others, but always try be the best to yourself!

    proud of urself ^_^

    ReplyDelete
  5. salam

    @dini:
    thanks for ur support dear.
    sonnet infinity tu.. hah, berpeluh jugak nak siapkan. tu pun last minute hantar. kebetulan pulak IPEM extend kan dateline nya. hehe.
    tak tahu jugak nak menang sbb tak sempat mintak sape2 tolong check grammar ke ape ke. pasrah je hantar. nk tambahkan penyertaan je sebenarnya. tp alang2 hantar..i tried to give my best :) erm, tp x best sgt pun.. sbb adibah n fahdrazy x hantar je..huhu.

    u r also gud in writing la dini.. bakat semulajadi warisan ayahanda :) n u pun best jugak bersajak ^-^

    erm, mai kata ipem nak buat pertandingan/persembahan sajak nnt. tak sabor nak tgk u bersajak nanti ^-^

    proud of urself too! ~

    ReplyDelete

Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)