SEEING IS BELIEVING.
(Don’t believe if you don’t see. And never assume if you don’t see!).***********************************************************************************
Ini salah satu topik yang saya pelajari dalam subjek Theory of Knowledge (ToK) sewaktu menimba ilmu di KMB suatu waktu dulu. Guru ToK kami ialah Mr. Stephen yang cool.. hehe : ) Luas dan jauh aplikasi maksudnya yang kami bincangkan di dalam kelas. Tapi saya bukanlah mahu menulis apa yang kami bincangkan. Di sini saya suka mengaitkannya dengan amalan kita dalam kehidupan seharian yang mungkin kadang-kadang terlepas pandang.
1. Di Makassar ni, banyak sudah gosip orang itu dengan orang ini. Di tempat lain pun saya rasa banyak jugak kan..heh. Orang ini dengan orang itu. Si A dan si B. si C dan si D. Hm entah betul entah tidak. Entah berasas entahkan tidak. Berita seperti ini mudah dan cepat benar tersebar. Bab gosip, biasalah..ramai yang tak perasan dah jadi mami jarum..menyampai berita lebih cepat daripada berita. ^-^
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” [QS 49:6]
2. Dalam hal ini, saya yakin dan percaya..hehe, ramai di kalangan kita yang mudah menelan bulat-bulat apa-apa maklumat yang diterima oleh telinga (either directly or indirectly), tanpa menapisnya dahulu otak kita untuk TIDAK percaya SEBELUM melihat atau mengalami atau menyaksikannya SENDIRI.
3. Tidak dapat dinafikan saya kadang-kadang pun tertelan juga semua yang saya terima. Tapi lepas saya sedar, saya cepat-cepat muntahkan balik yang tertelan tu. Sebenarnya, pendirian saya berhubung perkara ini adalah seperti tajuk di atas : ) Saya suka dan cuba untuk ‘think positive’. Sebab saya juga berpegang pada prinsip ‘treat people the way you want to be treated’. .
4. Islam amat menitikberatkan soal BUKTI sebelum menghukum sesuatu perkara. Hukum hudud ke atas pencuri dan penzina misalnya. Sebelum pesalah masing-masing dijatuhi hukuman potong tangan dan disebat, pendakwa perlu membawa bukti yang kukuh seperti antaranya, membawa empat orang saksi yang melihat dengan mata kepala sendiri hal tersebut dilakukan.
5. Tapi,bagi kita orang Islam, ‘seeing is believing’ ni hanya boleh diaplikasi dalam hal-hal yang BUKAN berkaitan dengan aqidah dan kepercayaan. JANGAN sekali-kali mengaplikasikannya dalam soal keIMANan. Sebab keimanan adalah berasaskan keyakinan. Bukan bukti. Kita belum melihat syurga dan neraka, tetapi kita yakin Allah menyediakannya sebagai tempat tinggal bagi orang-orang yang berhak kelak. Kita tidak melihat malaikat, jin, dan syaitan, tapi kita yakin dan percaya akan kewujudannya berdasarkan keyakinan dan keimanan kita terhadap al-Qur’an yang mana menceritakan kewujudan makhluk Allah ini.
6. Konklusinya, cikgu nak tanya, siapa boleh bagi….? : )
No comments:
Post a Comment
Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)