“Hm kita jangan tengok siapa orang tu pada waktu yang lalu. Yang kita tengok siapa dia hari ini. Kalau dia hafiz semalam, belum tentu dia hafiz hari ini.” Agak ringkas teman saya membalas.
***************************************************************************************
Sepotong dialog antara saya dan seorang sahabat yang saya ambil untuk melontarkan fikiran dan pendapat saya di sini. Dialog di atas mungkin tak nyambung (kata orang Makassar..hehe) dengan apa yang saya nak ulas..tapi dialog inilah yang mencetuskan idea untuk saya menulis tentang ini. Don’t judge people from the past.
1. Manusia lebih cenderung untuk menghukum dan menilai seseorang berdasarkan pengamatan dan pengetahuannya terhadap seseorang itu (sama ada memang mengenalinya, atau sekadar mengenalinya daripada orang lain) pada waktu lalu.
2. Sekalipun seseorang yang dikenalinya itu sudah pun berubah , sama ada perubahan yang positif mahupun negatif,manusia lebih senang untuk mengekalkan tanggapan lamanya terhadap orang itu walaupun tahu si dia itu telah berubah. Sungguh amat sukar untuk kita membuang pandangan lapuk yang sekian lama tersimpan di memori, dan mengganti dengan yang pandangan baru. Kenapa ya?
3. Beruntunglah bagi seseorang yang telah berubah ke arah kebaikan. Dan berdosalah bagi sesiapa yang masih mengekalkan tanggapan buruknya terhadap orang itu. Namun bagi yang berubah ke arah negatif, doakan semoga Allah memberi petunjuk untuk kembali ke jalan yang benar.
4. Allah Maha Mengetahui sifat makhluk-Nya yang kadang-kadang bersangka buruk, secara sengaja mahupun tidak (eh ada ke su’uzzhon yang tak sengaja?huhu). Sebab itu tersedia peringatan untuk kita:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa…”
[QS 49:12]
5. Berbicara tentang topik ini,spesifiknya tentang perubahan yang positif, suka saya merujuk kepada kisah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.. sangat banyak. But just to mention two:
- Saidina Umar al-Khattab. Bagaimana beliau seorang yang memusuhi Islam, hidup penuh jahiliyah –membunuh anak perempuannya sendiri…sebelum keislamannya. Tetapi selepas mendapat nur Allah melalui ayat suci al-Quran (‘afwan,saya tak ingat ayat mana..huhu), beliau menjadi seorang yang digeruni kaum musyrikin dan malah menjadi khalifah yang disegani selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
- Fudhail bin Iyadh. Beliau terkenal sebagai seorang perompak yang sangat hebat dan digeruni pada zamannya. Perompak! Bukan pencuri. Yang mana kalau mengikut hukum hudud, perompak dikenakan hukuman bukan sekadar potong tangan seperti yang dikenakan ke atas pencuri, perompak bisa dijatuhkan hukuman bunuh jika dia telah membunuh ketika merompak. Suatu malam ketika dia nak merompak, dia terdengar seseorang sedang membaca surah al-Hadid ayat 16:
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)…”
Sejurus itu, dia terus berubah 360 darjah, sehingga menjadi seorang tokoh dan penasihat kepada khulafa’ ar-Rasyidin.
6. Siapalah kita untuk menghukum seseorang yang telah kembali ke pangkal jalan, dengan pandangan lama kita tentang zaman silam orang itu. Lihatlah siapa dia pada hari ini. Bukan dia pada hari semalam.
7. Dan apalah gunanya kita terus memperkatakan keburukan seseorang yang telah membelok ke jalan yang bengkok..jika tiada usaha menariknya kembali ke jalan yang lurus, walau hanya dengan sepotong ayat. Hanya menambah dosa menyebarkan perihal orang. Mungkin dia 'ter’belok ke jalan itu. Think positive. Husnuzzhon ^-^ Baik kita buat sesuatu untuk membawanya kembali ke jalan yang benar. Sekurang-kurangnya kita telah berusaha..dan tidaklah menempah dosa.
Allahu Ta’ala A’lam.
13th April 2009. BTP.
No comments:
Post a Comment
Suarakan seikhlasnya~ Thank you ;)